1

2

3

4

Showing posts with label Big Mouth Republic. Show all posts
Showing posts with label Big Mouth Republic. Show all posts

Big Mouth Republic, Sungai Petani, last aku datang tahun 2018....

 Restoran Big Mouth yang terletak di Sungai Petani ni kali kedua aku datang. Kali pertama datang pada tahun 2018...Empat tahun berlalu, tahun ni aku datang balik nak cuba makan lagi. Boleh tengok review aku yang kali pertama tu DISINI

Restoran Big Mouth Republic tingkat dua
Restoran Big Mouth Republic tingkat dua

Restoran Big Mouth Republic tingkat satu
Restoran Big Mouth Republic tingkat satu
Tengok tingkat bawah ramai orang, jadi aku panjat tangga la naik makan di tingkat dua. Dia sini makan kebanyakan makanan western la... tapi ada juga yang goreng-goreng macam nasi goreng ke, cuma nasi goreng hipster la sikit😁😁😁...
ni milo panas dan teh panas
ni milo panas dan teh panas

beef fried rice (regular)
beef fried rice (regular)

szechuan fried rice (regular)
szechuan fried rice (regular)

classical chicken chop (regular)
classical chicken chop (regular)
gambar kat atas tu, makanan yang aku makan la di Big Mouth Republic ni... yang regular tu yang portion standard punya bigmouth, tu portion yang besar dan banyak... kalau korang style yang boleh makan banyak boleh la order yang bigmouth size....

Alamat Restoran Big Mouth Republic adalah di C-123 Lorong 10, Taman Sejati Indah, 08000, Sungai Petani Kedah. Tutup pada hari selasa sahaja. Buka dari jam 11 pagi hingga 11 malam. GPS koordinat adalah 5°36'48.3"N 100°29'04.8"E atau 5.613413, 100.484668

Ada banyak lagi menu sebenarnya, boleh tengok dalam menu-menu dibawah ni.....


 


 


 


 


 


 



 


 



Keunikan western food (makanan barat) di Big Mouth Republic, Sungai Petani Kedah

Jika dari highway, nak ke Big Mouth Republic ni, kena exit tol Sungai Petani Selatan. Keluar je highway terus ambil simpang ke kiri dan kemudian ke kanan. Big Mouth Republic ni agak tersorok sikit. Kena masuk ke dalam sikit baru boleh jumpa. Specialnya kat Big Mouth Republic ni adalah hidangan western food a.k.a makanan barat. Memang sedap melampau dan sangat di rekomen kat korang untuk turut sama mencuba.
Big Mouth Republic Sungai Petani Kedah
Big Mouth Republic Sungai Petani Kedah

Big Mouth Republic tingkat bawah
Big Mouth Republic tingkat bawah

Big Mouth Republic tingkat atas
Big Mouth Republic tingkat atas
Big Mouth Republic ni ada dua tingkat. Dua-dua tingkat ni memang digunakan sepenuhnya oleh diorang sebagai restoran. Walaupun ada dua tingkat, masih tak dapat menampung jumlah pengunjung yang datang. Satu lagi keunikan restoran Big Mouth Republic ni adalah cara diorang deco menjadikan suasana dalaman restoran sangat klasik. Disebabkan Big Mouth Republic ni menu utama adalah western food, jadi semestinya aku nak cuba makan western food. Banyak menu pilihan. Meja sebelah aku ni, famili takde la besar manapun, tapi diorang punya order daging membukit (rasanya macam daging kambing)...masyaAllah...hahahaha....
Western food yang aku makan adalah spaghetti carbonara yang di tambah dengan daging ayam chicken chop, nasi daging masak cili kering, fries, set burger....
set burger
set burger yang pasti akan kenyang kalau makan, sedap pun sedap

Spaghetti carbonara + ayam chicken chop
Spaghetti carbonara + ayam chicken chop

nasi daging masak cili kering
nasi daging masak cili kering

fries
fries

minuman coklat panas
minuman coklat panas
Kalau korang nak makan yang betul-betul punya kaw-kaw western, datang je kat sini. Sorry gambar aku takde beef steak, lamb chop, chicken chop dan pelbagai lagi la menu sebab bajet aku terhad je....kikikikikiki...Paling senang korang nak ke sini, guna je gps koordinat yang kat bawah ni. Sebagai rujukan tambahan, tengok-tengok la juga google map kat bawah ni juga.

5°36'48.3"N 100°29'04.8"E