1

2

3

4

RESEPI KUAH PASEMBOR

pasembor
pasembor

BAHAN:
  • 1/2  kilo ubikeledek
  • 125 gm udang kertas halus
  • 125 gm kacang tanah
  • 10-15 biji cili kering
  • 3 ulas bawang putih
  • 2-3 bawang besar @ 15-20 biji bawang merah
  • 4 cawan air
  • 5 sudu besar gula putih
  • 1 ketul gula melaka
  • 2 sudu besar asam jawa + 1/2 cawan air..ambil jus
  • 5-8 keping biskut merry
  • sedikit garam
  • sedikit pewarna merah oren (jika guna ubi warna putih)
CARA CARA MENYEDIAKANNYA:
  1. Ubi keledek dibuang kulit,direbus sehingga lembut dan dilenyek ketika ia masih panas panas lagi. Boleh juga dikisar dengan air ubi.
  2. Jika menggunakan udang boleh dibuang kulitnya atau pun dibiarkan begitu saja. Hanya basuh bersih bersih,panaskan minyak dan goreng ia sehingga 1/4 masak.
  3. Kacang Tanah digoreng dengan sedikit minyak. Asing sedikit kacang anggaran 1/4 bahagian.
  4. Goreng cili kering hingga rangup.
  5. Bawang putih dan bawang merah digoreng layu
  6. Satukan udang, 3/4 kacang tanah,cili kering,bawang dan kisar halus. Baki 1/4 kacang kita masukkan masa terakhir kisaran dan kisar sekali saja..supaya ia tidak kasar.
  7. Masukkan semua bahan yang dikisar tadi bersama keledek ke dalam periuk.Masukkan air dan masak sehingga mendidih.
  8. Apabila kuah dah mendidih kecilkan api, masukkan air asam jawa dan gula.
  9. Rendam biskut merry,lenyekkan ia dan masukkan dalam kuah yang sedang renih.
  10. Masukkan beberapa titis pewarna jika warna kuah kurang 'oren'dan perasakan dengan garam.
  11. Kuah sedia dalam 35-45 minit. Jangan lupa sentiasa kacau kuah supaya tak hangus dibawah.
Kredit resepi: Allahyarham Mamak Haji

Layan makan di Restoran Dapoq 5 Beradek, Bandar Putra Bertam Kepala Batas

Restoran Dapoq 5 Beradek
Restoran Dapoq 5 Beradek

Restoran Dapoq 5 Beradek
Restoran Dapoq 5 Beradek
Restoran Dapoq 5 Beradek ni terletak di alamat Persiaran Seksyen 4/7, Bandar Putra Bertam, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang. Dapoq 5 Beradek ni buka dari pagi hingga petang (6,7 petang)...Menu-menu kat sini macam sempoi gak la...sesuai untuk nak sarapan pagi, kalau makan tengahari ada set makan tengahari gak...Antara menu-menu yang ada di Dapoq 5 Beradek ni adalah seperti berikut,
menu 1 Dapoq 5 Beradek
menu 1 Dapoq 5 Beradek

menu 2 Dapoq 5 Beradek
menu 2 Dapoq 5 Beradek

menu 3 Dapoq 5 Beradek
menu 3 Dapoq 5 Beradek

menu 4 Dapoq 5 Beradek
menu 4 Dapoq 5 Beradek
Aku try makan koey teow kerang, nasi lemak, nasi daging danok...nasi lemak boleh order set atau pun boleh pilih lauk sendiri...koey teow kerang diorang sedap, kira ikut citarasa tekak aku la...
nasi lemak ayam berempah
nasi lemak ayam berempah

koey teow kerang
koey teow kerang

nasi daging danok
nasi daging danok
Air pulak style layan diri...ambil sendiri..kalau pilih air sirap, boleh refill free.....
ambil air layan diri
ambil air layan diri

nasi lemak, boleh pilih lauk
nasi lemak, boleh pilih lauk
Lain dari yang lain restoran ni, korang kena try la makan di sini..harap owner boleh tambah lagi la menu-menu killer.

