1

2

3

4

Teh Bharat Cameron Valley, Cameron Highland - minum teh sambil tengok view ladang teh yang ohsem


Bharat tea, Cameron Valley, Cameron Highland

Ladang teh
Ladang teh memang sinonim dengan Cameron Highland. Siapa saja yang ke Cameron Highland, mesti nak singgah ke Bharat Tea ni.... Di sini, disamping boleh minum-minum teh segar, kita juga boeh layan view ladang teh yang cantik. Ladang teh ni memang unik sebab kat Cameron Higland je ada.... macam strawberry jugak, hanya di Camerom Highland je ada ladang strawberry.
Tempat ni telah dinaik taraf sikit...dulu-dulu, masa aku datang tempat ni agak kecil sikit... tak dapat nak menampung bilangan pengunjung yang semakin bertambah. Sekarang ni, kawasan cafe yang di besarkan, begitu juga dengan empat parking yang telah di perbesarkan. Nanum begitu, jika korang datang waktu cuti, tempat ni pun ada sesak... Penangan Cameron Highland waktu cuti sekolah or cuti umum.
Kalau korang nak merasai pengalaman diladang teh, pihak bharat tea membenarkan korang turun ke ladang teh tersebut. Tapi sekarang dah kena bayar beb...dulu-dulu free jer...huhuhu.
minum teh yang fresh dari ladang

nak makan yang ringan-ringan pun ada

senarai menu
Kepada yang nak ke sini, Bharat tea ni 4km dari Tanah Rata. Aku sertakan sekali di sini gps koordinat dan google map sebagai rujukan korang.
gps koordinat : 4°27'27.4"N 101°21'57.3"E atau 4.457605, 101.365928

Apabila tanwin bertemu hamzah wasol (tajwid Al Quran)

Ramai sebenarnya orang terus baca ayat yang dibuat tu tanpa sedar bahawa sebenarnya bacaan tu perlu ditambah 'nun baris bawah'.

Kalau kita perasan, nak bunyikan ayat dalam bulatan tu pun agak janggal. Tapi, kalau takde ilmu, kita main hentam jelah.

Ada 33 tempat di dalam Al Quran yang perlu ditambah dengan 'nun baris bawah'. Ambik pen tanda sendiri tau:

Muka Surat 27 Surah Al Baqorah Ayat 180
Muka Surat 151 Surah Al A’raf Ayat 8
Muka Surat 170 Surah Al A’raf Ayat 158
Muka Surat 172 Surah Al A’raf Ayat 164
Muka Surat 173 Surah Al A’raf Ayat 177
Muka Surat 190 Surah At Taubah Ayat 24
Muka Surat 191 Surah At Taubah Ayat 30
Muka Surat 226 Surah Hud Ayat 42
Muka Surat 257 Surah Ibrahim Ayat 18
Muka Surat 259 Surah Ibrahim Ayat 26
Muka Surat 265 Surah Al Hijr Ayat 61
Muka Surat 276 Surah An Nahl  Ayat 87
Muka Surat 302 Surah Al Kahf Ayat 77
Muka Surat 303 Surah Al Kahf Ayat 88
Muka Surat 305 Surah Maryam Ayat 7
Muka Surat 309 Surah Maryam Ayat 61
Muka Surat 333 Surah Al Haj Ayat 11
Muka Surat 335 Surah Al Haj Ayat 25
Muka Surat 344 Surah Al Mukminun Ayat 38
Muka Surat 360 Surah Al Furqon Ayat 4
Muka Surat 362 Surah Al Furqon Ayat 26
Muka Surat 371 Surah As Syuara’ Ayat 105
Muka Surat 372 Surah As Syuara’ Ayat 123
Muka Surat 374 Surah As Syuara’ Ayat 160
Muka Surat 431 Surah Saba’ Ayat 31
Muka Surat 446 Surah As Soffat Ayat 6
Muka Surat 468 Surah Ghofir Ayat 8
Muka Surat 499 Surah Al Jaasiyah Ayat 9
Muka Surat 528 Surah An Najm Ayat 50
Muka Surat 541 Surah Al Hadid Ayat 27
Muka Surat 554 Surah Al Jumu’ah Ayat 11
Muka Surat 577 Surah Al Qiyaamah Ayat 12
Muka Surat 578 Surah Al Qiyaamah Ayat 30

