Showing posts with label Menara Berkembar Petronas. Show all posts
Showing posts with label Menara Berkembar Petronas. Show all posts

Nasi Lemak Royale Kedah, di Wisma Central, Jalan Ampang, Kuala Lumpur

Restoran Nasi Lemak Royale Kedah
Restoran Nasi Lemak Royale Kedah

Restoran Nasi Lemak Royale Kedah
Restoran Nasi Lemak Royale Kedah
Ni bukan dekat Kedah ye...ni Di Jalan Ampang, Kuala Lumpur...Restoran ni terletak di ground floor Wisma Central di mana Wisma Central ni terletak betul-betul bersebelahan dengan  KLCC a.k.a twin tower petronas.

Nasi lemak royale kalau korang ke Alor Setar, Kedah, memang bersepah la restoran nasi lemak royale ni. Asal nasi lemak royale dari Kedah...Sebenarnya nasi lemak royale ni adalah nasi kandar..tapi diotang tukarkan nasi tu kepada nasi lemak dan nasi lemak tu color kuning!

lauk-lauk (masakan) di nasi lemak royale sama je dengan lauk nasi kandar
lauk-lauk (masakan) di nasi lemak royale sama je dengan lauk nasi kandar
Nasi lemak royale jug sebenarnya restoran mamak...tapi restoran mamak yang beridentitikan negeri kedah.
hasil makan malam aku nasi lemak royale
hasil makan malam aku nasi lemak royale

nasi lemak royale ayam goreng, telur masin, bendi rebus..surrrrr!
nasi lemak royale ayam goreng, telur masin, bendi rebus..surrrrr!
Dekat restoran Nasi Lemak Royale ni pun ada roti canai, ada roti nan, ayam tandoori...Boleh juga makan roti canai di sini...sedap gak la roti canai diorang ni...
roti canai
roti canai
Kalau orang kedah, mesti tau punya la nasi lemak royale ni...yang asal dari negeri lain tu..boleh la try nasi lemak royale ni...ni dekat sebelah KLCC jer.. nak pergi ke KEdah jauh sangat kanπŸ˜…πŸ˜œ

Lokasi google map dan GPS koordinat adalah seperti di bawah.

GPS koordinat: 3.158803901252388, 101.71448634413082

Lepak di Taman KLCC, Menara Berkembar Petronas

Menara Berkembar Petronas
Menara Berkembar PETRONAS (PETRONAS Twin Towers) di Ampang, Kuala Lumpur pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia sebelum di atasi oleh Burj Khalifa dan menara Taipei 101. Sekarang ni Menara Berkembar Petronas dari segi kedudukannya telah jatuh ke banguan ke-11 tertinggi di dunia. Menara Berkembar Petronas memegang gelaran bangunan tertinggi dari tahun 1998 hingga 2004 dari segi ukuran dari aras pintu masuk utama hingga atas struktur, iaitu rujukan ketinggian asli yang digunakan oleh pertubuhan antarabangsa Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat Bandar sejak tahun 1969 (tiga kategori ketinggian tambahan diperkenalkan ketika menara ini hampir disiapkan pada tahun 1996). Menara berkembar petronas ni telah menjadi mercu tanda untuk bandaraya Kuala Lumpur. Selain itu, satu lagi binaan yang juga menjadi mercu tanda bandaraya Kuala Lumpur adalah menara Kuala Lumpur yang terletak tidak jauh dari Menara Berkembar Petonas ni.
Menara Kuala Lumpur tu maybe next posting aku cuba post la dalam blog ni, sebab aku tak berkesempatan lagi untuk melawat ke menara KL tu. Di Menara Berkembar Petronas ni, aku just jalan-jalan makan angin kat kawasan taman KLCC tu je. Dekat taman tu pun dah best. Ramai orang lepak petang-petang sambil ambil gambar berlatar belakangkan bangunan twin towers tu. Kalau korang nak jogging pun ok gak kat sini. Ada taman mainan kanak-kanak, kolam yang besar yang ada air pancut. Kalau malam lagi cantik air pancut tu. Siap air pancut berirama yang berwarna-warni. 
ramai orang dok melepak tepi tasik petang-petang
pemandangan waktu malam...
aku juga ada rakam suasana taman KLCC ni sebagai kenangan-kenangan. Korang boleh tengok video tu kat bawah ni.
Tempat ni memang famous pun. So tak susah nak cari. Dari jauh pun dah boleh nampak. Walaubagaimanapun, aku bagi juga la gps koordinat dan google map sebagai panduan ke sini.
gps koordinat : 3°09'28.1"N 101°42'43.0"E