1

2

3

4

Makan Ayam Gepuk Top Global, Bertam Kepala Batas

Ayam Gepuk Top Global, Bertam Kepala Batas
Ayam Gepuk Top Global, Bertam Kepala Batas

Ayam Gepuk Top Global, Bertam Kepala Batas
Ayam Gepuk Top Global, Bertam Kepala Batas
Kini kat bertam dah ada ayam gepuk. Korang boleh cari Restoran Ayam Gepuk Top Global sebab di sini ada jual ayam gepuk! Selain ayam, korang juga boleh pilih keli, ikan talapia dan juga bakso. Ni kira makanan orang indonesia laaa...

Tahap kepedasan menu  yang korang pilih ni boleh di request...yang tak makan pedas macam aku, ambil la pedas yang biasa-biasa saja...yang nak makan extra pedas. boleh request extra pedas.... ikut tekak korang ler....

ayam gepuk
ayam gepuk

set keli
set keli

set talapia
set talapia

jom kita makannnnnn
jom kita makannnnnn
Makanan sangat sedap...korang boleh la try....ramai juga orang masa aku datang...Restoran Ayam Gepuk ni bersambung dengan Kopi Saigon yang bersebelahan dengan restoran ni...satu tokey la kata kan....

GPS koordinat: 5°31'02.0"N 100°27'00.5"E atau 5.5171759448603686, 100.4501389696303

https://maps.app.goo.gl/8H7Pr4UAi49V4jvo9

Ikan Bakar Kuala Perlis, di Kepala Batas Pulau Pinang?

Ikan Bakar Kuala Perlis, Kepala Batas
Ikan Bakar Kuala Perlis, Kepala Batas
Peminat Ikan Bakar Kuala Perlis yang duduk area Kepala Batas dan kawasan sekitarnya tak perlu lagi nak travel jauh-jauh semata-mata nak makan ikan bakar kuala perlis. Kuala Perlis memang terkenal la dengan ikan bakar yang ohsem. Kini restoran ikan bakar citarasa kuala perlis kini berada di Kepala Batas, Pulau Pinang. Lebih spesifik lagi, ianya berada di Kampung Permatang Tiga Ringgit!
tempat yang agak luas, parking pun ok
tempat yang agak luas, parking pun ok

senarai harga makanan laut
senarai harga makanan laut

boleh pilih ikan fresh-fresh
boleh pilih ikan fresh-fresh
Korang boleh pilih ikan @ makanan laut yang fresh. Kemudian bagitau je nak masak apa. Harga yang aku tunjuk tu mungkin berubah, mungkin kekal ikut isu semasa la..sekarang ni masa aku tulis ni, ada isu harga minyak naikπŸ˜‡πŸ˜‡πŸ˜‡
ikan siakap bakar
ikan siakap bakar

sotong goreng tepung
sotong goreng tepung

sayur kangkung
sayur kangkung

sup ayam
sup ayam

set sambal belacan, sos, air asam, kuah kari dan ulam
set sambal belacan, sos, air asam, kuah kari dan ulam
Daripada pengalaman yang aku makan ni, rasa boleh nak repeat lagi...ikan bakar pun sedap..sup sedap..petai bakar lagi....perghh padu...

Kepada yang nak datang ke sini, boleh cari di Permatang 3 Ringgit, Kepala Batas. GPS koordinat dan google map adalah seperti di bawah.

GPS koordinat: 5°32'10.8"N 100°26'09.4"E atau 5.536342, 100.435935

https://maps.app.goo.gl/WYyQdo5XsCrExtvx9

Friend Fries Bukit Bintang - Homemade fries from fresh potatoes

cheese friend fries
cheese friend friesπŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹
Friend Fries di Bukit Bintang ni pun tempat viral makanan. Siapa saja yang datang ke Bukit Bintang Kuala Lumpur ni, pasti akan cari friend fries ni. Diorang homemade je fries tu... dibuat dari kentang yang segar.....
gerai Friend Fries Bukit Bintang
gerai Friend Fries Bukit Bintang

landmark korang cari 7 ELEVEN
landmark korang cari 7 ELEVEN
Tempat viral, so nak beli kena beratur panjang la...mana-mana tempat viral di Bukit Bintang, macam tu laaaa😎😎😎😎
menu Friend Fries, ada pelbagai topping sos
menu Friend Fries, ada pelbagai topping sos
Kalau korang hadir ke Bukit Bintang, jangan lupa singgah di Friend Fries ni. Aku sertakan GPS koordinat dan google map sebagai rujukan korang.

GPS koordinat: 3.1474491563259517, 101.71195930005067

https://maps.app.goo.gl/cTqBNcTyLo2Dw1Zb9

Shedazz ayam goreng kunyit (33 food court) - tempat makan tersembunyi di Bukit Bintang, KL

 

tangga ke 33 food court
tangga ke 33 food court

33 food court berada di tingkat 2
33 food court berada di tingkat 2
Kalau korang jalan-jalan di Bukit Bintang, KL nak cari makan yang bajet dan sedap, korang boleh cari Shedazz ayam goreng kunyit. Gerai ni terletak di food court yang agak tersorok dari laluan orang ramai. Nama food court ni adalah 33 food court.

Kalau korang dari main road bukit bintang tu, korang cari public bank. Then korang lalu lorong yang bersebelahan public bank tu hingga tembus ke seberang (jalan short cut). Dah sampai hujung, sebelah kiri korang je 33 food court tu.

ada beberapa gerai dalam 33 food court ni
ada beberapa gerai dalam 33 food court ni
So, bila dah jumpa, naik je tangga tu...dalam food court tu ada la beberapa gerai makanan. Tapi nak nak focus gerai Shedazz ayam goreng kunyit.

Port makan ni menjadi tempat makan pekerja-pekerja yang bekerja disekitar Bukit Bintang ni... Maklum la kan, kalau makan hari-hari kat tempat famous di Bukit Bintang ni, mau habis duit gaji guna untuk makan tengahari jerπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

ayam goreng kunyit, daging goreng kunyit, sotong goreng kunyit
ayam goreng kunyit, daging goreng kunyit, sotong goreng kunyit

gerai Shedazz ayam goreng kunyit
gerai Shedazz ayam goreng kunyit

Menu Shedazz ayam goreng kunyit
Menu Shedazz ayam goreng kunyit
Menu simple jer...nasi putih korang boleh pilih sama ada ayam goreng kunyit, daging goreng kunyit atau sotong goreng kunyit. Tambah sikit sayur kacang panjang dan letak kicap..perghh mantap!πŸ˜‹πŸ˜‹
nasi putih sotong goreng kunyit
nasi putih sotong goreng kunyit

nasi putih daging goreng kunyit
nasi putih daging goreng kunyit

nasi putih ayam goreng kunyit
nasi putih ayam goreng kunyit
Memang padu...masakan simple tapi sedap. Tempat-tempat makanan macam ni ada je di Bukit Bintang kalau pandai cari. Selalu kita aku cari tempat makan yang famous dan viral je kat Bukit Bintang ni. Jadi modal pun kena besar jugak la kan..tempat-tempat macam tu memang mahal.

Untuk makan bajet, sesuai datang ke sini. Sangat recommended! Sebagai panduan untuk korang nak cari Shedazz ayam goreng kunyit ni, aku sertakan GPS koordinat dan google map untuk rujukan korang.

GPS koordinat: 3.1477458280559705, 101.71186834578818

https://maps.app.goo.gl/nLJeoFqfCvhyy5CPA