1

2

3

4

Showing posts with label kampung pertama. Show all posts
Showing posts with label kampung pertama. Show all posts

Nasi Kandar Banjir RM3 ringgit, depan masjid papan Kampung pertama, Permatang Pauh


Nasi Kandar Banjir RM3

Kedai pakai khemah jer
Nasi Kandar Banjir RM3 ringgit. Jimat dan murah. RM3 ringgit ni korang kena ambil nasi lauk ayam dengan sayur je, baru di kira RM3 ringgit. Kalau ambil selain dari tu, kena harga lain la. So korang jangan konpius dengan harga tu, sebelum ambil lauk tanya la dulu tokey, yang RM3 ringgit tu camna kira...hihihiihi
Kedai nasi kandar ni betul-betul dekat dengan warung sarapan pagi bihun hangit dan bertentangan dengan masjid papan Kampung Pertama, Permatang Pauh, Pulau Pinang. So pagi korang boleh sarapan dekat bihun hangit, tengahari korang boleh makan di nasi kandar RM3 ringgit ni..
Kalau ikut dari banner diorang tu, kedai ni buka dari pukul 9 pagi hingga 3 petang. Ada dua kari special di sini yang diorang sediakan iaitu kari power ketagih dan kari kambing 40 hari. Taktau la makan kari ni boleh ketagih macam mana. Kari kambing tu pun aku tak pasti kenapa 40 hari...kena pi tanya tokey..hahahaha..
kari kambing 40 hari dan kari power ketagih

nasi, ayam, terur masin, kobis, cili

nasi, ayam, bendi
Lain-lain info berkenaan dengan kedai nasi kandar RM3 ringgit ni, korang boleh rujuk business card diorang seperti dibawah ni.
Lokasi kedai ni seperti yang dah aku bagitau kat atas tu. Tapi kalau nak lagi mudah, aku bagi kat korang gps koordiant dan juga google map sebagai rujukan kot-kot korang nak datang ke.
gps koordinat : 5°23'16.7"N 100°25'04.0"E atau 5.387975, 100.417788

Makan tengahari di Saji Selera Keluarga Jamal di Kampung Pertama, Permatang Pauh, Pulau Pinang

Restoran Saji Selera Keluarga Jamal terletak di Kampung Pertama, Permatang Pauh Pulau Pinang yang menyagikan pelbagai lauk pauk untuk makan tengahari. ada juga ikan bakar, keli bakar, ayam bakar. Restoran ni juga menjadi tumpuan bila waktu makan tengahari walaupun susah sikit dari segi nak dapatkan parking.
signboard Saji Selera Keluarga Jamal

Saji Selera Keluarga Jamal
Walaupun ramai orang datang waktu tengahari, keadaan kedai ni panas sikit...kena cari tempat yang kena kipas baru nak makan selesa sikit...ada banyak kipas disediakan, cuma kalau ramai orang, tak boleh nak pilih tempat la...
banyak lauk pauk yang ada di Saji selera Keluarga Jamal ni....

nasi lauk ikan kembong bakar sambal sumbat dan sayur cendawan
Lokasi Saji Seleara Keluarga Jamal ni, cam aku cakap tadi di Kampung Pertama, Permatang Pauh, antara masjid batu dan masjid papan. Secara detail boleh rujuk google map. Gps koordiant juga disediakan...
gps koordinat Saji Selera Keluarga Jamal : 5°23'19.8"N 100°25'05.7"E

Warung Bihun Hangit Kampung Pertama, Permatang Pauh, Penang

Walaupun hangit, tapi sedap!..nak rasa bihun sedap, mai pekena kat sini..kat Kampung Pertama, Permatang Puah..landmark tempat ni, betul-betul berhadapan dengan masjid papan (aka masjid UMNO)...ke depan sikit ada satu lagi masjid batu (aka masjid PAS)..jangan tanya aku pasai apa dua masjid ni duk dekat-dekat...aku nak story pasai bihun hangit ni ja...

Warung Bihun Hangit

Bihun hangit dalam kuali besar - owner warung tengah masak