Showing posts with label popia basah. Show all posts
Showing posts with label popia basah. Show all posts

Resepi Popia Basah kulit buatan sendiri

popia basah
popia basah

Bahan-Bahan:
Bahan Kulit:
2 cawan tepung gandum
1 biji putih telor
3/4 cawan air
2 sudu makan cuka
secubit garam

Bahan Inti Popia:
  • 1/2 biji kobis – di racik halus
  • 3 biji sederhana besar carrot – di sagat halus
  • 1 biji sederhana bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu makan udang kering
  • garam secukupnya
  • minyak untuk menumis
Bahan Sos Sambal:
  • 15 tangkai cili kering
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar gula perang
  • 2 sudu besar kicap manis
  • minyak untuk menumis
  • garam, perasa dan bawang goreng secukupnya
  • Kacang kisar – jika suka
Cara Membuat:
Kulit Popia:
  • Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk adunan. Gaulkan (macam buat cekodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam.
  • Ceduk sedikit adunan dan lenserkan ke atas kuali leper. Buat dari arah jam, mulakan dari tepi dulu kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan.
  • Setelah rata, biarkan sampai tepung masak sebentar. Angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan. Boleh disusun berlapis-lapis kerana ia tidak melekat.
Inti Popia:
  • Kisar bawang besar, bawang putih dan udang kering. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan yang dikisar tadi.
  • Kemudian tambahkan sos tiram dan secubit garam. Masukkan pula sayuran dan masak hingga sedikit layu.
Sos Sambal:
  • Kisar cili kering, bawang besar dan bawang putih. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga garing.
  • Masukkan kicap dan gula perang, garam dan perasa. Ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal.
  • Letak satu sudu besar inti dan taburan bawang goreng lipat macam biasa dan gulung sedia untuk dimakan.
Tip:
cara penyediaan popia bergantung pada citarasa. Jika anda hendak letakka sambal dahulu pun boleh dan nak curah atas popia kemudian pun boleh. Ikut selera anda.

RESEPI POPIA BASAH

POPIA BASAH
POPIA BASAH 

Bahan-bahan:
  • 3/4 cawan minyak masak
  • 20 kulit popia
  • Daun salad segar, basuh dan toskan kering
Inti Popia Basah:
  • 3 ulas bawang putih, cincang halus
  • 1 sudu besar udang kering
  • 4 tauhu, dipotong dadu kepada kepingan kecil
  • 1/2 biji kobis, diricih halus
  • 3 biji sederhana carrot, disagat halus
  • 1 biji sederhana bawang besar
  • Bawang goreng secukupnya
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil garam atau citarasa
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1 sudu teh gula
  • 1 cawan air
Sos Popia Basah:
  • 1/2 cawan sos manis (tee Cheo) atau sos Hoisin
  • 1/4 cawan sos cili (Sriracha atau Lingham Hot Sauce)
Cara-Cara Masak Popia Basah:
  • Panaskan kuali anda dengan 1/4 cawan minyak, goreng tauhu sehingga warna perang. Angkat dan toskan pada tuala kertas.
  • Dalam periuk dalam, masukkan minyak yang tinggal dan panaskan. Masukkan bawang putih dan tumis sehingga wangi, masukkan udang dan bawang besar lalu kacau sehingga masak.
  • Masukkan sos tiram, gula dan garam.
  • Kemudian masukkan kobis dan carot, kecilkan api dan masak hingga layu
  • Letakkan sekeping kulit popiah di atas permukaan yang rata.
  • Sebarkan sos manis dan sos cili di atasnya.
  • Letakkan daun salad di atas sos.
  • Letakkan 3 sudu besar inti di atas daun salad. Taburkan bawang goreng
  • Lipat kulit popiah dan gulung. Kukus lebih lebih kurang 10-20 mnit 
  • Popia basah siap dihidangkan

