D' Madinah Cafee - roti bakar dan makanan barat ( Kulim, Kedah)

Ok jangan salah faham dengan nama restoran ni...bukan kat madinah, tapi dekat Kulim Kedah. Kenapa Madinah? aku taktau...peliknya menu utama semua makanan barat...kot-kot la nama Madinah tapi buat makan timur tengah logik la sikit...aku biarkan persoalan tu menjadi mesteri nusantara.....Apa yang menariknya kat sini. selain korang boleh pilih menu western yang korang suka, ada menu yang rare sikit...makanan barat tapi makan ala-ala dalam talam..hahahahaha...mungkin 'Madinah' tu kat talam tu la kot..hihihihi...
D' Madinah Cafee, Kulim Kedah
Makan talam western ni diorang sediakan ada set tertentu...boleh pilih berdasarkan bajet korang la..ada set keluarga,set kasih sayang dan set bulan madu...Kebetulan masa aku pergi tu, set tu dah sold out..jadi aku boleh snap gambar kat buku menu je la.....
set menu D' Madinah Cafee
Walaubagaimanapun, aku dapat la gak rasa chicken chop dan french fries...sebab anak aku minat sangat makan chicken chop ni....Masa aku datang tu, ramai gak la customer tengah makan..aku pun cari pakai gps tempat ni..maybe lambat sampai, makanan banyak dah habis..Jadi kat sini aku share la gak gps koordinat dan google map kat korang...kalau-kalau korang nak datang cuba....


Chicken chop

french fries
Lokasi mengikut gps dan google map:

5°21'34.2"N 100°31'44.3"E 


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...