1

2

3

4

RESEPI SHELLOUT HOMEMADE

SHELLOUT
SHELLOUT 

Bahan-bahan: ( untuk 12 orang makan )
  • daun kari 5 tangkai
  • butter / minyak masak
  • bawang besar 10 bj *
  • bawang putih 10 bj *
  • halia *
  • belacan *
  • cili api 12 batang *
  • serai 4 batang*
  • sos tiram 7 sudu
  • sos seafood ( kalau takde, sos tiram pun takpe)
  • sos cili 7 sudu
  • cili kisar 9-10 sudu
  • brokoli
  • carrot
  • lemon
  • jagung
  • seafood (ketam, kerang, udang, sotong , lala)
  • Seafood semua rebus dulu 
  • *Blend kan dgn air rebusan ketam
Cara-cara:
1) Panaskn butter / minyak
2) Masukkan daun kari (goreng sehingga naik bau)
3) Masukkan bahan-bahan yang di blend , cili kisar ,sos tiram, sos cili (tunggu sehingga naik minyak)
4) Masukkan seafood-seafood
5) Last sekali hias shellout dengan brokoli , carrot , lemon , jagung dan tadaaaaaaa, siapπŸ˜‹

Selamat Mencuba.

Kredit resepi: Siti Nur Husna

Kerabu Mangga, hidangan pembuka selera

Kerabu Mangga antara sajian yang boleh mengatasi masalah hilang selera kerana rasanya yang masam dan lemak bergantung kepada jenis mangga yang digunakan.

BAHAN:
• Dua atau tiga biji mangga muda
• Seekor ikan kembung, digoreng
• Sekuntum bunga kantan
• Empat biji bawang merah
• Dua biji cili api
• Garam secukup rasa
• Kacang tanah goreng, ditumbuk (jika suka)
• Udang kering digoreng tanpa minyak (jika suka)

CARA MEMBUAT:
1. Kupas kulit mangga dan racik halus. Jika tiada alat peracik, hiris dengan pisau. Ketepikan.
2. Hiris bawang merah, cili api dan bunga kantan. Siat isi ikan kembung. Masukkan semua bahan ini ke dalam pinggan.
3. Gaul semua bahan dan letakkan garam secukup rasa. Hidangkan.

NOTA:
Jika mahu mempel­bagaikan rasanya, boleh tambahkan kacang tanah goreng dan udang kering. Jika mahu menambah hirisan tomato juga boleh bagi menambah khasiatnya.

RESEPI CHICKEN CHEESE CRISPY

CHICKEN CHEESE CRISPY
CHICKEN CHEESE CRISPY

Bahan:
  • Isi ayam/Ayam Kisar
  • 3 biji bwg besar (potong dadu)
  • 5 ulas bwg putih (cincang)
  • Garam
  • Ajinomoto (optional)
  • Serbuk lada hitam (optional)

Cara-cara:
Tumis bwg besar dan bawang putih guna marjerin/butter.. Tumis ssmpai naik bau pastu masukkan ayam.. Letak garam, ajinomoto dan serbuk lada hitam.. Masak sampai kering air ayam tu.. 

Bahan Lain :
  • Roti 
  • Serbuk roti
  • 4 biji telur
  • Cheese

Cara-cara:
Lenyek roti.. Kemudian sapu telur atas roti tadi, letak inti dan cheese.. Lipat roti dan tekan keliling (proses ni kadang-kadang kulit roti tu terbukak balik, jangan risau normal la tu, korang teurs je buat yang lain nanti dah lama tekan balik yang terbukak tadi).. Kemudian celup roti berinti tu dalam telur, dan gaulkan dalam serbuk roti.. Ulang semua langkah sampai siap.. Goreng api sederhana tau.. Dannnnn siap... Sedia untuk di ngapp.. Aumm nyam3..😍😍

Makan dengan cheezy, sos cili atau mayonis.. Sedap sangat-sangat tau.. Selamat mencuba uolssss... 

kredit resepi: Mieza Samian

Resepi Sate Goreng

Resepi Sate Goreng
Resepi Sate Goreng

Bahan:
1 kg daging lembu/isi ayam
300-400 gram gula pasir
1 sudu makan garam

Bahan rempah: (dikisar halus)
5 batang serai
1/2 inci lengkuas
1/2 inci halia
1 sudu makan ketumbar
1 sudu makan jintan manis
2 sudu makan serbuk kunyit

Cara membuatnya:
Potong dadu/nipis daging, rendamkan dalam air sekurang-kurangnya setengah jam. Toskan daging yang direndam kemudian gaulkan rata bersama gula pasir, perapkannya setengah jam.
Pastikan dikisar halus bahan rempah dan gaulkan bersama daging yang telah diperap bersama gula tadi, tambah garam dan gaulkan rata. Perapkan lagi sekurang-kurangnya satu jam.
Cucuk daging dengan lidi buluh dan sedia untuk dipanggang

Tip:
Bagi daging lembu atau kambing pastikan urat pada daging tersebut dibuang agar daging sate tidak liat semasa dimakan
Daging direndam dalam air bertujuan melembutkan daging tersebut. 
Rempah akan lebih meresap kedalam daging jika lebih lama diperap.