Restoran Balak Inn, Parit Buntar, Perak

Restoran Balak Inn ni beralamat di Jalan Sempadan, Kampung Permatang Tok Mahat, 34200 Parit Buntar, Perak. Restoran ni start buka jam 1 tenghari hingga lewat malam. Tutup pada haru Jumaat.

Restoran Balak Inn, Parit Buntar
Restoran Balak Inn, Parit Buntar

Restoran Balak Inn, Parit Buntar
Restoran Balak Inn, Parit Buntar
Sebab apa panggil BALAK? Sebabnya restoran ni berkonsepkan kayu balak hutan. Semua tiang-tiang adalah dari asal pokok. Ada sesetengah meja pun di buat dari pokok-pokok hutan.
Apa yang ada di sini? macam-macam ada. Ada kuih-kuih, ada char koay teow, ada ABC, ada western food, ada makanan goreng-goreng, makanan set dan sebagianya. Disebabkan aku datang waktu tengahari, jadi aku nak makan nasi la... tapi nasi campur tak ada ek... nasi yang goreng-goreng jer. Senarai menu makanan yang goreng-goreng seperti di bawah:
Senarai menu Balak Inn
Senarai menu Balak Inn
Oleh yang demikian, menu makan tenghari aku hari tu adalah nasi goreng paprik daging, telur mata, nasi goreng cili dan sup tulang.
nasi goreng cili
nasi goreng cili
nasi goreng telur mata
nasi goreng telur mata
sup tulang
sup tulang

paprik daging
Paprik daging

minuman penghilang dahaga
minuman penghilang dahaga

Kesimpulannya makan tenghari aku ni sedap. Aku rekomen kat korang la Balak Inn ni. Aku pun jumpa restoran ni dari salah satu blog famous juga la pasai makanan. Kepada yang nak ke sini, aku sertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.
gps koordinat : 5°07'51.8"N 100°28'44.6"E atau 5.131047, 100.479041

1 comment: