1

2

3

4

Showing posts with label Indoor theme park. Show all posts
Showing posts with label Indoor theme park. Show all posts

Bawa anak-anak main di Berjaya Times Square Theme Park

 

Berjaya Times Square, Kuala Lumpur
Berjaya Times Square, Kuala Lumpur
Berjaya Times Square ni terletak di  Jalan Imbi, Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Berjaya Times Square ni sebenarnya adalah shopping mall. Tapi di sini ada satu tarik yang sangat menarik di mana terdapat indoor theme park dalam mall ni. Theme park ni berada di tingkat 5 (pintu masuk theme park) hingga tingkat 7.
Stesen train monorel Imbi
Stesen train monorel Imbi
Kalau korang taknak serabut dengan jalan jem dan parking, aku suggest korang naik train jer. Korang cari stesen Imbi, sebab stesen ni memang bersambung terus dengan Berjaya Times Square....keluar je train terus masuk pintu berjaya times squareπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Ada lebih kurang 28 game yang korang boleh cuba dalam theme park ni....antaranya adalah bubble's express, beat saber, doomsday survival(VR), haunted house(VR), commando league(VR), starship, haunted house, waterless aquarium, cosmic games, spinning orbit, dizzy izzy, robo crash, supersonic odyssey roller coaster, fantasy games, zoofari fun ride, molly-cool's swing, botanic drive, crazy bus, super run, fantasy trail, honey bump, buddy go round flying bumble bee, theater kidz playground, the fantasy labyrinth,dan party room.

Theme park PARKMAP
Theme park PARKMAP
Theme park ni beroperasi setiap hari. Isnin hingga khamis theme park ni mula beroperasi dari 12 tengahari sehingga jam 8 malam. sabtu, ahad dan public holidays pula bermula jam 11 pagi hingga jam 8 malam.
laluan track supersonic odyssey roller coaster
laluan track supersonic odyssey roller coaster

bubbles's express
bubbles's express

tinggi oooooo spinning orbit ni..gayat!
tinggi oooooo spinning orbit ni..gayat!

dizzy izzy
dizzy izzy

spinning orbit
spinning orbit

bahagian game untuk kanak-kanak
bahagian game untuk kanak-kanak
Itu la dia theme park ni.....sesuai bawa anak jalan-jalan terutamanya waktu cuti sekolah...Berjaya Times Square theme park ni dikatakan yang terbesar indoor theme park di Malaysia ni...diorang claim la kan...aku pun dah pernah pergi indoor theme park dekat genting highland...rasa macam sama jerπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Kepada korang yang nak ke Berjaya Times Square Theme Park ni, selain monorel yang aku bagitau korang tadi, korang juga boleh naik MRT dan turun di stesen Bukit Bintang, tapi yang ni jauh sikit, korang kena berjalan lebih kurang 10 minit untuk kr Berjaya Times Square ni...

Di sertakan kat bawah ni gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan untuk korang ke sini.

GPS koordinat: 3.1422118391796685, 101.71071245881373

Bergembira tepuk tangan sama-sama di Genting Highlands, Kota Keriangan anda

 Ni first time aku nak naik Genting Highland. Excited la kan sebab first time. Aku plan nak balik hari je, tak bermalam.. sebab aku dari KL.. KL ke Genting Highlands tak jauh sangat. Kalau korang dari tempat yang jauh, aku rekomen korang bermalam je kat Genting Highlands tu. Ada banyak hotel kat sana.

Korang boleh drive terus sampai ke puncak Genting Highlands atau satu cara lagi nak ke puncak, boleh naik kereta kabel (cable car) ataupun diorang panggil AWANA SKYWAY. Trip aku kali ni aku pilih untuk naik kereta kabel. Untuk naik kereta kabel, korang kena pergi ke GENTING HIGHLANS PREMIUM OUTLETS. Parking di situ dan naik kereta kabel untuk ke puncak Genting Highlands. Tapi parking sini mahal la jugak..so bersedia la korang dgn harga parking tu. Aku parking dari 10.30 pagi hingga 9.30 malam, tiket parking RM24.

