Sarapan Pagi Nasi Lemak Pandan di Restoran Ayahman, Kea Farm, Cameron Highlands

Restoran Ayahman, Kea Farm, Cameron Highlands
Restoran Ayahman, Kea Farm, Cameron Highlands

Restoran Ayahman, Kea Farm, Cameron Highlands
Restoran Ayahman, Kea Farm, Cameron Highlands
Aku punya strategik untuk elak jem di Cameron Highlands ni, hari terakhir aku di Cameron Highlands aku plan nak singgah Kea Farm untuk nak shopping sayur-sayuran sebelum balik. Aku balik ikut Simpang Pulai. Jadi untuk memastikan aku sempat sampai ke Kea Farm sebelum start nak jem, lepas aku check out hotel dalam 8 pagi, terus aku keluar menuju ke Kea Farm. Dah la aku duduk hotel di Tanah Rata, ambil masa sikit la nak ke Kea Farm.....

Dalam keluar awal tu pun, aku sangkut jugak dengan jem....tapi jem tu takde la jauh sangat dengan Kea Farm....so tak lama la aku nak hadap jem tu😁😁😁

Nasi Lemak Panda Ayahman
Nasi Lemak Panda Ayahman
Jadi Sarapan pagi aku dah tentu la di Kea Farm. Dekat Kea Farm ni ada satu port sarapan pagi yang sempoi iaitu di Restoran Ayahman...Waktu pagi ada nasi lemak pandan yang ohsem...sedap dan padu...Selepas makan boleh la nak shopping sayur di sini....

Untuk pengetahuan korang juga, Ayahman ni juga terkenal dengan menu patin tempoyak....tapi menu patin ni untuk makan tengahari la...Boleh rujuk POSTING SINI berkenaan patin tempoyak di restoran ni...menu ni pun padu!

GPS koordinat restoran Ayahman Patin Pahang dan google mapboleh rujuk seperti dibawah.

GPS Koordinat: 4°30'14.2"N 101°24'26.6"E atau 4.503952, 101.407391

Taman Lebah (Bee Farm), berdekatan Kea Farm, Cameron Highlands

 

Taman Lebah (Bee Farm) Cameron Highlands
Taman Lebah (Bee Farm) Cameron Highlands

Taman Lebah (Bee Farm) Cameron Highlands
Taman Lebah (Bee Farm) Cameron Highlands
Taman Lebah (Bee Farm) ni terletak berdekatan dengan simpang ke Ladang Teh Boh Sungai Palas. Kalau nak naik cameron highlands dari Simpang Pulai or Gua Musang, Taman Lebah ni korang akan jumpa sebelum Hotel Copthorne. Kalau nak tengok lebah, kena turun ke bawah sikit...dekat situ ada kotak-kotak yang dibuat untuk lebah bersarang.
pintu masuk...masuk adalah percuma
pintu masuk...masuk adalah percuma

ada barangan untuk korang nak bershopping
ada barangan untuk korang nak bershopping

kegilaan para wanita
kegilaan para wanitaπŸ˜…
Standard la kan, berniaga la dulu,sebelum kita dibenarkan masuk tengok lebah. Tempat nak melawat bee ni korang kena turun dulu ke bawah. Free je nak tengok lebah tu...
tangga untuk turun ke ladang lebah
tangga untuk turun ke ladang lebah

pandangan taman lebah dari atas
pandangan taman lebah dari atas
Dalam kawasan shopping tu korang kena cari tangga yang menuju ke bawah..sebab di tingkat bawah tu la ada sarang buatan yang di huni oleh lebah-lebah.
ada replika patung lebah, tapi dah usang
ada replika patung lebah, tapi dah usang

kotak-kotak sarang lebah
kotak-kotak sarang lebah
Kalau dekat area ni lebah memang banyak la....cuma korang jangan la cuma nak kejar or ganggu lebah-lebah ni..dikhuatir lebah-lebah ni akan kejar korang plakπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
lebah disarang lebah
lebah disarang lebah
Ok la bagi aku kalau nak bawa anak-anak jalan-jalan di sini. Cuma pesan kat anak siap-siap jangan dikacaunya lebah-lebah yang ada di situ. Bagi korang yang nak ke sini, aku sediakan GPS koordinat dan googel map sebagai rujukan dan panduan korang.

GPS koordinat: 4°30'32.7"N 101°24'31.9"E atau 4.509090, 101.408859


aiskrim rare, POPSTICK, di Kea Farm, Cameron Highlands

gerai jual aiskrim popstick di Kea Farm
gerai jual aiskrim popstick di Kea Farm
Aiskrim popstick ni memang rare la di cameron highlands ni...dekat tempat lain jarang la aku jumpa aiskrim popstick ni...kalau korang pernah jumpa di tempat lain tu, cer bagitau dekat komen... Trend di Cameron highlands rasanya dengan airskrim yang macam ni. Ada pelbagai flavor yang korang boleh pilih...
disusun cantik dalam peti sejuk macam ni
disusun cantik dalam peti sejuk macam ni

pelbagai jenis flavor dan color aiskrim popstick
pelbagai jenis flavor dan color aiskrim popstick
Selain daripada aiskrim, popstick ni juga ada pelbagai jenis popcorn dengan flavor yang berbeza. Ada juga popstick air....Tapi dari pemerhatian aku, pengunjung kebanyakan membeli aiskrim dari benda lain...
popstick popcorn
popstick popcorn
Aiskrim popstick yang aku jumpa ni, dekat Kea Farm...boleh la korang nak cari di sini.

GPS koordinat:4°30'13.4"N 101°24'25.5"E atau  4.503709, 101.407072

Resepi asam pedas daging

asam pedas daging
asam pedas daging

Bahan-bahan:-
  • Sekilo daging direbus dulu 
  • 2 biji bawang sederhana besar (blender)
  • 5 biji bawang kecil (blender)
  • 5 ulas bawang putih (blender)
  • 10 ke 15 biji cili kering (rebus dan blender)
  • 3 ke 4 biji cili padi (nak pedas boleh tambah dan blender)
  • 2 inci lengkuas (blender)
  • 1 inci halia (blender)
  • 1 1/2 inci belacan (blender)
  • 1 keping gula melaka
  • Setengah cawan air asam jawa
  • Sebatang serai dikeduk
  • 3 helai daun limau purut
  • Segengam daun kesum
  • Garam & air secukupnya.
  • Tomato dan kacang benci (hiasan)
Cara-cara:
  • Panaskan minyak dengan mencukupi, masukkan serai kemudian tumis bahan-bahan yang dah siap blender.
  • Masak sehingga bahan-bahan betul-betul masak & garing dengan api yang perlahan. Bila dah pecah minyak sedikit masukkan daun kesum, daun limau purut & kepingan gula melaka, gaul sebati dan masak sehingga garing dan pecah minyak, ini bagi memastikan air bawang betul-betul kering.
  • Selepas tu masukkan daging yang dah direbus tadi bersama air asam jawa. Gaul sebati & biarkan 5 minit daging berpalut pada bahan-bahan yang lain.. kemudian tambah 2 cawan air bersama gula dan garam. masak sehingga kuah asam pedas pekat dan daging lembut.
  • Kemudian bolehlah masukkan potongan tomata & kacang bendi. Tutup api dan sedia untuk dihidang.
Kredit resepi: Nabilah Md Saad