1

2

3

4

Showing posts with label padang kota. Show all posts
Showing posts with label padang kota. Show all posts

Mee Goreng Sempoi di Hameed Pata Mee Sotong, Esplanade Park dekat Padang Kota Pulau Pinang

 

Mee Goreng Hameed Pata Mee Sotong
Mee Goreng Hameed Pata Mee Sotong

Mee Goreng Hameed Pata Mee Sotong
Mee Goreng Hameed Pata Mee Sotong
Dah lama aku nak pekena mee goreng sotong ni di Hameed Pata Mee Sotong, Esplanade Park berdekatan dengan Padang Kota, Pulau Pinang. Last aku makan ni tahun 2017. Boleh tengok review aku dalam blog ni pasai Hameed Pata Mee Sotong ni DISINI. Kalau tak kena time korang datang, kena beratur panjang la untuk sepinggan mee goreng sotong ni😁😁😁... Masa aku datang ni cam laju je sebab mee dah siap digoreng.... lepas aku dah settle beli, tengok belakang, mak aiiii...panjangnya beraturπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚...
coconut shake
coconut shake
Lagi satu aku nak rekomen kat korang kalau datang Esplanade Park ni, selain Mee Goreng Sotong yang meletup sedap dan viral tu, korang kena try gak coconut shake. Memang ngam la makan mee goreng sotong dengan coconut shake....
Pelbagai gerai makanan dalam Esplanade Park ni
Pelbagai gerai makanan dalam Esplanade Park ni

kiri kanan ada gerai makanan
kiri kanan ada gerai makanan

Gerai Hameed Pata Mee Sotong
Gerai Hameed Pata Mee Sotong
Memang padu, dipersilakan untuk korang cuba mee goreng ni...tapi harus diingat, kena bersekali dengan coconut shake...baru sempoi terangkatπŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

Kepada yang datang sini, aku sertakan gps koordinat dan google map Hameed Pata Mee Sotong ni.

GPS Koordinat: 5°25'13.3"N 100°20'33.9"E atau 5.420364, 100.342744





Pasembur Padang Kota, Pulau Pinang

Kalau datang ke Penang ni, selain nasi kandar, mesti orang akan cari pasembur. Tempat pasembur yang orang akan cari, mesti pasembur Padang Kota..Kiranya tempat ni memang famuos la.....sambil makan, sambil menikmati permandangan laut..Ada gak Kota peninggalan penjajah dekat-dekat sini...korang boleh la pi tengok nanti pas makan pasembur..hihihi..
kawasan food court Padang Kota

Pasembur - pilihan mana korang nak makan
Kawasan food court tu mengadap ke laut, aku terlupa nak belanja korang gambar yang mengadap laut...Kalau korang masuk je area food court ni, korang akan di serbu dengan ramai orang...ok jap, korang jangan rasa macam korang artis or diva apa ke...diorang bukan nak minta sain or nak bergambar dengan korang.....diorang ni semua serbu sebab nak ambil order hahahaha..kalau yang tak biasa datang, maybe korang akan berlagak diva or akan lari lintang pukang...kuikuikuikui.....

Esplanade park Penang - food court

Kalau nak makan mee sotong, pasembur, coconut shake terbaik, boleh la datang kat Esplanade park ni..Tempat ni dekat dengan Padang Kota Lama..mesti mau cuba kalau dah sampai sini. Balik boleh buat modal cerita kat kawan-kawan..kihkihkih..
The Esplanade park -Penang
Banyak gerai-gerai makanan dalam tu..korang boleh tarik nafas dalam-dalam dulu sebelum buat keputasan nak pi yang mana dulu..tapi aku suggest pi cari mee sotong dulu. Kalau nasib tak baik, beratur panjang beb..
Gerai Mee Sotong
Mee Sotong in action
Nak minum terbaik, boleh try coconut shake....shake shake uoll..pergh! mai mai mai cuba try...
                                                                      coconut shake