1

2

3

4

Showing posts with label bubur ayam. Show all posts
Showing posts with label bubur ayam. Show all posts

Resepi Moi Sup Ayam

Moi Sup Ayam
Moi Sup Ayam 

Bahan:
  • Beras (Nak buat pagi malam sebelum tido rendam siap) taj rendam dulu pun takpa.
  • Kiub pati ayam
  • Bawang putih (ketuk)
  • Bawang goreng juga saya gunakan BAWANG PUTIH
  • Halia hiris @ ketuk 
  • Daun Sup
  • Carrot
  • Lada hitam(tumbuk)
  • Isi Ayam@Daging
  • Kicap Manis+Sos ikan+Cabai melaka(untuk Sambal)
cara-cara:
  • Rebus beras dan masukkan halia yang sudah diketuk@hiris.Bawang putih juga(diketuk).Carrot yang dipotong dadu.Lada hitam.Masukkan juga kiub pati ayam,garam secukup rasa.
  • Rebus ayam dalam periuk asing,bila ayam dah masak toskan airnya..goreng ayam hanya sekejap(jangan sampai garing)Selepas goreng carikkan ayam kecik-kecik.
  • Guna semula air rebusan ayam masukkan bersama beras yang direbus tadi.
  • Bila dah lembut beras tadi menjadi bubur hiris (batang sahaja)daun Sup agak-agak dalam seinci tabur dan tutup api.
  • Untuk cabai kicap. masukkan kicap manis+sos ikan+gula+garam+cabai Melaka dan perasakan secukupnya(lebih sedap kalau simpan dalam peti sejuk cabai kicap ni)
  • Hiris bawang putih nipis-nipis goreng

Bubur Ayam ala mcD

Bubur Ayam ala mcD
Bubur Ayam ala mcD 

Bahan-bahan:
  • Dada ayam 2-3 keping
  • 1 1/2 pot beras (cuci dan toskan)
  • 1 1/2" halia (dihiris-hiris nipis macam mancis api)
  • 2 kiub ayam maggie
  •  Air secukupnya
  • Minyak bijan
  • Daun bawang hiris-hiris
  • Carrot potong dadu 
  • Maggi cukup rasa
  • Lada merah (hiasan)
  • 1sk lada sulah (jika suka)
Caranya:
1. Didihkan air secukupnya. Rebus ayam sehingga empuk.
2. Masukkan kiub ayam maggi.
3. Ayam dah masak, keluarkan dan toskan.
4. Masukkan beras Masaklah hingga beras kembang.
5. Masukkan carrot. Kalau suka nk masukkan fish cake yang dipotong dadu pun sedap jugak.
5. Sementara masak bubur tu, carik-carikkan lah ayam tadi.
7. Bila bubur dah hampir masak, masukkan halia.
8. Rasakan garam, tak cukup masin, masukkan maggi cukup rasa.
9. Kalau suka ada rasa pedas-pedas sikit. Masukkan 1sk lada sulah.
10. Last sekali,masukkan sebahagian dari ayam carik tadi kedalam bubur. Gaulkan bagi sebati, tutup api.

Untuk hidangan..
1. Masukkan bubur kedalam mangkuk hiaskan dengan ayam carik tadi.
2. Tabur bawang goreng dan cili merah.

kredit resepi: NollyEpin

RESEPI BUBUR AYAM ALA MCD PALING SIMPLE

BUBUR AYAM ALA MCD PALING SIMPLE
BUBUR AYAM ALA MCD PALING SIMPLE

BAHAN-BAHAN
  • Ayam
  • Beras / Nasi
  • Hirisan halia
  • Lada putih
  • 1/2 kiub pati ayam
  • Carrot (jika suka)
  • Minyak Bijan
  • Daun bawang / daun sup
  • Bawang goreng
CARA-CARA:

1. REBUS AYAM
Mula-mula kita rebus ayam. Lagi bagus kalau guna ayam bahagian dada / breast.
Potong sederhana besar dah ok sebab nanti kita akan carikkan isinya.

2. MASAK BUBUR NASI

Serentak dengan tu masak bubur nasi dekat sebelah. Disebabkan semalam punya nasi tak habis lagi, saya guna nasi lebihan semalam je. Taknak membazir kan…
Kalau tak ada nasi lebih ni, bolehlah masak beras macam biasa dalam rice cooker. Cuma lebihkan air sikit.
Masukkan sekali hirisan halia ke dalam rebusan nasi / beras tadi.

3. ASING & CARIKKAN ISI AYAM
Bila ayam dah empuk/ masak, keluarkan ayam. Biar sejuk sekejap.
Air rebusan ayam tu boleh masukkan ke dalam bubur nasi tadi.
Agak-agak ayam dah sejuk dan dah boleh di pegang dengan tangan, carikkan isi ayam tu.
Nak carikkan dengan garfu pun boleh juga.

4. MASUKKAN CARROT
Bila bubur dah cantik elok kembang dah lembik, masukkan pula hirisan carrot dan ayam rebus yang dah dicarik tadi.
Sambil tu kena kacau selalu ya. Takut nanti nasi berkerak / hangit tak sedap nanti rasanya.

5. PERASAKAN
Seterusnya perasakan dengan garam dan lada sulah / lada putih.
Kalau suka, boleh letak 1/2 kiub pati ayam. Tapi kalau nak buat untuk bayi yang dah boleh makan, tak perlu letak. Biarkan kosong saja tanpa garam juga.
Kemudian saya tambah crispy garlic / bawang putih goreng kat dalam tu sekali. Lagi harum bau dia. Kalau tak ada boleh buat kejap. Hiris halus bawang putih dan goreng sampai garing.
Kemudian tunggu menggelegak.

SIAP UNTUK DIHIDANG
Bila bubur dah menggelegak nanti tutupkan api. Masa nak makan nanti bolehlah taburkan daun sup / daun bawang, bawang goreng, dan lada sulah ikut suka. Kalau budak-budak mungkin lagi suka yang jenis kosong, terpulanglah ikut tekak masing-masing.
Akhir sekali, kalau ada minyak bijan di rumah, renjiskan sikit minyak bijan untuk menaikkan lagi aroma dan rasanya.