1

2

3

4

Showing posts with label jalan limbongan. Show all posts
Showing posts with label jalan limbongan. Show all posts

Kuih Keria Antarabangsa popular di Melaka

keria antarabangsa Hajah Rahmah, Jalan Limbongan, Klebang, Melaka
keria antarabangsa Hajah Rahmah, Jalan Limbongan, Klebang, Melaka

beratur panjang plak untuk sesuap kuih keria
beratur panjang plak untuk sesuap kuih keria
Ada banyak penjual kuih keria dia Melaka ni. Tapi yang paling famous adalah keria antarabangsa yang terletak di Jalan Limbongan, Klebang Melaka. Aku pun dah pernah tulis berkenaan keria antarabangsa ni dalam blog ni. Boleh rujuk posting tersebut DISINI.

Disebabkan terlalu ramai yang beratur nak beli kuih keria antrabangsa ni, jadi diorang limitkan seorang cuma boleh beli setakat 20 biji kuih sahaja.

kuih keria antarabangsa
kuih keria antarabangsa
Memang padu keria ni.... Landmark gerai ni senang je, korang boleh cari Masjid Al Ehsan Limbongan. Kedai kuih keria ni bersebelahan dengan kedai kuih keria ni.
bersebelahan dengan Masjid Al Ehsan Limbongan
bersebelahan dengan Masjid Al Ehsan Limbongan
Lokasi gps koordinat dan google map Keria antarabangsa hajah Rahmah adalah seperti dibawah.

GPS Koordinat: 2°12'21.3"N 102°13'09.9"E atau 2.205922, 102.219414


Jom try minum air AVOCADO Melaka Jalan Limbongan, Klebang, Melaka

AVOCADO Melaka Jalan Limbongan
AVOCADO Melaka Jalan Limbongan

AVOCADO Melaka Jalan Limbongan
AVOCADO Melaka Jalan Limbongan
kalau korang datang ke Melaka, selain cari air mango float atau coconut shake, korang kena cari juga air avocado dan tempatnya di Jalan Limbongan, Klebang berdekatan je dengan Keria Antarabangsa. 

Ada beberapa jenis air avocado yang diperisakan dengan perisa-perisa tertentu. Antaranya adalah Choc Top1 special, Gula Melaka special, Lotus Biscoff special, stawberry special, blueberry special, chocolate, gula melaka dan Pure&Natural. harga setiap menu korang boleh tengok gambar di bawah ni.

senarai menu dan harga avocado
senarai menu dan harga avocado
Aku pilih nak try air avocado Choc Top1 Special. Kena la minum gak avocado ni kan kalau datang Melaka. Nanti boleh story kat anak cucu, atok dah pernah minum avacado melakaπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
Choc Top1 Special
Choc Top1 Special
Kalau korang nak ke sini, boleh rujuk gps koordinat dan google map yang aku sertakan ni seprti kat bawah.

GPS koordinat Avacado Melaka : 2°12'23.5"N 102°13'06.8"E atau 2.206540, 102.218551