1

2

3

4

Resepi biskut cadbury

Biskut Cadbury
Biskut Cadbury

Bahan A
  • 180gm butter
  • 80gm shortening
  • 90gm gula icing
  • 1biji kuning telur
  • 1 sd esen vanilla
  • 70gm cream cheese
Bahan B
  • 400gm tepung gandum
  • 50gm tepung jagung
  • Cadbury secukupnya
Cara-cara;
  • Pukul bahan A,4 minit
  • Masukkan bahan B,
  • Rehatkan 15 minit dalam peti ais..
  • Terap ikut size yang di sukai..
  • Masak dalam oven,
  • Setelah masak biarkan sejuk sebentar..
  • Sapu putih telur atas biskut sebelum meletakkan coklat Cadbury.
  • Bakar 10-15minit,suhu 20°c,api atas sahaja

Resepi tepung pelita

 

tepung pelita

Bahan-bahan:

  • Daun pisang  untuk  buat sangkar
  • Bahagian bawah 
  • 1 cawan tepung beras
  • 5 cawan air @ Air pandan
  • (guna pewarna hijau apple)
  • Gula cukup rasa
  • Bahagian  atas
  • 1/2  cawan tepung beras
  • 5 cawan santan
  • Garam cukup rasa
Cara - cara
Campur semua bahan2 bahagian atas kacau hingga sebati dan masak diatas api yang sederhana dan kacau hingga keluar gelembung besar  dan masukkan kedalam sangkar.ketepikan
Untuk bahagian atas pula sama juga proses seperti bahagian bawah .... Sejukkan.

Cara  buat sarang
Potong daun pisang selebar tapak  tangan dan panjang sikit dari tapak tangan. Lipat sedikit dihujung kedua2 belah daun pisang dan gunting kepada 3 bahagian , lipat dan stepler lagi elok kalau guna daun pisau yang keras dan tua supaya membentuk cantik.

RESEPI KUIH TALAM LABU

KUIH TALAM LABU
KUIH TALAM LABU

Bahan-bahan
  • 1 cawan labu lecek
  • 2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 3/4 cawan gula
  • Secubit garam
  • 4 cawan santan
Cara-cara
  • Semua tepung + gula + garam disatukan dalam bekas & masukkan santan.. Kacau sampai sebati
  • Bahagikan kepada 2 adunan
  • 1 adunan masukkan labu lecek, kacau sebati
  • 1 adunan lagi ditambah lagi garam, agak ada rasa masin
  • Panaskan kukusan & panaskan loyang juga
  • Pastikan loyang dh panas, masukkan adunan putih.. kukus 20 minit
  • Lepas tu masukkan pula adunan labu, kukus lagi 30-40 minit.. Siap.

Cara (resepi) Membuat Rojak / Pasembur

Rojak / Pasembur
Rojak / Pasembur

Bahan Cucur (Keras):
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 camt serbuk penaik
  • 3/4 camt garam
  • 1/2 camt gula
  • 155-165 ml air
  • 1 labu bawang besar, dicincang halus
  • 1 biji cili hijau, dibuang biji & dicincang halus
  • minyak untuk menggoreng

Satukan tepung, serbuk penaik, garam, gula dan air secukupnya hingga menjadi doh. Tutup dengan tuala dan biar 1 jam. Gaul dengan bawang dan cili. Bentukkan 7.5 cm panjang, 2 cm lebar. Lumur jari dengan tepung semasa membentuk kerana adunan agak lembik. Goreng di dalam minyak panas hingga keperangan. Hiris sebelum digunakan.

Bahan Cucur (Lembut):
  • 1 1/3 cawan tepung gandum
  • 1/4 camt serbuk penaik
  • 1/2 camt serbuk kunyit
  • 1 camt gula
  • 1/4 camt garam
  • 125 ml air
  • 1 biji telur, dipukul

Campur semua bahan (kecuali telur) hingga menjadi adunan sebati. Biar selama 1 jam. Sebelum menggoreng cucur, tambah telur pada adunan dan kacau rata. Goreng cucur hingga keemasan kemudian hiris sebelum disajikan dengan bahan sampingan dan kuah.

Kuah rojak singapore
Bahan-bahan:
  • 450 gm keledek - direbus empuk
  • 2.5 liter air
  • 2 camt serbuk cili
  • 3 camb gula merah + gula pasir (ikut citarasa kemanisan masing2)
  • 1/2 camb asam jawa + 2 camb air (pekat)
  • 2-3 camb kacang tanah - digoreng & dikisar halus (guna sikit je utk dptkan rasa je)
  • Sedikit bijan goreng tanpa minyak
Cara membuat:
  • kisar keledek dengan air rebusan keledek tadi hingga halus.
  • serbuk cili direbus dengan sedikit air didlm mangkuk yg berasingan sehingga sebati
  • masukkan keledek yg telah diblend dan dimasukkan di dalam mangkuk dan tuangkan cili serbuk yg telah di rebus tadi ke dlm mangkuk keledek dan masak dgn api yg perlahan.
  • selepas tu masukkan gula merah dan air asam jawa yg pekat2
  • kalau ada jem nenas bolehlah diletak sikit utk tambahkan pekat kalau tak ada bolehlah ditambahkan gula
  • masukkan sedikit pewarna merah utk kasi naikkan warna
  • kalau kuah dah pekat masukkan kacang tanah yg telah diblend - letak sikit je utk dptkan rasa)
  • last sekali bolehlah dimasukkan bijan