1

2

3

4

Showing posts with label arang. Show all posts
Showing posts with label arang. Show all posts

Arango Roti Bakar Arang

Satu tempat yang agak special untuk sarapan pagi, boleh try kat Arango Roti Bakar Arang. Tempat ni terletak di Kepala Batas, Pulau Pinang. Diorang ada satu lagi cawangan kat Seberang Jaya. Tapi disebabkan aku try kat Kepala Batas, so gambar-gambar dalam post ni, semuanya di cawangan Kepala Batas. Aku pernah post pasal satu warung roti bakar Adik Abang di Permatang Pauh. Yang kat Kepala Batas lagi best roti bakar dia...lagi banyak menu compare dengan yang warung adik abang tu. Kedai buka setiap hari untuk sarapan/breakfast sahaja. Kedai simple je, main pakai khemah pasar malam je, tapi customer ramai datang.
Arango roti bakar arang - tempat diorang masak
Arango roti bakar arang banner
Arango roti bakar arang - kawasan tempat makan pelanggan
Roti kat sini, diorang pakai roti benggali. Semua menu berasaskan roti benggali. Macam-macam stail ada. Boleh rujuk menu kat bawah nanti. Aku and famili aku ada la try 2-3 menu roti bakar ni. Antara yang kitaorang try, arango beef cheese, arango sosej cheese, arango bread dan arango sosej.