Hasilkan link WhatsApp untuk pelanggan mesej tanpa save nombor telefon

Bagi peniaga online, link WhatsApp ni sangat penting kerana ianya memudahkan pelanggan untuk terus direct mesej penjual untuk bertanyakan berkenaan produk jualan kita. Pelanggan tidak perlu untuk save terlebih nombor penjual semata-mata hanya untuk bertanya sesuatu. Sebenarnya, dengan kaedah save ini penjual kemunkinan besar akan hilang prospek pelanggan disebabkan pelanggan malas nak mesej penjual. Jadi dengan meletakkan link WhatsApp ini dalam script ayat jualan, semestinya akan menarik lebih ramai pospek untuk membeli produk kita.

Ada dua cara untuk hasilkan link tersebut. Berikut adalah cara-caranya:


A.  Cara Buat Link Whatsapp dengan Nombor Boleh Dilihat

1. Anda hanya perlu taip ayat di bawah:

 wasap.my/60191234567/sayaNakTahu

2. Tulisan yang berwarna purple digantikan dengan nombor telefon anda dan warna hijau adalah ayat yang ingin anda terima daripada pelanggan.

3. Jika anda mahu lebih pendek, tak perlu letak ayat. Contoh seperti di bawah:

wasap.my/60191234567

4. Copy link dan paste di laman social media yang anda kehendaki. Siap!!!!



B.  Cara Buat Link Whatsapp dengan Nombor Yang Disembunyikan

1. Taip wasap.my di Google Search dan masuk ke laman tersebut.
Daftar masuk dahulu sebelum boleh proceed.
2. Klik Add Link.
3. Isi bahagian kosong iaitu bahagian Link (tajuk utama), Phone (masukkan awalan 6 pada bahagian phone) dan Pre-filled text (ayat yang ingin terima di Whatsapp). Abaikan yang lain.
4. Klik Submit.
5. Copy link yang keluar dan paste di laman social media yang anda kehendaki. Siap!

1 comment: