1

2

3

4

Showing posts with label bakso. Show all posts
Showing posts with label bakso. Show all posts

Resepi bakso bebola daging dan ayam

bakso bebola daging dan ayam
bakso bebola daging dan ayam

Bahan-bahan:
  • Suhoon@bihun
  • Bebola daging
  • Bebola ayam
Bahan kuah:
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci halia*
  • 2 sudu lada putih*
  • Semua bhn bertanda* di tumbuk hingga lumat guna lesung batu.
  • Rempah tumis(tiga sekawan)
  • 1 sup bunjut
  • 1 pek rempah sup
  • 2 kiub daging knorr
  • Air secukupnya
Cara-cara:
  • Sediakan periuk
  • Tuang sedikit minyak anggaran 3 sudu
  • Tumis bahan yang telah ditumbuk berserta rempah tumis 3 sekawan.masukkan rempah sup yang telah di bancuh dengan sedikit air..biar garing sikit, masukkan air anggaran 2 jug.
  • Masukkan kiub daging,sup bunjut dan biarkan kuah merenih sebentar sebelum masukkan bebola daging atau bebola ayam.
  • Bila kuah dah terbit minyak,masukkan bebola dan biarkan mendidih supnya. Perasakan garam.
Bahan untuk cili:
  • Cili api merah+cili merah besar(kisar)
  • Masak sekejap atas dapur.
  • Kicap pekat ABC
  • Sos cili
Bahan sampingan:
  • Kobis dihiris halus
  • Daun sup/bawang
  • Bawang goreng

Kredit resepi: Eniza M. Salim

RESEPI BAKSO

BAKSO
BAKSO 

Bahan:
  • 1 bungkus mee hoon ~ rendam sebentar kemudian di celur dalam air panas
  • Taugeh
  • Kobis ~ di hiris halus
  • Daun sup dan daun bawang ~ di hiris
  • Bawang goreng

Mula-mula kita sediakan bebola daging dahulu

Bebola Daging:
  • 400 gm daging cincang
  • 2 biji bawang merah ~ di cincang halus
  • 2 ulas bawang putih ~ di cincang halus
  • 1/2 biji telur ~ 1 biji telur di kocok tapi ambil 1/2 sahaja
  • 2 sudu teh tepung jagung atau tepung ubi
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • garam secukup rasa.
Cara:
  • Satukan daging bersama bawang putih, bawang merah, lada sulah, garam, tepung jagung dan telur.
  • Kemudian gaul rata
  • Bulat-bulatkan sebesar guli
  • Ketepikan

Sekarang kita sediakan kuah bakso

Kuah Bakso:
  • 1/2 kg tulang ~ ita tambah
  • 2 biji bawang merah ~ dihiris
  • 3 ulas bawang putih ~ di cincang halus
  • 1/2 inc halia
  • 2 sudu teh lada sulah
  • 1 batang serai di ketuk
  • 1 kiub pati daging atau pati ayam
  • garam secukup rasa
  • 1 bungkus sup bunjut ~ ita tambah
Cara:
  • Mula-mula ita rebus dahulu tulang hingga daging pada tulang empuk.
  • Dalam kuali berasingan ita panaskan minyak, tumiskan bahan hiris, halia dan serai hingga harum.
  • Kemudian masukkan dalam air rebusan tulang tadi
  • Masukkan sup bunjut, kiub daging dan rasakan dengan garam secukup rasa
  • Bila dah mendidih kuahnya, masukkan bebola daging kita tadi.
  • Bebola daging akan masak bila ia timbul di permukaan kuah
  • Biar renih sekejap dan telah tersedia lah kuah bakso kita.
  • Bakso di makan bersama mi hoon yang kita dah celur tadi, taburkan taugeh, hirisan kobis, daun sup dan daun bawang serta bawang goreng
  • Tuangkan kuah bersama bebola daging
  • Saya hidangkan bersama kicap pedas Enaq dan lada cuka
  • Untuk sediakan lada cuka, anda hanya perlukan cili padi hijau dalam 10 biji, kalau suka pedas boleh lebihkan. 
  • Kemudian kisar bersama cuka makan. kalau nak tumbuk cili padi ni pun boleh, bila dah siap tumbuk, masuk dalam mangkuk dan letakkan cuka makan. Sedap makan dengan bakso.
  • Bagi yang suka cili dsos boleh letakkan cili sos sekali.

kredit resepi: Che'Iza

Makan Bakso di restoran Bakso Idaman, Kilang Lama, Kulim

 Peminat bakso yang ada di area Kulim, Kedah, boleh la nak cari bakso di restoran Bakso Idaman yang terletak di Kilang lama. Restoran ni agak suram la sikit...hihihihi. Tapi diorang cakap bakso sini sedap. Jadi aku pun nak cuba le jugak walaupun bakso ni bukan la preveret aku.

bakso
bakso
Selain bakso, ada juga makanan indon yang lain seperti nasi ayam penyet, keli penyet. Aku pun try la jugak set keli penyet.
set keli penyet
set keli penyet
Menu-menu lain yang ada di restoran Bakso Idaman ni, korang boleh tengok dalam gambar di bawah ni.
senarai menu bakso idaman
senarai menu bakso idaman
Jika korang teringin nak makan bakso, aku sertakan untuk korang gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.

gps koordinat : 5°23'23.7"N 100°33'53.2"E atau 5.389906, 100.564769