sotong sumbat telur |
Bahan-bahan:
- 6 ekor Sotong saiz medium
- 1 bawang merah saiz medium - potong dadu kecil
- *4 telur gred A
- *3 ekor Udang XL (buat rasa sedap lagi, takde pun rasa sedap juga) - potong kecil
- *Daun ketumbar (Jangan banyak sangat. Nanti menyengat rasanya) - cincang halus
- *Carrot (suka hati nak letak banyak mana) - cincang halus
- Maggi cukup rasa
- Pencungkil gigi/lidi
Cara-cara:
- Masukkan semua yang bertanda * & kacau sebati. Lepas tu, panaskan minyak sikit & goreng bawang merah sampai garing sikit.
- Masukkan adunan telur tadi & masak seperti telur hancur. Lepas tu masukkan garam gula kalau yang tak guna MSG. Saya masukkan maggi cukup rasa je.
- Sumbat telur ke dalam sotong. Sumbat biar sotong jadi gemuk buncit semuanya.
- Ambil kepala sotong & letak kat tempat asal dia. Lepas tu cocok sotong dengan lidi ke pencungkil gigi ke, dekat tempat kepala sotong. Tak nak telur terkeluar je.
- Dah siap sumbat telur, kelar manja sikit sotong tu supaya sotong tak mengecut sangat.
- Nak masak sotong tu, atas kesenangan korang. Boleh bakar atas arang, masak atas kuali ataupun guna air fryer.
- Masak sehingga sotong masak je. Jangan lama sangat. Nanti sotong jadi kering. Tak sedap nak makan.
Resepi sos thai serbaguna:
- Sos thai yang ada gambar makcik tu
- Bawang putih - cincang halus
- Cili padi merah - potong kecil
- Daun ketumbar
- Sos ikan
- Gula
- Air limau nipis
Campur semua tu. Siap!
Korang agak-agak je la ye yang sos tu.
Kredit resepi: Mira Khan
No comments:
Post a Comment