Showing posts with label chinese style. Show all posts
Showing posts with label chinese style. Show all posts

Restoran Mohd Chan Express di RnR Sungai Buloh

 

Restoran Mohd Chan Express
Restoran Mohd Chan Express
Restoran Mohd Chan Express ni aku jumpa di RnR Sungai Buloh....yang ada restoran jejantas tu...Restoran Mohd Chan ni menyediakan makanan berkonsepkan makanan chinese style yang halal. So korang boleh la try...jarang-jarang korang boleh jumpa kat RnR restoran macam ni...biasa food court standard PLUS je kan๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚
dimsum
dimsum

dimsum
dimsum

kam heong fried rice with chicken
kam heong fried rice with chicken
Ada banyak menu makanan chinese style ni...tapi aku just nak try dimsum dan juga nasi goreng kam heong ayam (kam heong fried rice with chicken)...Sedap dan ubah selera sikit la makan di RnR ni..hahaha

Kepada korang kalau singgah di RnR Restoran Jejantas Sungai Buloh ni, jangan lupa try makan di Restoran Mohd Chan Express ni...

GPS koordinat: 3°11'20.2"N 101°35'11.8"E atau 3.188921565273585, 101.58656378340577

Restoran Adam Chinese Muslim, Taman Kempas Indah, Kulim Kedah

 

Restoran Adam Chinese Muslim
Restoran Adam Chinese Muslim

Restoran Adam Chinese Muslim
Restoran Adam Chinese Muslim
Restoran Adam Chinese Muslim atau Restoran Adam Hj Razali ni terletak di Taman Kempas Indah, Kulim Kedah. Nama pun chinese muslim kan, tentunya makanan di sini berkonsepkan masakan cina yang halal.

Banyak juga menu masakan cina yang korang boleh cuba. Peminat dimsum, boleh la datang ke sini. Ada macam-macam jenis dimsum. Begitu juga dengan makanan cina yang berasakan mee. Ada pelbagai aneka mee yang korang boleh cuba. Antaranya adalah mee kari putih, wantan mee kicap, hokkein mee, koay tiow thin'g dan lain-lain. Menu dimsum dan aneka mee boleh rujuk dalam menu dibawah ni.

aneka chinese mee
aneka chinese mee

menu dimsum
menu dimsum
Untuk dimsum tu aku order dimsum chicken siew mai dan dimsum crab siew mai. Untuk mee pula aku try mee kari putih, koay tiow thin'g dan wantan mee kicap.
mee kari putih
mee kari putih

koay tiow thin'g
koay tiow thin'g

dimsum
dimsum

dimsum chicken siew mai dan dimsum crab siew mai
dimsum chicken siew mai dan dimsum crab siew mai

wantan mee kicap
wantan mee kicap
Selain tu, ada juga menu goreng-goreng dan yang berkuah, juga berkonsepkan masakan cina. Ada banyak juga list menu untuk yang jenis ni. Dalam banyak-banyak tu, aku cuba char koay tiow kering. Menu lain boleh rujuk menu di bawah ni.
menu makanan goreng-goreng dan berkuah
menu makanan goreng-goreng dan berkuah

char koay tiow kering
char koay tiow kering
Bagi yang nak bersarapan nasi lemak, pun ada di Adam Chinese Muslim ni. Bagi yang tak minat dengan masakan cina, boleh order nasi lemak. Mana la tau kan, kalau korang datang satu famili, ada sorang dua yang tak berapa gemar masakan cini, boleh la try nasi lemak ni. Macam aku ni, sorang anak aku tu mana makan yang pelik-pelik sikit. Jadi chinese food dia tolak tepi la. Jadi aku order la nasi lemak untuk dia. Tapi aku request takda sambal sebab anak aku taknak sambal๐Ÿ˜…...
menu sarapan pagi Malaysia
menu sarapan pagi Malaysia

nasi lemak (sambal aku taknak)
nasi lemak (sambal aku taknak)
Jadi, kesimpulannya, aku puas hati la makan di restoran Adam Chinese Muslim ni. Recommended untuk korang cuba. Satu lagi, korang boleh try juga nasi ayam hainan di sini. 

Kalau korang nak datang ke sini, boleh cari di Taman Kempas Indah, Kulim Kedah. Aku juga sertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan korang untuk ke sini.

GPS koordinat: 5°21'16.6"N 100°31'51.9"E atau 5.354618, 100.531077 


KUEY TEOW GORENG CHINESE STYLE

KUEY TEOW GORENG CHINESE STYLE
KUEY TEOW GORENG CHINESE STYLE 

Bahan-bahan:
(A)
  • 1/2 kg kuey teow
  • 3 biji telur - pukul hancur sahaja
(B)
  • 5-7 ulas bawang putih - cincang halus
  • Udang dan sotong jika suka
  • minyak secukupnya untuk menumis
(C)
  • 1/2 sdm sos tiram
  • 1/2 sdt kicap cair
  • 1sdt kicap pekat manis - Sue tambah
  • 1/2 sdt kicap pekat - untuk warna sahaja
  • 1/2 sdt pitis otak udang - Sue tambah
  • 1 sdm sos cili - Sue tambah
*Satukan sebati*

  • Tauge secukupnya
  • Daun kucai jika suka 
Cara:
  • Tumis bahan (B), bawang dahulu sehinnga kuning dan masukan udang. Biarkan sekejap sehinnga udang bertukar warna.
  • Kemudian masukan bahan (A) kuey teaw terlebih dahulu. Goreng sekejap sehingga minyak serap pada mee dan baru masukan telur. Biarkan sekejap sehinnga telur kering.
  • Kemudian masukan bahan (C) dan goreng lagi sehinnga sebati pada mee dan akhir sekali masukan tauge dan daun kucai. Goreng seminit dan tutup api.
*Penggunaan api mesti sedang besar supaya kuey teaw tidak hancur*

Credit: sue