Resepi asam pedas daging

asam pedas daging
asam pedas daging

Bahan-bahan:-
  • Sekilo daging direbus dulu 
  • 2 biji bawang sederhana besar (blender)
  • 5 biji bawang kecil (blender)
  • 5 ulas bawang putih (blender)
  • 10 ke 15 biji cili kering (rebus dan blender)
  • 3 ke 4 biji cili padi (nak pedas boleh tambah dan blender)
  • 2 inci lengkuas (blender)
  • 1 inci halia (blender)
  • 1 1/2 inci belacan (blender)
  • 1 keping gula melaka
  • Setengah cawan air asam jawa
  • Sebatang serai dikeduk
  • 3 helai daun limau purut
  • Segengam daun kesum
  • Garam & air secukupnya.
  • Tomato dan kacang benci (hiasan)
Cara-cara:
  • Panaskan minyak dengan mencukupi, masukkan serai kemudian tumis bahan-bahan yang dah siap blender.
  • Masak sehingga bahan-bahan betul-betul masak & garing dengan api yang perlahan. Bila dah pecah minyak sedikit masukkan daun kesum, daun limau purut & kepingan gula melaka, gaul sebati dan masak sehingga garing dan pecah minyak, ini bagi memastikan air bawang betul-betul kering.
  • Selepas tu masukkan daging yang dah direbus tadi bersama air asam jawa. Gaul sebati & biarkan 5 minit daging berpalut pada bahan-bahan yang lain.. kemudian tambah 2 cawan air bersama gula dan garam. masak sehingga kuah asam pedas pekat dan daging lembut.
  • Kemudian bolehlah masukkan potongan tomata & kacang bendi. Tutup api dan sedia untuk dihidang.
Kredit resepi: Nabilah Md Saad

No comments:

Post a Comment