1

2

3

4

Showing posts with label kulit karipap. Show all posts
Showing posts with label kulit karipap. Show all posts

Cara buat kulit karipap yang ranggup

 

Karipap ranggup
Karipap ranggup 

Kulit karipap
Bahan-bahan:

  • 4 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar marjerin
  • 1 sudu besar minyak
  • Garam
  • Air secukupnya
Caranya:
  • panaskan marjerin dan minyak smp mendidih
  • masukkan ke dalam besen yang berisi tepung gandum
  • gaul guna senduk..bila minyak dah agak sejuk ramas-ramas menjadi seperti serbuk roti
  • di dalam bekas lain..campurkan garam  ke dalam air,kacau sehingga garam larut
  • masukkan air garam tadi  ke dalam besen yang ada tepung.. masukkan air sedikit demi sedikit
  • uli sehingga tepung tak melekat di tangan
  • perap 30 minit
  • bulat-bulat sebesar bola ping pong..canai masukkan inti kemudian kelim
  • buat sehingga habis

Boleh guna apa-apa inti..inti sardin/kentang /ikan

Tips utk dapat kan kulit karipap yg licin semasa goreng:
  • Masukkan karipap ketika minyak belum panas
  • Api perlahan sahaja
  • Sentiasa balik balikan karipap bg warna dia sekata

Kredit resepi: zaimah zakaria