1

2

3

4

Showing posts with label Batu Maung. Show all posts
Showing posts with label Batu Maung. Show all posts

Port makan ikan bakar, seafood, masakan ala thai di D' Seafood Paradise, Jalan Teluk Tempoyak, Batu Maung, Pulau Pinang

D' Seafood Paradise
D' Seafood Paradise
Restoran D' Seafood Paradise ni terletak di Jalan Teluk Tempoyak, Batu Maung, Pulau Pinang. Di restoran kira port untuk korang nak menikmati makanan seafood la...Semua seafood korang boleh pilih segar-segar....Ikut suka menu apa yang korang nak..nak buat ikan bakar pun boleh...
D Seafood Paradise betul-betul sebelah laut
D Seafood Paradise betul-betul sebelah laut

ni port makan yang open air, sebelah deruan ombak laut
ni port makan yang open air, sebelah deruan ombak laut
Kalau siang aku datang ni, boleh la nampak view pantai disebelah tu...boleh nampak bot-bot nelayan...makan sambil dengar deruan ombak memang ngam la...syahduuuu jer😎...Tapi kalau korang taknak makan  dekat open air ni pun takpe, ada jer tempat yang berbumbung...boleh pilih sendiri
boleh pilih makan bawah bumbung ni
boleh pilih makan bawah bumbung ni

ni parking depan restoran
ni parking depan restoran

ni parking sebelah restoran
ni parking sebelah restoran
Tempat parking, jangan risau...banyak kawasan parking di sini..tapi kalau korang datang waktu malam, agak gelap sikit la nak masuk ke restoran D Seafood Paradise ni...
boleh pilih ikan yang segar-segar untuk di masak
boleh pilih ikan yang segar-segar untuk di masak

ketam, udang, sotong, kerang lala....
ketam, udang, sotong, kerang lala....
Bila korang datang ni...korang jangan la harap ada orang nak datang ambil order kat meja....Korang kena pergi kaunter dan order sendiri di kaunter...sebelum tu korang boleh pilih dulu seafood dan jenis masakan yang korang nak makan...then kena bayar terus kat kaunter....kira bayar dulu la baru makan😁😁😁....
kerang bakar
kerang bakar

sotong goreng tepung
sotong goreng tepung

siakap 3 rasa
siakap 3 rasa

tomyam seafood
tomyam seafood

Kailan ikan masin
Kailan ikan masin 
Itu la makanan yang aku order, siakap 3 rasa, sotong goreng tepung, tomyam campur, kailan ikan masin dan kerang bakar....ada banyak lagi menu lain yang korang boleh try....

Kepada yang nak datang ke D Seafood Paradise ni, boleh rujuk GPS koordinat dan google map di bawah sebagai rujukan dan panduan untuk korang ke sini.

GPS koordinat: 5.278868028335719, 100.28976091788942

Jalan-jalan cari makan, terjumpa Restoran Nasi Kandar Makbul, Batu Maung, Bayan Lepas

 

Restoran Nasi Kandar Makbul, Batu Maung, Bayan Lepas (Bahagian belakang)
Restoran Nasi Kandar Makbul, Batu Maung, Bayan Lepas (Bahagian belakang)

Restoran Nasi Kandar Makbul, Batu Maung, Bayan Lepas
Restoran Nasi Kandar Makbul, Batu Maung, Bayan Lepas
Plan asal aku nak pergi bawa anak-anak ke Akurium Tunku Abdul Rahman dekat Batu Maung. Tapi sebelum nak masuk akuarium tu, cari dulu la makanan nak makan. Tapi cari area-area Batu Maung gak la... Ni yang terjumpa Restoran Nasi Kandar Makbul. Jadi layan jer la makan kat sini.
pelbagai jenis masakan nasi kandar
pelbagai jenis masakan nasi kandar

ayam goreng, ayam bawang dan lain-lain
ayam goreng, ayam bawang dan lain-lain

nampak kuah pekat likat melekat
nampak kuah pekat likat melekat😅
Nak makan nasi kandar, boleh pilih lauk-lauk dan masakan seperti dalam gambar di atas. Selain nasi kandar, makanan goreng-goreng pun ada juga di Nasi Kandar Makbul ni. Gambar kat bawah ni pulak adalah nasi kandar dan megi goreng yang aku order.
megi goreng telur mata
megi goreng telur mata

nasi kandar aku order, kuah mesti mau campur
nasi kandar aku order, kuah mesti mau campur😅
Kepada yang nak merasa penanggan nasi kandar makbul ni, boleh la cari restoran ni di Batu Maung, Bayan Lepas Pulau Pinang. Aku sertakan juga di sini GPS koordinat dah google map sebagai rujukan korang.