Resepi Popia Basah

Popia Basah
Popia Basah

Kulit Popia:
  • Resepi kulit popia ini boleh menghasilkan 60 hingga 90 keping bergantung kepada kecekapan dan saiz yang anda hasilkan. Pastikan anda menggunakan kuali leper dan tiada kesan minyak pada kuali tersebut.
Bahan diperlukan:
  • 1 kg tepung gandum
  • 4 1/2 cawan air
  • 1 biji telur (telur putih sahaja)
  • 5-7 sudu makan minyak masak
  • 5 camca teh garam atau secukupnya
Cara Membuatnya:
  • Masukkan air, putih telur, minyak masak dan garam kedalam mangkuk adunan dan kacau sebati. Kemudian masukkan tepung gandum dan gaulkan sehingga sebati serta pastikan adunan tepung tadi akan terbentuk seperti gam. Tutup adunan dengan kain atau kertas dan biarkan sekurang-kurangnya setengah jam.
  • Panaskan kuali dengan api sederhana kecil, ambil semuat tapak tangan anda dan sapukan adunan tepung bebentuk bulat ke atas kuali leper kemudian tarik keatas. Biarkan kulit popia masak dalam masa baberapa saat. Apabila tepi kulit popia terangkat sedikit, bolehlah diangkat.
Tip:
  • Tebal atau nipis kulit popia bergantung kepada pekat atau cair  adunan tepung yang anda uli. Semakin pekat adunan semakin nipis kulit popia tersebut.
Inti popia:
Bahan diperlukan:

  • 1 biji  bawang besar (dimayang)
  • 3 ulas bawang putih (dimayang)
  • 1/4 inci halia (dimayang)
  • 3 sudu makan udang geragau (dikisar kering)
  • 1 batang lobak merah (dihiris nipis)
  • 1 biji sengkuang cina (dihiris nipis)
  • 200 gram taugeh (dibuang akar)
  • Minyak masak secukupnya untuk menumis
  • Garam secukupnya
  • Gula pasir secukupnya
Cara membuatnya:
  • Tumis bahan-bahan yang dimayang sehingga naik bau, masukkan udang geragau kisar dan tumis hingga sedikit garing. Masukkan lobak merah dan sengkuang cina gaul sehingga sedikit lembut, masukkan Taugeh, garam dan gula. Kacau sebati sehingga cukup masak.
Sos Popia:
  • Rasa yang sesuai untuk sos popia adalah manis, sedikit masam, sedikit pedas dan terpenting terasa udang keringnya.
Bahan di perlukan:
  • 1 biji bawang besar dikisar halus
  • 3 ulas bawang putih dikisar halus
  • 3 senduk masak lada kisar/cili boh (pedas sos mengikut keperluan anda)
  • 4 sudu makan udang kering/geragau yang dikisar kering
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan kicap cair
  • 3 sudu makan gula merah
  • 1 1/2 mangkuk air
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa 
  • Sedikit asam jawa
  • Tepung jagung untuk memekatkan sos
Cara membuatnya:
  • Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau, masukkan lada kisar dan tumiskan sehingga garing. Kemudian masukkan udang kering/geragau dan tumiskan juga.
  • Masukkan sedikit air dan kacau rata. Kemudian masukkan sos tiram, kicap cair, gula merah dan sebatikan. Masukkan air, garam, gula dan asam jawa kacau lagi biarkan mendidih. Setelah mendapatkan rasa yang anda kehendaki masukkan tepung jagung (telah dibancuh dengan air) dan kacau sehingga mendapat kepekatan yang anda kehendaki.
Menyediakan Popia Basah:
  • Untuk melengkapkan lagi penyediaan Popia Basah dan membuatkannya lebih enak dimakan beberapa bahan perlu ditambah padanya.
Bahan diperlukan:
  • Kulit popia
  • Inti Popia
  • Sos
  • Kobis (dimayang halus)
  • Telur rebus (dihancurkan)
  • Kacang tanah goreng (ditumbuk/kisar)
  • Bawang goreng (sebaiknya dikisar)
  • Daun bawang (potong halus)
Cara penyediaan:
  • Sapukan rata sos pada kulit popia, taburkan sedikit kobis, sedikit telur rebus hancur, kacang tanah dan bawang goreng. Letakkan inti popia kemudian gulungkannya.
  • Untuk benar-benar 'kick' sapukan sos keatas popia basah yang siap digulung dan taburkannya sedikit telur, kacang tanah, bawang goreng dan daun bawang.
Selamat mencuba ya!!