Kepada yang nak ke sini, aku sediakan gps koordinat dan google map untuk rujukan korang.

GPS koordinat: 5°31'11.1"N 100°28'48.4"E atau 5.519754, 100.480113

Makan steak di Barbarian Station, Bandar Perda Pulau Pinang

 

Restoran Barbarian Station
Restoran Barbarian Station

Restoran Barbarian Station
Restoran Barbarian Station
Barbarian Station ni terletak di Bandar Perda Pulau Pinang. Restoran Barbarian Station ni main serve diorang ni steak la...ala-ala steakhouse la kalau makan disini. Steak ni agak mahal gak la sebab daging yang diorang offer daging mahal!, macam wagyu, angus, tomahawk...πŸ˜…πŸ˜…..kira harga dalam ratus-ratus la satu hidangan... tapi disebabkan dekat list menu diluar restoran diorang ni ada tulis 'jangan takut nak masuk', ada juga menu harga marhein, jadi aku melangkah masuk la gak...dengan confident😎😎
menu harga marhein pun ada ek....
menu harga marhein pun ada ek....πŸ˜‡πŸ˜‡
Jadi selepas membelek-belek buku meni Barbarian Station, dan mengikut bajet poket aku, maka aku telah memilih menu barbarian chicken chop, barbarian lamb chop (dua set), spaghetti aglio oglio, dan air hot barbaric coffee.....
hot barbaric coffee
hot barbaric coffee

spaghetti aglio oglio
spaghetti aglio oglio

barbarian lamb chop
barbarian lamb chop

barbarian chicken chop
barbarian chicken chop

barbarian lamb chop (set kedua)
barbarian lamb chop (set kedua)
gambar kat atas ni, menu-menu marhein yang aku order. Kalau korang ada bajet lebih, boleh la order yang premium punya. Korang boleh tengok menu-menu Barbarian Station ni kat bawah ni...
menu 1 Barbarian Station
menu 1 Barbarian Station

menu 2 Barbarian Station
menu 2 Barbarian Station

menu 3 Barbarian Station
menu 3 Barbarian Station

menu 4 Barbarian Station
menu 4 Barbarian Station

menu 5 Barbarian Station
menu 5 Barbarian Station

menu 6 Barbarian Station
menu 6 Barbarian Station

menu 7 Barbarian Station
menu 7 Barbarian Station

menu 8 Barbarian Station
menu 8 Barbarian Station

menu 9 Barbarian Station
menu 9 Barbarian Station
Kepada yang nak makan steak, boleh la datang ke barbarian station ni yang beralamat di 61 & 63, Lorong Perda Utama 3, Bukit Tengah, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang @ korang cari jer di Bandar Perda.....GPS koordinat dan google map lokasi Restoran Barbarian Station seperti dibawah.

GPS koordinat: 5°21'55.6"N 100°25'41.0"E atau 5.365432, 100.428063

RESEPI SAWI MASAK LEMAK PUTIH

SAWI MASAK LEMAK PUTIH
SAWI MASAK LEMAK PUTIH

  • 1 mangkuk besar sayur sawi (potong siap siap)
Bahan hiris: 
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji cili merah besar
Bahan lain: 
  • 2-3 ekor isi ikan selayang tumbuk kasar (rebus ikan ambil isi sahaja, tulang buang)
  • 200ml  santan kelapa
  • Sedikit air
  • Sedikit garam
Cara-cara:
  • Masukkan bahan hiris, sawi, isi ikan, santan dengan sedikit air (ikut kepekatan kuah yang diingini) dalam periuk. 
  • Masak guna api yang perlahan, sambil kacau² hingga kuah mendidih. 
  • Perasa kan dengan garam. 
  • Siap! 
Selamat mencuba

Kredit: DapurCikNa