Menjamu selera di Restoran Selera Tepi Sungai, Tanah Merah Kelantan

Restoran Selera Tepi Sungai, Tanah Merah Kelantan

suasana dalam Selera Tepi Sungai
Tanah Merah, Kelantan. Wajib kena singgah di Restoran Selera Tepi Sungai untuk menjamu selera. Restoran  ni menjadi tumpuan orang ramai terutamanya pada waktu tengahari. Bertentangan dengan restoran ni, ada satu bangunan baru. Rupanya banguan tu pun milik diorang.....
Operasi Premis Selera Tepi Sungai bermula pada pukul 8.00 pagi dengan menyediakan nasi berlauk, kerabu , laksa, laksam , kuih dan sebagainya.
Kemudian jam 11.30 pagi , ia mula agak sibuk dengan penyediaan makan tengahari yang merupakan waktu puncak perniagaan . Hidangan layan diri waktu tengahari terdiri dari pelbagai jenis gulai bermula dengan gulai ikan kering, kerutuk daging , kurma,  ayam ikan percik dan puluhan jenis resepi Melayu dan ala Thai yang boleh anda nikmatinya. Sup daging kawah pula tersedia untuk dihirup oleh pengunjung yang ingin selera kurang lemak. 
Selain tu, makanan tradisi orang kelantan banayak juga ada di sini. Kuih muih kelantan yang jarang dapat di negeri-negeri lain. 
antara lauk makanan tengahari

budu wajib kena try
nasi campur kerabu mangga, kerabu perut dan paru goreng

nasi campur ulam ulaman, ikan bakar

makanan sup-sup. Biasanya kalau sampai kelantan, feveret sup yang aku makan ada megi sup. Orang kelantan punya megi sup lain macam sikit. Then, aku cuba pulak pulut ayam....biasa kita makan nasi ayam kan...tapi di kelantan ni jangan pelik ada pulut ayam.
sup station

megi sup

pulut ayam
Premis Selera Tepi Sungai mengakhiri perniagaannya dengan masakan panas ala carte sehingga jam 11.00 malam.. Kepada yang nak datang ke sini, orang kelantan mungkin dah tahu. Bagi yang luar kelantan (kecek KL..hihihihi), korang boleh la guna gps koordinat dan google map yang aku sediakan seperti di bawah ni.
gps koordinat : 5°47'08.8"N 102°08'58.6"E atau 5.785786, 102.149609

No comments:

Post a Comment