Showing posts with label nasi ayam penyet. Show all posts
Showing posts with label nasi ayam penyet. Show all posts

Resepi nasi ayam penyet

 

Nasi ayam penyet
Nasi ayam penyet

Bahan untuk ayam penyet (rebusan):
1 ekor ayam, potong 4 atau 8
1 ketul kiub ayam
1 inci halia
2 ulas bawang putihair secukupnya

Bahan untuk rempah perapan:
1/2 sudu jintan manis *
1/2 sudu jintan putih *
3 sudu besar ketumbar *
1 sudu besar serbuk kunyit
1/2 sudu besar serbuk lada putih
3 ulas bawang putih
1 inci halia
sedikit garam

Bahan untuk tepung kriuk:
Lebihan perapan rempah ayam
1 biji telur
1/2 cawan tepung beras

Bahan-bahan untuk nasi ayam:
3 cawan beras, bersihkan dan tos
6 cawan air rebusan ayam, atau ikut sukatan jenis beras yang digunakan
3 ulas bawang putih, diketuk
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
1 sudu besar mentega atau minyak sapi
1 helai daun pandan, carik dan simpul
Sedikit garam

Bahan-bahan untuk sup ayam:
1 ikat sup bunjut adabi
1 tangkai daun sup
1 tangkai daun bawang
1 batang serai
bawang goreng

Bahan-bahan untuk sambal ayam penyet:
10 biji cili padi
10 biji cili merah
10 biji bawang merah, belah 4
3 biji bawang putih, hiris kasar
3 biji tomato, belah 4
5 cm belacan bakar
1/2 gengam ikan bilis
3 sudu besar gula melaka, atau secukup rasa
secawan minyak
limau nipis atau limau kasturi
sedikit garam, jika perlu secukup rasa

Bahan untuk hidangan sampingan:
4 ketul tauhu2 keping tempe
Sayur dan ulaman (timun, daun selom, kubis, kacang panjang,tomato)

Cara Penyediaan:
Cara-cara untuk ayam penyet (rebusan):
Basuh ayam dan rebus dengan air secukupnya bersama halia dan bawang putih. Anggaran 15 minit atau sehingga empuk.Angkat ayam dan toskan.

Cara-cara untuk rempah perapan ayam:
Sangai rempah bertanda (*). Sangai bermaksud masak seketika di atas kuali tak berminyak sehingga naik bau.
Sejukkan rempah dan kisar bersama semua bahan lain sehingga halus.
Gaulkan ayam rebus diatas bersama rempah kisar. Perap selama beberapa jam. Minimum 2 jam supaya rempah meresap ke dalam ayam.Goreng ayam sehingga sedikit garing di luar.
Gaulkan juga rempah bersama tauhu dan tempe sebelum menggoreng. Tapi jangan campur dengan ayam.Bahan lebihan rempah akan digunakan untuk tepung kriuk

Cara-cara untuk tepung kriuk:
Gaulkan lebihan rempah bersama tepung beras dan telur. Percik bancuhan ini ke dalam kuali dan goreng sehingga rangup.
Boleh juga disalut bancuhan ini ke atas ayam perap sebelum digoreng.

Cara-cara untuk nasi ayam penyet:
Panaskan mentega dan tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan pandan sehingga naik bau.Masukkan beras dan kacau seketika.
Masukkan air dan sedikit garam. Tutup tudung periuk dan masak seperti biasa. Boleh juga gunakan periuk nasi elektrik.

Cara-cara untuk sup ayam:
Panaskan air rebusan ayam bersama sup bunjut dan serai. Che Nom dah tak letak halia dan bawang putih sebab sudah dimasukkan semasa proses rebusan ayam mula-mula tadi. Boleh juga rwbus bersama bahagian tulang ayam sepeti leher dan kaki ayam (jika anda suka).
Masak sehingga mendidih dan tabur dengan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.

Cara-cara untuk sambal ayam penyet:
Goreng ikan bilis dalam minyak sehingga garing. Angkat dan asingkan.
Goreng cili dan bawang dalam minyak yang sama.Kemudian goreng tomato sehingga layu.
Kisar kasar ikan bilis, cili, bawang dan tomato yang digoreng bersama belacan bakar.
Panaskan minyak lebihan tadi, masak sambal yang dikisar kasar bersama gula melaka. Perasakan dengan garam jika perlu. 
Hati-hati kerana ikan bilis sudah masin.Cara-cara untuk bahan sampingan:Goreng tempe dan tauhu yang sudah digaul rempah.Hiris timun dan tomato, serta bersihkan ulam-ulaman lain. Hidangkan bersama nasi dan ayam penyet.

