1

2

3

4

Resepi Kek Pisang

Kek Pisang
Kek Pisang 

Bahan-bahannya.
  • 4 cawan tepung gandum
  • 2 cawan minyak jagung
  • 2 cawan gula perang
  • 10 biji pisang berangan/bunga/restali
  • 6 biji telur ayam 
  • 2 sudu teh esen vanila
  • 2 sudu teh soda bikarbonat
  • 2 sudu teh baking powder.
  • 1 sudu teh garam halus
Cara-cara membuatnya
  • Panaskan ketuhar dalam suhu 180' selama 10 minit.
  • Satukan bahan kering seperti tepung gandum,soda dan baking powder.  
  • Ayak adunan tersebut sebanyak 2 kali bagi memastikan kandungan tepung agak ringan.
  • Masukkan telur dan gula ke dalam blender dan kisar hingga kelihatan putih dan gebu.
  • Pisang dilecek dan masukkan adunan telur tadi ke dalam adunan pisang.
  • Masukkan tepung dan minyak.
  • Kacau sebati dengan menggunakan senduk kayu.
  • Akhir sekali masukkan adunan tadi ke dalam loyang yang telah dilenser dengan marjerin.
  • Bakar selama 1 jam.

Cara membuat Bubur Lambuk (resepi)

Cara membuat Bubur Lambuk (resepi)
Cara membuat Bubur Lambuk (resepi)

Bahan-bahannya adalah :
  • 200gram Daging (potong kecil-kecil) 
  • Sedikit Udang Kering (ditumbuk sehingga hancur) 
  • Segenggam Lobak Masin (hiris nipis2) 
  • 3 ulas Bawang Merah (hiris) 
  • 2 ulas Bawang Putih (hiris) 
  • 2cm Halia (hiris) 
  • 3 beradik (kulit kayu manis 
  • bunga lawang dan buah pelaga) 
  • 1/2 sudu teh Lada Hitam 
  • Sedikit Halba 
  • Santan 1/2 cawan 
  • Garam secukup rasa
  • 1 genggam Beras 
Cara memasak Bubur Lambuk Mudah Dan Sedap 
  • Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau. Lepas tu masukkan pula lada hitan, halba dan 3 beradik (kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga) 
  • Bila dah garing sikit, tumis pula udang kering dan daging. Kalau macam kering sangat, letak air sikit..pastu sambung tulis semula. Kacau-kacau sikit pastu masukkan lobak manis. Jangan risau..bila lobak masin ni dah masak, dia tak masin. yang bestnye anda akan rasa kenyal-kenyal sikit. 
  • Bila semua dah sebati dan dah masak, periuk tersebut bolehlah di penuhkan dengan air. Saya letak air 1/2 periuk dulu..saya masak macam masak nasi biasa, lepas tu bila dah nak kering saya tambah air lagi, pastu nak kering saya tambah air lagi (rajin sangat kan..kekekeke). Ohh ye lupa pula, jangan lupa masukkan beras juga..karang tak jadi pula bubur lambuk sedap ni tau
  • Bila bubur dah hampir masak, last sekali masukkan santan dan garam. Biar seketika dalam 5minit, pastu bolehlah tutup api.

Resepi kerabu maggi (megi) ala Thailand

kerabu maggi ala Thailand
kerabu maggi ala Thailand

Bahan-bahan; 
  • 3 bungkus Maggie Thai/Siam
  • 1 biji buah tomato-hiris 
  • 1/2 labu bawang besar- guna bawang besar Holland 
  • Sejengkal batang celery 
  • Segenggam daun ketumbar 
  • 1 biji cili merah besar 
  • 1 sudu sos ikan-jika suka 
  • 1 sudu air asam limau-jika suka 
  • 2 peket rempah maggie siam - (yang ada dalam peket maggie tu, 1 lagi tak dipakai).
Bahan Lauk: 
Sotong, Udang, Fish cake, Crab stick, Fish ball

Cara-caranya: 
  • Panaskan air untuk merebus bahan lauk dan mee segera. 
  • Masukkan 1 peket rempah mee segera. Tunggu hingga menggelegak.
  • Masukkan seafood. Seafood dahulu diikuti dengan fish cake(Sebentar sahaja, rebus secara berasingan)
  • Keluarkan seafood.  
  • Dalam periuk rebusan yang sama, masukkan mee segera.  
  • Dah lembut, keluarkan. Masukkan dalam mangkuk besar untuk menggaul kerabu. Air rebusan JANGAN DIBUANG!

RESEPI AYAM KETUMBAR JINTAN PEDAS

 

AYAM KETUMBAR JINTAN PEDAS
AYAM KETUMBAR JINTAN PEDAS

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam(Potong)
  • 2 batang serai(dikatok)
  • Cili padi merah 5 batang(dikatok
  • Cili padi hijau 5 batang(dikatok)
  • 2 helai daun salam
  • 2 keping asam keping
  • 1 sudu makan gula merah
  • 1 cawan air putih
  • Kentang 1 biji dibelah
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Air secukupnya
  • Minyak masak( untuk menumis)
BAHAN KISAR HALUS
  • 2 biji bawang besar
  • 5 biji buah keras
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 sudu makan ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 2cm kunyit hidup
Cara memasak
  • Panaskan minyak, lalu tumis bahan KISAR HALUS hingga pecah minyak.
  • Kemudian, masukkan ayam,cili padi,serai,asam keping dan daun salam. Gaul rata dan masukkan air.
  • Masak sehingga ayam agak lembut dan masak sehingga sedikit kering.
  • JIKA SUKA BERKUAH, JANGAN MASAK TERLALU LAMA.
  • Akhir sekali masukkan,gula melaka,serbuk perasa dan garam. Rasakan dengan secukup rasa yang dimahukan.
  • siap untuk dihidang