1

2

3

4

Showing posts with label daging black pepper. Show all posts
Showing posts with label daging black pepper. Show all posts

RESEPI DAGING BLACK PEPPER

 

DAGING BLACK PEPPER
DAGING BLACK PEPPER

Untuk 4 - 5 org makan

Bahan-bahannya:
  • 500gm daging batang pinang
  • 1 sb serbuk lada hitam - ditumbuk kasar, lebihkan utk lebih pedas
  • 1 biji lada benggala hijau
  • 1 biji lada merah
  • 3 sb kicap manis
  • 2 sb sos tiram
  • 1 cawan air
  • 1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
  • 1/2 sudu garam halus dan 1 sb gula
  • minyak utk menggoreng
Cara-caranya:
  • Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng.
  • Potong panjang kedua2 lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada
  • Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yg banyak dan menggunakan api yg kuat supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama. Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.
  • Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati. Garam letak sedikit kerana dah pun masin - dari kicap dan sos tiram
  • Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan sedia untuk dihidangkan.

RESEPI DAGING BLACK PEPPER

 

DAGING BLACK PEPPER
DAGING BLACK PEPPER 

Bahan-bahan:
  • Daging
  • Bawang putih 5-6 ulas (mayang or tumbuk)
  • Bawang besar Bombay 2 biji 
  • Serai 1-2 btg (diketuk)
  • Serbuk kunyit 1 sudi kcik 
  • Sos tiram
  • Black pepper sauce
  • Serbuk lada hitam (yang kasar)
  • Sos cili 
  • Cili padi 2-3 biji 
  • Cili merah/hijau besar 1 biji
  • Carrot 
  • Garam, gula, maggi cukup rasa
  • Minyak masak
Cara Masak:
Rebus daging sampai empuk. Bila air dah kering masukkan minyak masak, serbuk kunyit 1 sudu kecil, kacau dan kemudian masukkn bawang putih dan serai. Lepas tu masukkan sos tiram 2 sudu besar, blackpepper sos (agak-agaklah banyak mana), sos cili & serbuk lada hitam. Lepastu kacau.Kemudian masukkan garam, gula secukup rasa. Masukkan carrot. Dah masak carrot last skali masukakn bawang besar & cili. Ok done! 

Kredit Resepi: Farieza Ariffin