Resepi Popia Basah Meleleh

Popia Basah Meleleh
Popia Basah Meleleh

Bahan-Bahan:
Bahan Kulit –

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji putih telor
  • 3/4 cawan air
  • 2 sudu makan cuka
  • secubit garam
Bahan Inti Popia –
  • 1/2 biji kobis – di racik halus
  • 3 biji sederhana besar carrot – di sagat halus
  • 1 biji sederhana bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu makan udang kering
  • garam secukupnya
  • minyak untuk menumis
Bahan Sos Sambal –
  • 15 tangkai cili kering
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar gula perang
  • 2 sudu besar kicap manis
  • minyak untuk menumis
  • garam, perasa dan bawang goreng secukupnya
  • Kacang kisar – jika suka
Cara Membuat:
Kulit Popia –

  1. Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk adunan. Gaulkan (macam buat cekodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam.
  2. Ceduk sedikit adunan dan lenserkan ke atas kuali leper. Buat dari arah jam, mulakan dari tepi dulu kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan.
  3. Setelah rata, biarkan sampai tepung masak sebentar. Angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan. Boleh disusun berlapis-lapis kerana ia tidak melekat.
Inti Popia –
  1. Kisar bawang besar, bawang putih dan udang kering. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan yang dikisar tadi.
  2. Kemudian tambahkan sos tiram dan secubit garam. Masukkan pula sayuran dan masak hingga sedikit layu.
Sos Sambal –
  1. Kisar cili kering, bawang besar dan bawang putih. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga garing.
  2. Masukkan kicap dan gula perang, garam dan perasa. Ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal.
  3. Letak satu sudu besar inti dan taburan bawang goreng lipat macam biasa dan gulung sedia untuk dimakan.

Kredit  resepi: My Resepi  

Popiah basah dan Popiah goreng SS Ali, Ipoh

Popiah basah SS Ali

Popiah goreng SS Ali
Nak makan popiah basah dan popiah goreng yang sedap, jangan lupa singgah di medan selera Dato Tahwil Azar, gerai no 18. Alamat lengkap, Jalan Raja Musa Aziz, Taman Jubilee, 30300 Ipoh Perak. 
Popiah SS Ali ni mula beroperasi jam 5 petang. Ramai juga yang datang nak makan. Boleh makan di situ atau boleh bungkus.
medan selera Dato Tahwil Azar

gerai no 18, Popiah SS Ali

gerai no 18, Popiah SS Ali
Harga seketul popiah adalah RM1. Satu set popiah sama ada basah atau goreng adalah RM5 (5 ketul popiah).
Ikutkan popiah SS Ali ni asalnya diorang bermula secara kecil-kecilan di Sayong, Kuala Kangsar. Sekarang ni dah generasi yang ketiga perniagaan diorang. SS bermaksud Sultan Saukat, hasil gabungan nama bapa dan anak.
penyediaan popiah basah

popiah basah dan goreng
kepada yang nak merasai sendiri keenakan rasa popiah basah dan goreng SS Ali, boleh la datang ke medan selesa Dato Tahwil Azar, Ipoh. Gerai no18. Aku sertakan sekali dalam ni gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan pencarian korang.
gps koordinat : 4°35'45.5"N 101°05'03.0"E atau 4.595976, 101.084163

Popia basah yang famous di Taiping (medan selera Larut Matang)

Salah satu lagi tarikan makanan yang sedap di Taiping ni adalah popia basah di medan selera Larut Matang. Gerai ni di bahagian hujung sekali berhadapan dengan gerai jual satay. Aku dah banyak kali beli popia basah ni...memang resepi turun-temurun tak sama cam yang jual di pasar malam. Nak beli ni pun kena beratur panjang...ikut nasib korang la kalau sampai-sampai takde orang beratur lagi. Tapi diorang buat memang cepat dan pantas.
medan selera Larut Matang - popia basah famous ada di hujung sekali

proses membuat popia basah

pelanggan beratur untuk beli popia basah
Jadi, aku pun beli la 20 biji popia basah untuk di bawa pulang. Sempat juga aku rakam popia the making untuk korang tengok....video kat bawah ni....gps koordinat dan google map ada kat bawah sekali kot-kot korang teringin nak makan famous Taiping popia basah ni...
famous Taiping popia basah
video popia basah the making......


4°50'58.7"N 100°44'25.6"E