GENTING HIGHLANS PREMIUM OUTLETS
GENTING HIGHLANS PREMIUM OUTLETS

Kat premium outlet ni cam shopping complex la. Kalau korang taknak main game apa-apa, boleh je lepak sini. Tapi kalau nak main game, kena la naik kereta kabel ke puncak.

Kebetulan aku datang waktu cuti umum, jadi kena hadap la kesesakan orang ramai. Nak beli tiket ada dua cara, sama ada layan diri atau ke kaunter tiket. Aku pilih ke kiosk layan diri.

cari Awana SkyWay
cari Awana SkyWay

kiosk beli tiket layan diri
kiosk beli tiket layan diri

Then, korang boleh pilih la sama ada nak beli tiket untuk sehala atau dua hala. Aku pilih terus yang dua hala... nanti masa nak balik tak kalut dah nak beli tiket lagi.
tiket cable car (awana skyway)
tiket cable car (awana skyway)

Disebabkan aku pergi 6 orang, jadi aku dapat 12 tiket semuanya. 6 tiket untuk naik, 6 lagi untuk turun. Dah dapat tiket terus beratur untuk naik cable car. Walaupun orang ramai, tapi tak tunggu lama pun sebab cable car di sini cepat dan banyak... tak macam di Langkawi.. berejam aku beratur naik cable car.
cable car (awana skyway)
cable car (awana skyway)

boleh menikmati keindahan alam dari atas
boleh menikmati keindahan alam dari atas

stesen awana skyway di premium outlet
stesen awana skyway di premium outlet

sambil-sambil naik cable car tu, boleh tengok keindahan alam semulajadi yang cantik. Bila tengok jalan raya bengkang bengkok dari atas cable car ni, nampak cantik plak... then masuk ke kabus awan.. fuhhh terbaik!

outdoor theme park genting highlands
outdoor theme park genting highlands

Dah sampai ke puncak, korang boleh nampak outdoor theme park. Tapi masa aku datang ni, outdoor tutup. Yang buka hanya indoor theme park. Tapi indoor pun sempoi gak la.
Indoor theme park
Indoor theme park

Indoor theme park
Indoor theme park

Indoor theme park
Indoor theme park

Indoor theme park
Indoor theme park

Ada banyak game yang korang boleh cuba. Semua game tu di bahagi kepada 3 kategori iaitu child rides, family rides dan thrill rides. Child rides untuk game budak-budak kecil yang tinggi lebih kurang 90cm. Antara game tu adalah lumping spur, loop de loop, boo boo bump, whirly bugs dan ride 'em round.
Untuk family rides pulak, boleh naik satu family. Antara game adalah ballon race, skyscraper, copper express, royal carousel, space cadets, tea cups, chariot cruise dan soaring ships.
Untuk yang extreme pulak..yang naik ni mesti ada yang jerit-jerit, korang boleh cuba thrill rides. Antara game nya adalah sky towers, disco, power surge, stormy voyage, bumper boss, spin crazy, music express super glider dan the bolt.
Satu game RM15. tapi kalau korang beli unlimited tiket, korang boleh main sampai lebam. Harga tiket tu RM75.
malam di Genting Highlands
malam di Genting Highlands

malam di Genting Highlands
malam di Genting Highlands

Dah puas main, layan family enjoy, masa untuk balik. kena naik cable car untuk ke Genting Highlands Premium Outlet. Kali ni dapat experience nak cable car waktu malam pulak.
Begitu la kisahnya day trip aku ke Genting Highlands... Korang bila lagi??? Ni aku kasi gps koordinat dan google map Genting Highlands Premium Outlet untuk panduan korang kalau nak datang.

GPS koordinat : 3°24'12.2"N 101°46'59.2"E atau 3.403392, 101.783111