Resepi Bihun Goreng Kampung

Bihun Goreng Kampung
Bihun Goreng Kampung
Bahan Bahan:
  • 1 bungkus bihun – direndam hingga lembut & tos
  • 1 biji bawang besar – dihiris
  • 1 mangkuk sotong atau udang
  • 1 mangkuk karot – hiris memanjang
  • 1 mangkuk kubis
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap lemak manis Jalen
  • Garam, gula dan serbuk perasa jika suka
  • Minyak masak
Bahan Tumbuk:
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 genggam ikan bilis – direndam
Bahan Hiasan:
  • Bawang goreng
  • Daun sup
  • Cili merah
Cara cara:
  • Panaskan minyak dan tumis hirisan bawang besar sehingga naik bau. Inilah yang akan menjadikan sambal bihun goreng kita menjadi lebih sedap.
  • Masukkan bahan tumbuk dan kacau rata sehingga naik bau. Masukkan pula cili kisar dan kacau rata. Kecilkan api dan masak sehingga cili benar benar masak dan garing.
  • Setelah cili garing, masukkan sedikit air, sos tiram, kicap, gula dan garam secukupnya. Masak sehingga sambal terbit minyak.
  • Setelah terbit minyak, masukkan karot dan sedikit air lagi untuk melembutkan karot. Agak agak karot lembut, bolehlah dimasukkan sotong dan kacau rata seketika sahaja kerana tidak mahu sotong terlalu masak ketika ini.
  • Kemudian masukkan bihun. Kacau rata sehingga bihun lembut. Jika bihun belum cukup lembut, masukkan air sedikit demi sedikit.
  • Akhir sekali, masukkan pula sayur kubis. Setelah sayur lembut, bolehlah tutup api. Tabur dengan bahan hiasan sebelum dihidangkan.
kredit resepi: Pamapedia

No comments:

Post a Comment