GPS koordinat: 5°17'16.7"N 100°16'55.9"E atau 5.287976, 100.282189






Nak Cari Kari Kepala Ikan Yang Sedap, Boleh Datang Ke Restoran Pen Mutiara, Batu Maung, Bayan Lepas Pulau Pinang

 Serius la kari kepala ikan kat Restoran Pen Mutiara ni memang betul-betul power. Dimasak panas-panas dan dihidangkan dalam mangkuk kari yang besar. Jenis ikan korang boleh pilih nak ikan yang mana satu ikut citarasa korang la.

restoran pen mutiara
restoran pen mutiara

restoran pen mutiara
restoran pen mutiara

restoran pen mutiara
restoran pen mutiara
restoran pen mutiara
restoran pen mutiara

Restoran Pen Mutiara ni betul-betul dalam kawasan jeti nelayan. Restoran pun agak eklusif. Tidak hairan lah ianya sekali dengan hotel.
Selain kari kepala ikan ada banyak lagi menu pilihan yang korang boleh cuba. Bagi aku, aku pair kan kari kepala ikan tu dengan menu sotong goreng tepung dan juga kailan ikan masin.
sotong goreng tepung
sotong goreng tepung

kari kepala ikan
kari kepala ikan 
Restoran Pen Mutiara ni terletak di Batu Maung, Bayan Lepas. Ada satu lagi cawangan Pen Mutiara iaitu terletak di Jalan Selat, Butterworth.
Kalau korang nak datang ke restoran Kari Kepala Ikan yang sedap ni, korang boleh cari di Bayan Lepas. Jika masih pening, boleh je guna gps koordiant seperti dibawah.

gps koordinat : 5°17'08.6"N 100°17'20.9"E atau 5.285724, 100.289145

Muzium Perang (war museum) di Batu Maung, Pulau Pinang yang penuh mistik

 

Muzium Perang (war museum) Batu Maung
Muzium Perang (war museum) Batu Maung

Muzium Perang (WAR Museum) ni adalah tempat asal kubu tentera British yang dibina oleh British pada tahun 1930. Tujuan ia dibina adalah untuk melindungi Pulau ini dari serangan musuh terutama dari Selat Melaka. Kubu ini dibina oleh banduan-banduan yang mengambil masa 7 tahun untuk disiapkan. Bagi mengelakkan rahsia pertahanan dikubu ini terbongkar, banduan-banduan tersebut pada akhirnya dibunuh agar kerahsiaan kubu dikekalkan.

Pada tahun 1942, kubu ini jatuh ke tangan tentera Jepun selepas pemtempuran yang sengit. Tentera Jepun menjadikan kubu ini sebagai pusat tahanan dan penyeksaan selama lebih kurang 2 tahun sebelum menyerah kalah kepada tentera Berikat pada tahun 1945 yang menandakan tamatnya perang dunia kedua.
pedang dan senjata lama
pedang dan senjata lama

senjata lama dan topi tentera
senjata lama dan topi tentera

laluan utama masuk ke muzium
laluan utama masuk ke muzium

Muzium ni kalau dilihat agak menyeramkan. Mungkin kerana struktur bangunan adalah bangunan asal yang sebenar. Mengikut kisah kubu ini, pada zaman tersebut, banyak pembunuhan berlaku di sini. Maka tidak hairan la seringkali ada penampakkan mahkluk lain berkeliarkan di sini. Muzium ini juga dikatakan muzium paling berhantu di Asia. National Geographic pula menyatakan muzium ini antara 10 tempat muzium paling berhantu.
tempat hukuman pancung kepala
tempat hukuman pancung kepala

tempat hukuman gantung sampai mati
tempat hukuman gantung sampai mati

kubu ini berkeluasan kira-kira lapan hektar termasuk membina terowong bawah tanah, pejabat perisikan, pusat logistik, stor peluru, dewan, pejabat, saluran angin, ruang meriam, tempat tidur, tempat memasak, penjara dan dispensari.
Setiap laluan melintasi bangunan-bangunan di sini agak menyeramkan. Di tambah pula kawasan hutan yang sunyi. Jika berseorangan lagi menambahkan keseraman.
bangunan pejabat tentera
bangunan pejabat tentera

gambar yang menunjukkan keadaan sebenar suatu masa dahulu
gambar yang menunjukkan keadaan sebenar suatu masa dahulu

bangunan penjara
bangunan penjara

Ada banyak lagi bangunan-bangunan lain yang menyeramkan.

senjata untuk tembak kapal terbang musuh
senjata untuk tembak kapal terbang musuh

'6-inch breech loading gun' dipasang pada tahun 1941
'6-inch breech loading gun' dipasang pada tahun 1941

Ada bangunan yang di bina di bawah tanah sebagai kubu perlindnugan. Gambar di bawah ni salah satu kubu bawah tanah tersebut.
pintu masuk ke kubu bawah tanah
pintu masuk ke kubu bawah tanah
laluan sempit kubu bawah tanah
laluan sempit kubu bawah tanah


ruangan dalam kubu bawah tanah
ruangan dalam kubu bawah tanah

kena merangkak sejauh 7 meter
kena merangkak sejauh 7 meter

kena panjat setinggi 9 meter untuk keluar
kena panjat setinggi 9 meter untuk keluar 

Selain tu, pengunjung juga dapat melihat perbagai jenis bom jangka yang digunakan pada masa dahulu.

bom jangka
bom jangka

bom untuk peluang berani mati
bom untuk pejuang berani mati

replika bom
replika bom

Kesan kekejaman tentera Jepun yang menjadikan kubu ini sebagai pusat tahanan juga masih ada menyebabkan ada pengunjung yang lemah semangat akan menjadi terlalu takut.
Kepada yang nak datang ke sini, lokasinya adalah di Batu Maung, Pulau Pinang. Disertakan di sini GPS koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan untuk ke sini.

GPS koordinat : 5°16'53.3"N 100°17'19.5"E atau 5.281459, 100.288756