1

2

3

4

Makan tengahari di restoran ikan bawal Sungai Petani Kedah

Restoran ikan bawal ni, aku pun tak pasti alamat yang betul-betul tu macam mana. Kalau ikutkan alamat di google map, 236F, Gong Silong Tikam Batu, Kmapung Kepla Bukit, 08000 Sungai Petani Kedah. Tapi kalau nak senang guna je gps koordinat yang aku sertakan dalam posting ni, InsyaAllah akan di bawah terus ke restoran ikan bawal sungai petani ni.
restoran ikan bawal Sungai Petani

suasana dalam restoran ikan bawal Sungai Petani
Bila dah sampai, korang akan kompius lagi sebab signboard restoran tu bukan tulis restoran ikan bawal, sebaliknya 'restoran kari bawal sembilang'...hahahaha...korang jangan ke mana-mana sebab sememangnya korang dah sampai di restoran ikan bawal ni...
Disebabkan ada kari sembilang, aku pun nak cuba juga la nak rasa kari sembilang tu. Di samping tu ikan bawal pun aku order juga. Kari sembilang tu aku order untuk 2 orang makan. Bila aku ushar dalam kari tu berapa ekor yang ada, ternyata ada sekor ikan sembilang yang di potong empat. Agak pedas kari ni. Sambal belacan dan ulam-ulam tu standard mesti ada la kalau pergi restoran macam ni, macam kat Wan Zai Bawal Goreng di Bandar Perda, Penang.
kari ikan sembilang

ikan bawal goreng

Ulam-ulaman

sambal belacan
Restoran ni menjadi tumpuan untuk makan tengahari bagi pekerja kerajaan atau swasta pada waktu rehat tengahari. Sekiranya korang berhajat untuk mencuba makan disini, boleh la datang sama ada korang dah tahu tempat ni or kalau tak tahu, boleh guna gps koordinat kat bawah ni.....

5°35'18.8"N 100°28'11.1"E

Keunikan western food (makanan barat) di Big Mouth Republic, Sungai Petani Kedah

Jika dari highway, nak ke Big Mouth Republic ni, kena exit tol Sungai Petani Selatan. Keluar je highway terus ambil simpang ke kiri dan kemudian ke kanan. Big Mouth Republic ni agak tersorok sikit. Kena masuk ke dalam sikit baru boleh jumpa. Specialnya kat Big Mouth Republic ni adalah hidangan western food a.k.a makanan barat. Memang sedap melampau dan sangat di rekomen kat korang untuk turut sama mencuba.
Big Mouth Republic Sungai Petani Kedah
Big Mouth Republic Sungai Petani Kedah

Big Mouth Republic tingkat bawah
Big Mouth Republic tingkat bawah

Big Mouth Republic tingkat atas
Big Mouth Republic tingkat atas
Big Mouth Republic ni ada dua tingkat. Dua-dua tingkat ni memang digunakan sepenuhnya oleh diorang sebagai restoran. Walaupun ada dua tingkat, masih tak dapat menampung jumlah pengunjung yang datang. Satu lagi keunikan restoran Big Mouth Republic ni adalah cara diorang deco menjadikan suasana dalaman restoran sangat klasik. Disebabkan Big Mouth Republic ni menu utama adalah western food, jadi semestinya aku nak cuba makan western food. Banyak menu pilihan. Meja sebelah aku ni, famili takde la besar manapun, tapi diorang punya order daging membukit (rasanya macam daging kambing)...masyaAllah...hahahaha....
Western food yang aku makan adalah spaghetti carbonara yang di tambah dengan daging ayam chicken chop, nasi daging masak cili kering, fries, set burger....
set burger
set burger yang pasti akan kenyang kalau makan, sedap pun sedap

Spaghetti carbonara + ayam chicken chop
Spaghetti carbonara + ayam chicken chop

nasi daging masak cili kering
nasi daging masak cili kering

fries
fries

minuman coklat panas
minuman coklat panas
Kalau korang nak makan yang betul-betul punya kaw-kaw western, datang je kat sini. Sorry gambar aku takde beef steak, lamb chop, chicken chop dan pelbagai lagi la menu sebab bajet aku terhad je....kikikikikiki...Paling senang korang nak ke sini, guna je gps koordinat yang kat bawah ni. Sebagai rujukan tambahan, tengok-tengok la juga google map kat bawah ni juga.

