1

2

3

4

Showing posts with label chinese muslim food. Show all posts
Showing posts with label chinese muslim food. Show all posts

Restoran Adam Chinese Muslim, Taman Kempas Indah, Kulim Kedah

 

Restoran Adam Chinese Muslim
Restoran Adam Chinese Muslim

Restoran Adam Chinese Muslim
Restoran Adam Chinese Muslim
Restoran Adam Chinese Muslim atau Restoran Adam Hj Razali ni terletak di Taman Kempas Indah, Kulim Kedah. Nama pun chinese muslim kan, tentunya makanan di sini berkonsepkan masakan cina yang halal.

Banyak juga menu masakan cina yang korang boleh cuba. Peminat dimsum, boleh la datang ke sini. Ada macam-macam jenis dimsum. Begitu juga dengan makanan cina yang berasakan mee. Ada pelbagai aneka mee yang korang boleh cuba. Antaranya adalah mee kari putih, wantan mee kicap, hokkein mee, koay tiow thin'g dan lain-lain. Menu dimsum dan aneka mee boleh rujuk dalam menu dibawah ni.

aneka chinese mee
aneka chinese mee

menu dimsum
menu dimsum
Untuk dimsum tu aku order dimsum chicken siew mai dan dimsum crab siew mai. Untuk mee pula aku try mee kari putih, koay tiow thin'g dan wantan mee kicap.
mee kari putih
mee kari putih

koay tiow thin'g
koay tiow thin'g

dimsum
dimsum

dimsum chicken siew mai dan dimsum crab siew mai
dimsum chicken siew mai dan dimsum crab siew mai

wantan mee kicap
wantan mee kicap
Selain tu, ada juga menu goreng-goreng dan yang berkuah, juga berkonsepkan masakan cina. Ada banyak juga list menu untuk yang jenis ni. Dalam banyak-banyak tu, aku cuba char koay tiow kering. Menu lain boleh rujuk menu di bawah ni.
menu makanan goreng-goreng dan berkuah
menu makanan goreng-goreng dan berkuah

char koay tiow kering
char koay tiow kering
Bagi yang nak bersarapan nasi lemak, pun ada di Adam Chinese Muslim ni. Bagi yang tak minat dengan masakan cina, boleh order nasi lemak. Mana la tau kan, kalau korang datang satu famili, ada sorang dua yang tak berapa gemar masakan cini, boleh la try nasi lemak ni. Macam aku ni, sorang anak aku tu mana makan yang pelik-pelik sikit. Jadi chinese food dia tolak tepi la. Jadi aku order la nasi lemak untuk dia. Tapi aku request takda sambal sebab anak aku taknak sambal😅...
menu sarapan pagi Malaysia
menu sarapan pagi Malaysia

nasi lemak (sambal aku taknak)
nasi lemak (sambal aku taknak)
Jadi, kesimpulannya, aku puas hati la makan di restoran Adam Chinese Muslim ni. Recommended untuk korang cuba. Satu lagi, korang boleh try juga nasi ayam hainan di sini. 

Kalau korang nak datang ke sini, boleh cari di Taman Kempas Indah, Kulim Kedah. Aku juga sertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan korang untuk ke sini.

GPS koordinat: 5°21'16.6"N 100°31'51.9"E atau 5.354618, 100.531077 


Singgah makan di Restoran Muhamad Loh, bertam Kepala Batas


Restoran Muhamad Loh
Restoran Muhamad Loh
Restoran Muhamad Loh ni terletak di Bertam, Kepala Batas Pulau Pinang. Makanan di sini makanan berkonsepkan masakan cina tapi halal la sebab di masuk oleh orang Islam. Aku dah pernah datang makan dalam 2-3 kali sini dan pernah juga buat posting pasal restoran Muhamad Loh ni dalam blog aku ni. Boleh tengok balik posting aku tu DISINI.

Kali ni aku datang makan terikat sikit la dengan SOP covid19. Asal ikut SOP, boleh je nak makan di restoran.

Tapi kali ni aku tak makan mewah sangat la. Sebab yang nak makan aku dengan wife aku jer. Anak-anak dah settle makan MacD. Jadi aku just order ayam telur masin dan ayam kam heong dan makan dengan nasi putih. Itu pun menyelerakan di tambah pula dengan perut yang betul-betul lapar, jadi apa lagi, kita bedal je la sampai lincin..hahaha

ayam telur masin
ayam telur masin

ayam telur masin
ayam telur masin
layannnnnnnnn... sedap pun sedap gak tu...
Yang nak makan maskan cina muhamad loh ni, boleh datang ke Restoran Muhamad Loh di Bertam, Kepala Batas. Gps koordinat dan google map seperti dibawah.
GPS koordinat : 5°31'02.2"N 100°27'03.5"E atau 5.517268, 100.450983

Muhamad Loh - chinese muslim food restaurant

Kalau nak rasa masakan cina yang halal, korang boleh try kat sini. Restoran ni terletak di Bertam Kepala Batas, Pulau Pinang. Kalau nak try masakan cina kat kedai cina, mungkin kita tak berapa yakin dengan status kehalalan dia walaupun ada tulis 'pork free'. Aku dah banyak kali dah nak try makan kat sini. Kali ni baru berkesempatan. So aku makan besar gak la waktu tu...hahahaha..maklum lah dah lama dok mengidam...
Muhamad Loh - bahagian depan
Muhamad Loh bahagian dalam restaurant
Yang aku melonjak-lonjak nak try makan kat sini, bila aku tertengok rancangan jalan-jalan cari makan TV3. Apa yang special sangat kat sini sampai JJCM pun datang buat review. Aku masuk je restaurant tu, mata aku dok cari mana JJCM punya plat.  Lama gak aku dok cari..rupanya JJCM bagi payung kat Muhamad Loh ni.