1

2

3

4

Showing posts with label red velvet. Show all posts
Showing posts with label red velvet. Show all posts

Resepi Kek Red Velvet Gebu

Kek Red Velvet Gebu
Kek Red Velvet Gebu 

Acuan 7 inci.(Untuk kek 9 atau 10 inci dan 3 lapis, gandakan menjadi 2 adunan)

Bahan A
  • 170g mentega
  • 150g gula castor - saya pakai 120g utk kurang manis
  • 3 biji telur

Bahan B (kering) – ayak sekali
  • 250g tepung naik sendiri
  • ½ sudu kecil baking soda
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • ½ sudu kecil garam halus

Bahan C – campur dan sebatikan
  • 1 cawan buttermilk – kalau tak ada gantikan dengan ¾ cawan susu + ¼ cawan heavy cream + 1 sudu besar cuka. Kacau sebati dan biarkan selama 10 minit.
  • 2 sudu besar pewarna merah
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara penyediaan :
  • Pukul mentega sehingga sebati, masukkan gula dan pukul sehingga kembang 
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul 
  • Masukkan bahan B (kering) diselang seli dengan Bahan C (cecair). Masukan sedikit demi sedikit dengan membahagi kepada 3 bahagian, mulanya bahan kering dan diakhiri dengan bahan kering
  • Panaskan oven pada suhu 160 C ( ikut kepananasan oven masing-masing
  • Masukkan aduna ke dalam acuan dan bakar selama 40-45 minit sehingga masak

Frosting Cream Cheese:
  • Bahan-bahan: 
  • 350g cream cheese
  • 70g mentega
  • 200g gula aising
  • 1 sk ekstrak vanilla

Cara penyediaan: 
  • Pukul cream cheese menggunakan speed sederhana bersama mentega hingga kembang dan sebati. Masukkan vanila.
  • Masukkan gula aising sedikit demi sedikit sambil diputar perlahan sehingga sebati dan kembang tetapi jangan terlalu lama takut krim menjadi cair

Resepi Semperit Red Velvet

 

Semperit Red velvet


Bahan-bahan:
  • 250g butter/ marjerin
  • 4 cawan tepung jagung 
  • 2sudu tepung kastard 
  • 2sudu pewarna merah 
  • 1sudu teh cuka makan 
  • 1sudu serbuk koko 
  • 1cwn susu pekat

Cara-cara:
  • Whisk butter / marjerin kacau sebati bersama susu, pewarna merah & cuka makan. 
  • Kemudian masukkan tepung jagung , tepung kastard & serbuk koko.
  • gunakan senduk @ hujung jari semasa membuat adunan..
  • apabila adunan sebati, bolehla mulakan menekan doh ke dalam acuan sehingga habis.
  • Bakar suhu 160°C 20minit..Ikut oven masing-masing 

*Sukatan cawan mungkin tak sama..
jadi jika adunan lembut sangat , tambahkan tepung jagung sedikit sehingga tak melekat di tangan..
Agak-agak sesuai tekan di acuan.
Selamat Mencuba