Resepi nasi ayam penyet

Nasi ayam penyet
Nasi ayam penyet

Cara:
  • kisar 4 biji bawang merah + sedikit halia + sedikit lengkuas dan sedikit kunyit.. (Untuk seekor ayam saiz kecil yerk) .. Tumis dengan serai diketuk dan daun Salam atau daun Bay . Bila dah naik bau wangi, masukkan ayam dan tuang air Agak2 ayam tenggelam. Masukkan juga garam dan kiub ayam. Masak hingga nampak ayam masak elok.
  • sementara tu.. Buat bancuhan tepung... 1 cawan tepung beras + 1 sudu kecil baking powder + 1 sudu kecil jintan manis ditumbuk + 1 sudu kecil jintan putih ditumbuk + 1 sudu kecil serbuk kunyit + garam secukup rasa + kiub ayam dan sedikit lada hitam yg ditumbuk... Kacau sebati.. Agak2 bancuhan tu nampak macam santan pekat.
  • bila ayam dah masak elok.. Angkat, toskan dan celup kedalam bancuhan tepung tadi dan goreng garing. Angkat... Ambil anak batu dan lenyek2kan..
  • celupkan juga tauhu dan tempe yg dipotong2 dan goreng garing.
  • dah siap.. Boleh susun di pinggan.. Nasi, ayam penyet, tempe dan tauhu yg digoreng, kobis mentah dan kacang panjang mentah yg dipotong2 dan sambal ayam penyet. Siap dihidangkan .
  • Sambal ayam penyet
Resipi: 
  • Goreng ikan bilis, dah garing ketepikan
  • minyak Agak2 yerk tak payah banyak sangat.... goreng sampai layu bawang merah + baru masukkan cilipadi dan cili besar merah yg dipatahkan dua, juga masukkan tomato yg dipotong empat.
  • Masak sampai nampak tomato layu.. Angkat ke semuanya ~ masukkan bahan2 goreng tadi dan belacan yg telah di bakar ( kalau tak bakar pun ok belacan tu) ke dalam blend, tuang juga minyak gorengan tadi.
  • Blend kasar. sekejap saja ~ tuang semula ke dalam kuali tadi.. ~Masukkan juga gula, garam dan jus Limau secukup rasa.. Juga sedikit gula melaka.masak hingga nampak pecah minyak.. Siappp
Selamat mencuba 😘

Kredit resepi: Mashitah Mas

Makan Bakso di restoran Bakso Idaman, Kilang Lama, Kulim

 Peminat bakso yang ada di area Kulim, Kedah, boleh la nak cari bakso di restoran Bakso Idaman yang terletak di Kilang lama. Restoran ni agak suram la sikit...hihihihi. Tapi diorang cakap bakso sini sedap. Jadi aku pun nak cuba le jugak walaupun bakso ni bukan la preveret aku.

bakso
bakso
Selain bakso, ada juga makanan indon yang lain seperti nasi ayam penyet, keli penyet. Aku pun try la jugak set keli penyet.
set keli penyet
set keli penyet
Menu-menu lain yang ada di restoran Bakso Idaman ni, korang boleh tengok dalam gambar di bawah ni.
senarai menu bakso idaman
senarai menu bakso idaman
Jika korang teringin nak makan bakso, aku sertakan untuk korang gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.

gps koordinat : 5°23'23.7"N 100°33'53.2"E atau 5.389906, 100.564769


Singgah makan di Restoran Ayam Penyet Jawa Timur di Manjung Perak.

Restoran Ayam Penyet Jawa Timur, Manjung Perak
Bukan di Jawa Timur Indonesia ye... Nama restoran ni adalah 'Restoran Ayam Penyet Jawa Timur' yang terletak di Manjung Perak. On da way nak balik kampung tu, aku singgah jap di restoran ayam penyet ni. Kebetulan bulan puasa, so kena cari kedai la untuk berbuka dan pilihan aku restoran ayam penyet ni. Ayam penyet ni adalah menu dari negara seberang. Semenjak dua menjak ni, restoran ayam penyet telah mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Orang Malaysia dah suka makan masakan ayam penyet ni. Ada banyak menu pilihan di restoran ayam penyet di Manjung ni. So aku just order menu standard je macam lele penyet (ikan keli), ayam penyet dan ikan bawal penyet. Macam mana boleh penyet aku pun tak tahu...maybe penyet kena langgar dengan lori kot..hahahaha...ok part yang langgar lori tu jangan ambil serious sangat..aku bergurau je.
menu penyet di ayam penyet
Set ikan bawal, lele (keli) dan ayam penyet, setiap set tu ada sambal, tempe goreng, tahu goreng dan sayur kangkung. Sup kosong tak pasti la sekali dengan set sebab bila tengok bill, sup kosong ni semangkuk diorang charge RM1.
lele (keli) penyet

ayam penyet

bawal penyet
Lokasi secara spesifik, Restoran Ayam Penyet Jawa Timur ni, korang boleh cari dideretan kedai di Manjung ni. Kat depan berhampiran dengan main road, landmark yang korang kena cam adalah, Mac Donald, Hospital Pantai. Ada JUSCO Manjung jugak kat sini. Tapi Ayam Penyet ni bukan dalam JUSCO ek. Lagi senang nak cari, korang boleh guna gps koordinat dan google map seperti di bawah:

gps koordinat Restoran Ayam Penyet Jawa Timur, Manjung Perak : 4°12'38.5"N 100°40'09.7"E

Anjung Satay (sate) - Kiosk Bertam Kepala Batas

ANJUNG SATAY NI TELAH BERPINDAH DARI KIOSK BERTAM KE BANGUNAN BARU YANG LEBIH LUAS YANG BERTENTANGAN DENGAN KIOSK BERTAM(TEMPAT LAMA). SATAY KAT SINI MEMANG TERBAIK!!!!
tempat baru Anjung Satay yang berdekatan je dengan tempat lama...
****************************************************************************************************************************************************************************************************************************
Kalau ada kat area Bertam, Kepala Batas, tetiba rasa cam nak makan satay (setengah orang cakap sate, aku ikut ejaan tokey kedai la ek), aku boleh rekemen tempat ni..Betul-betul kat pekan bertam..Korang cari kiosk bertam. Kedai ni dok kat hujung sekali. Satay daging dia memang terbaik, ada lemak-lemak sikit, bila dah masak jadi cam juicy sikit...pergh!!! Tekak aku rasa kat sini la nak rasa satay sedap kalau nak compare dengan tempat lain...
keenakan satay ayam dan daging
satay bersama kuah kacang terbaik
Ada tiga lagi menu special yang ada kat sini...nasi ayam penyet, lontong sambal dan mee tulang..sebenarnya, ikut menu list ada lagi, tapi yang lain aku tak penah try lagi..hihihi..korang boleh try and komen kat bawah..