1

2

3

4

Showing posts with label arango. Show all posts
Showing posts with label arango. Show all posts

Makan malam di Arango, Kepala Batas Pulau Pinang

 last aku datang ni tahun 2018. Kira lama la dah aku tak makan kat sini. Masa tu ada menu roti bakar yang kebaboom.. boleh tengok posting aku masa 2018 DISINI. Tapi masa aku datang ni macam takde plak menu roti bakar..ke aku yang salah tengok menu.. Tapi aku datang sini kali ni nak cari menu lain untuk makan malam aku.

kawasan makan yang luas
kawasan makan yang luas

tempat masak pakai kontena jer
tempat masak pakai kontena jer

tempat nak budak-budak yang suka OOTD
tempat nak budak-budak yang suka OOTD😅
Aku pilih untuk makan di Arango ni, nasi goreng lamb, nasi lemak chicken chop, spaghetti carbonara dan roti john ayam. Bagi aku oklah rasa dia... sedap la jugak...
spaghetti carbonara
spaghetti carbonara

nasi lemak chicken chop
nasi lemak chicken chop

caramel coffee dan milktea caramel
caramel coffee dan milktea caramel

french fries
french fries

nasi goreng lamp
nasi goreng lamp

pelbagai perisa roti john
pelbagai perisa roti john

roti john ayam
roti john ayam
Kepada yang nak try makan di Arango ni, aku sertakan gps koordinat dan google map untuk rujukan korang. Landmark korang boleh cari Hospital Kepala Batas. Arango ni bertentangan dengan hospital tu.

GPS koordinat: 5°30'48.4"N 100°26'08.5"E atau 5.513433, 100.435699

Makan malam roti bakar arang ARANGO PARK di Kepala Batas Pulau Pinang.

ARANGO roti bakar arang
ARANGO roti bakar arang selain korang boleh makan untuk sarapan pagi di ARANGO sarapan pagi,  Tempat sarapan pagi dengan tempat makan malam ARANGO ni tak sama ek. Sarapan pagi tempat lain, makan malam tempat lain. Untuk makan malam ni, lokasinya di tapak tempat letak kereta berhanpiran simpang tiga bertentangan dengan bangunan wisma persekutuan. Bertentangan dengan jalan yang satu lagi, adalah mee pokok cherry. Disebabkan ARANGO ni dekat parking, ARANGO ni juga dikenali sebagai ARANGO PARK.
Jadi pada sesiapa yang nak makan roti bakar telur meleleh yang rare sikit, boleh la datang cuba di ARANGO ni. Ada banyak menu pilihan disediakan. Kawasan untuk ARANGO makan malam ni pun agak luas dan selesa. Malam-malam ramai juga orang yang datang ke sini. Cara nak order, kena pi ambil menu sendiri kat kaunter. tulis dalam satu kertas yang disediakan menu pilihan korang. Pasti kan korang tulis betul-betul ni meja korang sebelum hantar ke kaunter. Aku dah terkena bila aku order empat menu je, tetiba datang menu double dengan menu yang aku tak order pun. Puncanya, ada customer di meja lain tulis no meja main cincai-cincai. Kebetulan no meja yang dia tulis seakan-akan no meja aku. kan dah terkona....hahahaha..
Empat menu ARANGO yang aku order tu, korang boleh tengok di bawah ni....
ARANGO sosej (aku order 2 set)

ARANGO mambo lamb grill

ARANGO hot cheezy special
Banyak lain menu lain yang menarik dan sedap. Semua menu tu korang boleh rujuk dalam senarai menu yang aku sempat snap seperti di bawah ni....
senarai menu 1

Senarai menu 2

Senarai menu 3
ARANGO PARK ni dibuka setiap hari kecuali hari Isnin bermula 7 malam hingga 11.30 malam. Sebagai panduan tambahan lokasi ARANGO PARK (makan malam ni), aku sertakan untuk korang gps koordinat dan google map sebagai panduan untuk korang cari. 
GPS ARANGO PARK Kepala Batas : 5°30'48.2"N 100°26'08.4"E

Arango Roti Bakar Arang

Satu tempat yang agak special untuk sarapan pagi, boleh try kat Arango Roti Bakar Arang. Tempat ni terletak di Kepala Batas, Pulau Pinang. Diorang ada satu lagi cawangan kat Seberang Jaya. Tapi disebabkan aku try kat Kepala Batas, so gambar-gambar dalam post ni, semuanya di cawangan Kepala Batas. Aku pernah post pasal satu warung roti bakar Adik Abang di Permatang Pauh. Yang kat Kepala Batas lagi best roti bakar dia...lagi banyak menu compare dengan yang warung adik abang tu. Kedai buka setiap hari untuk sarapan/breakfast sahaja. Kedai simple je, main pakai khemah pasar malam je, tapi customer ramai datang.
Arango roti bakar arang - tempat diorang masak
Arango roti bakar arang banner
Arango roti bakar arang - kawasan tempat makan pelanggan
Roti kat sini, diorang pakai roti benggali. Semua menu berasaskan roti benggali. Macam-macam stail ada. Boleh rujuk menu kat bawah nanti. Aku and famili aku ada la try 2-3 menu roti bakar ni. Antara yang kitaorang try, arango beef cheese, arango sosej cheese, arango bread dan arango sosej.