Orang Malaysia memang suka makan! Pelbagai jenis makanan terdapat di Malaysia. Hotel, restoran, kedai makan, warung, mamak, pasar malam, pendek kata makanan di mana-mana. Hanya sediakan duit sahaja, yang lain biarkan mulut menikmati, perut menghadami dan otak mentafsir tahap kesedapan sesuatu makanan. Ayuh kita menyusuri kota-kota, kampung-kampung mencari keunikan makanan rakyat Malaysia secara total.
Ni kali kedua aku datang ke Zoo Negara. Kali pertama pada September 2018. Dah lama tak datang, rasa seronok dan excited untuk masuk sekali lagi. Compare dengan first time yang aku masuk dulu, ada lah jugak sikit perubahan yang aku dapat tengok. Kebanyakannya sama saja.
Zoo Negara Malaysia
Pintu masuk Zoo Negara
Banyak binatang-binatang yan korang boleh tengok di sini. Kalau nak ikutkan Zoo Negara ni sama je dengan Zoo Taiping di Perak. Cuma bezanya di Zoo Negara, korang boleh tengok panda. Zoo Taiping takde panda. Panda ni special sikit kandang dia. Kandang saja dah berjuta. Kalau Zoo Taiping, ada night safari.
biodata panda Fu Wa
biodata panda Feng Yi
panda sekor ni tengah tidur terkangkang
yang sekor panda ni pulak tengah makan buluh
Panda ada dua ekor dan siap ada nama lagi. Sekor nama Fu Wa dan sekor lagi namanya Feng Yi. Panda di duduk dalam bangunan khas untuk diorang. Siap ada aricond lagi. Kalau korang pun nak rasa sejuk aircond, kena la masuk melawat panda dua ekor ni. Tiket dah cover dalam tiket yang mula-mula korang masuk tu. Masa mula-mula panda ni masuk malaysia, tiket kena bayar asing.
ni la banglo panda dalam zoo negara. Besar kan?
Lain-lain binatang, banyak juga la. Budak-budak memang suka tengok binatang-binatang ni. Harimau kita boleh tengok dekat-dekat. Seram gak la. Dinding kaca je jadi penghalang kita dengan harimau tu. Ada la sikit binatang-binatang yang sempat aku snap untuk nak masuk dlm blog ni.
kuda belang
zirafah
seladang
badak sumbu
singa
singa
harimau
harimau
Benda baru yang ada waktu sekarang compare dengan yang lepas aku datang adalah RIMBA REPTILIA, iaitu tempat untuk tengok ular, biawak dan kura-kura. Yang rare kat sikit adalah kura-kura. Bukan biasa-biasa kura-kura ni. Kura-kura ni adalah KURA-KURA GERGASI.
bangunan rimba reptilia
sangkar ular dan biawak
kura-kura gergasi
Dan banyak lain la haiwan lain.... so kena datang sendiri untuk tengok semua haiwan yang ada di zoo negara ni. Selain tu, setiap hari ada pertunjukan haiwan di sini. Waktu hari biasa, persembahan tersebut sekali je. Kalau waktu cuti Sabtu Ahad, akan ada dua persembahan dalam sehari.
GPS koordinat Zoo Negara : 3°12'36.7"N 101°45'33.1"E atau 3.210186, 101.759180
Salah satu tempat menarik untuk di kunjungi di Melaka adalah Taman Burung yang terletak di area Ayer Keroh. Memiliki keluasan yang agak besar disamping burung-burung yang bebas terbang ke sana ke mari melewati pengunjung menambahkan lagi keseronokan dan kecerian kepada para pengunjung. Di katakan di Taman Burung Melaka ni terdapat lebih dari 400 spesis burung. Namun, jumlah tersebut semankin berkurangan pada masa kini.
replika burung Bird Park Melaka
Taman Burung, Air Keroh Melaka ( Melaka Bird Park)
Taman Burung, Air Keroh Melaka ( Melaka Bird Park)
Taman Burung ni tersorok sikit dari kawasan penempatan padat Ayer Keroh. Kedudukannya agak kedalam sikit. Bagi yang first time nak datang, disarankan untuk guna gps untuk sampai ke sini. Tiket masuk tidak la mahal sangat, RM5 untuk dewasa, RM3 untuk kanak-kanak manakala makanan burung berharga RM5.