Sup kepala ikan terbaik Warung Pak Mat Pulau Pisang, Kota Bharu, Kelantan

signboard Warung Pak Mat Pokok Pisang dekat simpang jalan
Tempat makan tengahari yang menjadi tumpuan orang ramai di Kota Bharu, Kelantan salah satunya adalah Warung Pak Mat. Warung Pak Mat ni terletak luar sikit dari Bandar Kota Bharu. Walaupun namanya 'warung' tapi sebenarnya Warung Pak Mat ni, bukanlah sekadar warung-warung biasa. Mungkin pada nama warung tapi kalau dah datang, bukan warung sebenarnya.
Kasawan makan warung pak mat
beratur panjang nak order sup kepala ikan
Orang datang ke sini sebab nak makan sup kepala ikan. Sup kepala ikan memang terbaik sedap la... Sup tu bukan sekadar kepala ikan jer, tapi ianya dicampur sekali dengan daging. Dihidangkan dalam mangkuk yang besar, memang puas hati la nak makan. Harga kepala ikan ikut saiz. Untuk saiz yang kecil, harga semasa di antara RM50 - RM85 manakala untuk saiz yang besar harganya diantara RM85 - RM130.
pilih kepala ikan, pastu akan di rencahkan sampai sedap
Nak order sup kepala ikan ni kena beratur panjang...masa aku datang ni agak panjang la jugak...tapi pasti untuk hari-hari yang lain... yang specialnya setiap yang kita order tu, perisanya ataupun bancuhan perasanya dibuat secara berasing ikut order masing-masing. Biasanya kalau kat kedai lain, nak ambil sup, ambil je la kan sebab semua perasa, perisa dah diadun sekali masa nak masak.
Then lepas dah order sup kepala ikan ni, next step korang kena pi ambil nasi...nasi kosong yang diletak timum dan sambal. Pastu makan dengan sup tadi.... memang terbaik sedap! 
Satu lagi yang special di Warung Pak Mat ni, Teh Ais Madu yang buih meleleh...sedap beb...orang tempatan panggil teh beng tarik madu.
Sup kepala ikan + daging
Warung Pak Mat Pulau Pisang ni jugak pernah di terjah oleh team Jalan-Jalan Cari Makan TV3. Plat JJCM TV3 korang boleh nampak tergantung dekat kaunter bayar.
kalau nak datang sini, walaupun parking yang disediakan banyak, tapi jika waktu puncak, parking sentiasa penuh...jadi kena bersabar la sikit...Warung Pak Mat Pulau Pisang tutup pada hari Selasa.



teh beng madu (teh ais madu)

nasi kosong+timun+sambal

Jalan-Jalan Cari Makan TV3
Kepad yang nak datan ke sini, aku sediakan untuk korang GPS koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan korang.
gps warung pak mat pulau pisang : 6°10'56.1"N 102°14'47.5"E atau 6.182240, 102.246537

Mesti datang sini, kalau Ke Kota Bharu, Kelantan - Pasar Siti Khadijah

Pasar Siti Khadijah, Kota Bahru
Tak lengkap kalau berjalan-jalan di Kota Bharu Kelantan kalau tak berkunjung ke Pasar Siti Khadijah terutamanya orang dari luar. Orang kelantan mungkin dah biasa. Yang mana duduk dekat-dekat Kota Bharu tu, diorang datang beli barangan basah jer. Barang basah kat tingkat bawah.
Kalau orang luar, biasanya akan ke tingkat atas. Kat tingkat atas, ada jual macam-macam jenis baju. Tapi banyak baju perempuan la...baju laki tak banyak sangat.. Kalau ada pun yang style kain songket or baju batik...
food court pasar siti khadijah

udang besar

mee sup

mee goreng

air soya yang rare
Kalau penat-penat jalan di pasar Siti Khadijah ni, ada food court yang korang boleh makan-makan. Makan kat sini kebanyakannya ada pengaruh masakan Kelantan la....
Parking agak mencabar juga la untuk ke Pasar Siti Khadijah ni...Kena bersabar la sikit...Tapi kalau dah datang jauh-jauh, kena la cari sampai jumpa walaupun terpaksa pusing 2-3 kali..
gps Pasar Siti Khadijah : 6°07'48.2"N 102°14'21.0"E atau 6.130063, 102.239170