Dapur penyet di Mydin Mall Bukit Mertajam

Dapur Penyet dalam Mydin Mall Bukit Mertajam

antara menu di Dapur Penyet
Teringin nak makan masakan Indon, boleh datang ke Restoran Dapur Penyet ni ( iye ke Dapur Penyet ni makanan Indon?). Dapur Penyet yang aku terjah ni terletak di dalam Pasaraya Mydin Mall Bukit Mertajam di Jalan Baru, Perai. Ok la aku rasa masakan diorang tu walaupun masakan Penyet-penyet ni bukan la feveret aku pun...hahahha... So, korang layan kan je la menu masakan yang aku order di sini seperti dalam gambar di bawah nihaaaa...
ayam bakar

lele penyet

complete dengan nasi putih dan sup
Kepada yang nak ke sini, aku sertakan gps koordinat dan google map lokasi Mydin Mall ni sebagai rujukan korang.
gps koordinat : 5°22'05.5"N 100°24'53.0"E atau 5.368185, 100.414719


Makan malam di Mix Legacy Cafe, Jitra, Kedah

Mix Legacy Cafe, Jitra Kedah

bertentangan dengan Masjid Al-Fateh
Mencari tempat makan malam yang sempoi dan best di Jitra, Kedah? Aku rekomen kat korang di Mix Legacy Cafe yang terletak betul-betul di Simpang Tiga dan bertentangan dengan Masjid Al-Fateh berwarna putih yang cantik.
Kawasan Mix Legacy Cafe ni sangat luas dan kawasan parking pun disediakan dan selesa. Mix Legacy ni berkonsepkan makan secara 'open air' ataupun tanpa bumbung. 
Pelbagai menu yang ada di Sini. Sebabnya macam-macam gerai ada. Gerai pun diorang buat pakai kontena jer. Rasa nak makan apa saja, just order, western ke, roti bakar ke, sup-sup, nasi goreng, dan macam-macam lagi.
Kunjungan aku ke Mix Lagecy cafe ni, makan malam aku macam yang ada dalam gambar-gambar seperti di bawah ni.
set burger

koay teow kerang

mee sup

lempeng cicah kari ikan

roti nutella

Korang kalau nak cari Mix Legacy Cafe ni, aku sediakan untuk korang gps koordiant dan juga google map sebagai panduan untuk korang mencari dan terus mencari...kikikikiki

gps koordinat: 6°15'02.1"N 100°25'14.5"E atau
6.250590, 100.420692

Makan tengahari di Restoran Tok Keramat, Jitra, Kedah

Restoran Tok Keramat, Jitra Kedah
Restoran Tok Keramat ni memang femes kat area Jitra dan kawasan sekitar. trademark Restoran Tok Keramat ni adalah "paling murah di Malaysia". Murah yang macam mana tu kena datang sendiri la.

Banyak lauk seperti gulai utara, gulai kawah, ikan/ayam bakar, ayam goreng rangup, ulam-ulam dan sambal ada. Dan gerai western, roti canai, ice cream, durian crepe semua ada. Puding dan cake pun ada.
Restoran Tok Keramat, Jitra Kedah
Self service, lepas amik nasi lauk, bawak ke kaunter dan bayar. Air ais kosong percuma. Then, pergi kaunter minuman dan ambil air. Bawak family datang berbaloi la..boleh makan puas-puas.

Restoran ni jugak amik tempahan katering dan kenduri.
Tok keramat ni juga menyediakan tempat parking yang luas di dua tempat iaitu di sekitar restoran dan juga diseberang jalan. Walaupun tempat parking agak luas, namun kesesakan tetap berlaku disebabkan ramainya pengunjung yang datang...al maklum la femes...search je kat google kuar Restoran Tok Keramat.
Restoran ni juga ada perasmian pembukaan...jangan main-main ek. Yang merasmikan Restoran Tok Keramat ni adalah Ustaz Haslin Bin Baharim pada 20 Feb 2015 bersamaan 9 Jamadilawal 1436 Hijrah.
Makanan bakar-bakar


ikan bakar

sotong bakar (telur)

cendawan goreng

aku punya nasi campur

lauk goreng-goreng

mai pilih-pilih apa yang ada
Ada banyak lagi la yang ada. Itu antara yang aku sempat snap jer. Ulam-ulaman punya banyak. Selain korang ambil makan dan terus bayar dikaunter, korang boleh juga panggil staf diorang datang kira dimeja sekiranya korang ambil lauk banyak dalam bentuk hidangan...susah la nak pi tunjuk satu-satu di kaunter kan...
signboard besar
perasmian
ramai pengunjung
ramai pengunjung
parking
air terjun kolam ikan
parking
 Kepada yang tercari-cari Restoran Tok Keramat Jitra ni, aku sertakan untuk korang GPS koordinat dan google map sebagai panduan dan rujukan korang.
gps koordinat : 6°15'11.7"N 100°25'25.6"E atau 6.253255, 100.423779

Bawa anak-anak main air di taman tema Fantasia Aquapark Jitra, Kedah

Pintu Masuk Utama ke Fantasia Aquapark

View secara keseluruhan Fantasia Aquapark (gambar ihsan google)
Kepada yang duduk belah-belah utara, korang pasti happy sebab kat Jitra dah ada taman tema air Fantasia Aquapark. Walaupun takde la besar mana pun kalau nak compare dengan taman tema yang femes-femes kat Malaysia ni, namun bagi aku oklah kalau nak bawa anak-anak main air. Budak-budak mesti suka la kan bab-bab nak main air ni. Kalau nak ajak balik memang cabaran dengan budak-budak yang dah seronok main air.
Pihak Fantasia Aquapark tak benarkan pengunjung bawa bekalan makanan masuk dalam taman tema air tu. KAt dalam tu dah disediakan restoran untuk pengunjung. Tapi biasalah tempat macam ni, dah tentu la makanan tu mahal-mahal. Tapi sebab dah takde pilihan, orang bedal je... mahal pun mahal lah....
kaunter beli tiket
kolam besar untuk dewasa
Camtu la lebih kurang pasal Fantasia Aquapark ni. Aku tak dapat nak ambil gambar banyak-banyak sebab malas nak pegang handphone dalam air. Takut la kalau-kalau handphone aku pun nak join mandi sekali...naya aku..hahahahha..
Kepada yang nak datang ke sini, aku sertakan untuk korang gps koordinat dan google map sebagai panduan untuk korang.
gps koordiant : 6°15'15.7"N 100°26'18.7"E atau 6.254364, 100.438520