pintu masuk dan senarai harga tiket
tiket taman burung
Burung-burung dalam Taman Burung ni semuanya jinak-jinak. Nak bagi makan pun senang. Kadang-kadang burung tu bertenggek atas tangan kita sambil makan. Burung merak lagi la, asyik nak tunjuk dia cantik jer..
bagi makan burung
burung merak
burung merak tengah kembangkan bulunya yang cantik
Di Taman Burung ni juga sebenarnya kita boleh menikmati permandangan burung-burung dari atas, namum tempat tersebut ditutup. tak pasti kenapa ditutup. Mungkin atas faktor keselamatan kot.
laluan yang tinggi untuk lihat burung
laluan yang tinggi untuk lihat burung
Selain tengok burung, terdapat juga replika dinosaur yang terletak di kawasan lapang depan kaunter tiket. Dinosaur tersebut boleh ditunggang untuk keseronokan kanak-kanak.
dinosaur - Trek
pelbagai jenis dinosaur
Ok lah......kepada yang berhajat untuk datang ke Taman Burung Melaka ni, disertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan untuk ke sini. Alamat secara terperinci adalah di 75450 Durian Tunggal, Malacca
GPS koordinat : 2°17'05.5"N 102°17'40.8"E atau 2.284863, 102.294670
Zoo Negara yang terletak di Hulu Kelang, Ampang telah di buka secara rasmi pada 14 November 1963. Zoo Negara ni juga menjadi tumpuan orang ramai termasuk pelancong asing. Selain tu, Zoo Negara ni dah terkenal di seluruh dunia.
Bila korang dah sampai, nak masuk parking ke Zoo Negara ni, kena bayar parking beb!. Aku ingat beli tiket masuk zoo kat situ, rupanya tiket parking je. Tiket masuk zoo kat kaunter dalam. Aku suggest korang datang pagi-pagi. Pagi sejuk sikit la korang nak tawaf zoo tu penat oooooo.... Bawa juga kipas lipat tu..kalau takde dalam tu boleh beli..bawa juga air sebagai bekalan, kot-kot dahaga di tengah jalan. Selain boleh tengok haiwan secara dekat, di Zoo Negara ni juga ada show/persembahan haiwan yang pintar yang telah dilatih oleh trainer zoo. Kalau tak silap aku, show ni start pukul 11 pagi. Kalau terlepas yang pukul 11 pagi ni, korang boleh tunggu show yang pukul 3 petang.
Untuk nak round-round dalam zoo ni, ada 2 cara sama ada korang nak jalan kaki je ataupun naik tram. Tapi tram ni bukan free ek, kena bayar, kena beli tiket.... Naik tram ni, tram akan tinggalkan korang kat tengah-tengah zoo...korang boleh jalan-jalan di situ. Kalau nak naik tram balik pastikan tiket yang korang beli tadi tak buang lagi....kalau takde tiket, dah tak boleh naik dah tram....tram ni hanya untuk satu round saja ek...bukan sepanjang masa dalam zoo tu.
harimau berlegar-legar dalam kandang
Selain binatang-binatang buas, ada satu yang menarik perhatian orang ramai. Ya korang betul...binatang tu adalah PANDA. Panda ni special betul...siap ada rumah sendiri...besar pulak tu dan ber aircond. Dulu nak masuk kena tiket. Sekarang dah boleh masuk...tiket panda dah di sekalikan dengan tiket zoo. Banyak pantang larang nak masuk, tak boleh bising la, itu la, ini la....semata-mata nak menjaga ketenteraman panda yang cuma ada tiga ekor dalam rumah mewah yang besar.
panda tengah tidur
anak panda
Sepanjang aku di Zoo Negara ni, sempat juga la aku rakam beberapa video sebagai kenang-kenangan. Maklum la first time datang..excited terlebih..korang boleh tengok video tu di bawah ni.. show/persembahan haiwan sempat aku rakam sampai habis.
Jika korang berminat untuk ke sini, aku sediakan kat korang gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan arah untuk ke Zoo Negara ni.
gps koordinat zoo negara : 3°12'31.2"N 101°45'28.8"E