5°36'48.3"N 100°29'04.8"E

Bangkok Station - makanan ala Thai di Bandar Perda Pulau Pinang

Walaupun nama 'Bangkok Station', bukan bermakna nak kena pergi Bangkok, Thailand. Bangkok Station ni adalah restoran yang menyediakan makanan atau masakan ala Thai yang terletak di Malaysia!!! Terletak di Bandar Perda, Pulau Pinang.
restoran Bangkok Station, Bandar Perda Pulau Pinang
restoran Bangkok Station, Bandar Perda Pulau Pinang

Pandangan bahagian dalam Bangkok Station
Pandangan bahagian dalam Bangkok Station
Makanan memang sedap kat sini. Tom yam memang rasa macam tom yam dari Thailand, memang terbaik. Siakap tiga rasa pun sedap. Cara masak mengikut resepi Thailand. Tak payah nak pi Thailand kalau rasa nak makan maskan Thailand. Datang je ke Bangkok Station di Bandar Perda Pulau Pinang ni. Boleh jadikan Bangkok Station ni salah satu restoran alternatif korang untuk makan petang dan makan malam bagi yang duduk area-area sini, Bandar Perda, Bukit Mertajam, Permatang Pauh dan lain-lain yang sewaktu dengannya.
Aku share la kat korang menu yang aku makan di Bangkok Station ni. Ada banyak lagi menu lain yang sempoi-sempoi. Menu yang aku share menu bajet sesuai dengan isi dalam poket aku ni la...hahahaha..
siakap tiga rasa
siakap tiga rasa

tomyam
tomyam

kailan ikan masin
kailan ikan masin

telur dadar
telur dadar
Kat mana lokasi yang tepat Bangkok Station ni? Kalau korang dah biasa dengan Bandar Perda, korang boleh pusing-pusing, nanti-nanti jumpa la tu.....bagi yang tak biasa dengan Bandar Perda, boleh guna gps koordinat yang kat bawah ni. Boleh juga juga google map yang kat bawah ni jugak.

gps koordinat : 5°22'04.6"N 100°25'54.3"E

Santai-santai makan Omaq Char Koay Teow di Parit Buntar, Perak

Jika korang berada bi Parit Buntar, Perak dan nak makan char koay teow, boleh cari kedai makan Omaq Char Koay Teow yang betul-betul bertentangan dengan menara jam Parit Buntar. Senang nak cari kalau refer dengan menara jam ni. Char koay teow kat Omaq Char Koay Teow ni sedap gak. Standard macam char koay teow yang ada di Pulau Pinang.
Omaq Char Koay Teow, Parit Buntar Perak
Omaq Char Koay Teow, Parit Buntar Perak

Pandangan tepi Omaq Char Koay Teow
Pandangan tepi Omaq Char Koay Teow

Menara jam Parit Buntar (bertentangan dengan Omaq Char Koay Teow)
Menara jam Parit Buntar (bertentangan dengan Omaq Char Koay Teow)
Char koay teow ni ada saiz kecil dan saiz besar. Aku order dua-dua sekali. Selain char koay teow, boleh juga order satay sebagai makanan sampingan. Ada kiosk kat depan Omaq Char Koay Teow yang jual satay. Ok, berbalik dengan char koay teow ni, macam aku dah cakap tadi memang sedap. Kuah yang tidak cair sangat, rasa yang enak, udang yang manis, segalanya cukup untuk sepinggan char koay teow.
Char koay teow kecil (pinggan kecil)
Char koay teow kecil (pinggan kecil)

Char koay teow besar (pinggan besar)
Char koay teow besar (pinggan besar)

satay
satay
Kepada sesiapa yang nak ke sini, yang tak biasa datang la or bukan orang Parit Buntar, selain berpandukan landmark menara jam Parit Buntar, boleh la juga korang guna je gps koordinat dan google map yang aku dah bagi kat dalam blog ni. Parking kat sini kadang-kadang susah gak nak cari sebab parking kat area Omaq Char Koay Teow ni diorang parking kat tepi-tepi jalan je...

5°07'48.7"N 100°29'26.6"E