Sarapan Pagi Nasi Lemak Pandan di Restoran Ayahman, Kea Farm, Cameron Highlands

Restoran Ayahman, Kea Farm, Cameron Highlands
Restoran Ayahman, Kea Farm, Cameron Highlands

Restoran Ayahman, Kea Farm, Cameron Highlands
Restoran Ayahman, Kea Farm, Cameron Highlands
Aku punya strategik untuk elak jem di Cameron Highlands ni, hari terakhir aku di Cameron Highlands aku plan nak singgah Kea Farm untuk nak shopping sayur-sayuran sebelum balik. Aku balik ikut Simpang Pulai. Jadi untuk memastikan aku sempat sampai ke Kea Farm sebelum start nak jem, lepas aku check out hotel dalam 8 pagi, terus aku keluar menuju ke Kea Farm. Dah la aku duduk hotel di Tanah Rata, ambil masa sikit la nak ke Kea Farm.....

Dalam keluar awal tu pun, aku sangkut jugak dengan jem....tapi jem tu takde la jauh sangat dengan Kea Farm....so tak lama la aku nak hadap jem tu😁😁😁

Nasi Lemak Panda Ayahman
Nasi Lemak Panda Ayahman
Jadi Sarapan pagi aku dah tentu la di Kea Farm. Dekat Kea Farm ni ada satu port sarapan pagi yang sempoi iaitu di Restoran Ayahman...Waktu pagi ada nasi lemak pandan yang ohsem...sedap dan padu...Selepas makan boleh la nak shopping sayur di sini....

Untuk pengetahuan korang juga, Ayahman ni juga terkenal dengan menu patin tempoyak....tapi menu patin ni untuk makan tengahari la...Boleh rujuk POSTING SINI berkenaan patin tempoyak di restoran ni...menu ni pun padu!

GPS koordinat restoran Ayahman Patin Pahang dan google mapboleh rujuk seperti dibawah.

GPS Koordinat: 4°30'14.2"N 101°24'26.6"E atau 4.503952, 101.407391

No comments:

Post a Comment