Showing posts with label Steamboat & Grill. Show all posts
Showing posts with label Steamboat & Grill. Show all posts

SANTAI BY THE GARDEN - Tempat terbaik untuk makan steamboat and grill di Sungai Petani

Restoran Santai By The Garden
Restoran Santai By The Garden

ada replika gitar besar kat tengah-tengah restoran
ada replika gitar besar kat tengah-tengah restoran
Kalau korang nak makan steamboat and grill yang sempoi dan sedap dan banyak makanan, korang boleh try di Restoran steamboat and grill SANTAI BY THE GARDEN yang terletak di Sungai Petani, Kedah. Harga untuk dewasa RM32.90 dan kanak-kanak 12 tahun ke bawah RM17.90. Kanak-kanak bawah 5 tahun free. Sekali bayar, lepas tu makan sampai kenyang๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚...Korang bajet sendiri la banyak mana korang nak makan berbaloi dengan korang bayar๐Ÿ˜…
kat kawasan tengah ni penuh dengan makanan untuk orang pilih
kat kawasan tengah ni penuh dengan makanan untuk orang pilih

penuh meja, kena tunggu meja kosong dulu baru boleh masuk
penuh meja, kena tunggu meja kosong dulu baru boleh masuk
Aku datang lepas solat maghrib. Ingatkan dah awal. Rupanya semua meja dah penuh. Jadi kena tulis nama dulu untuk tunggu giliran nak masuk. Parking kat luar pun penuh dengan kereta. Nasib aku baik dapat parking dekat dengan restoran.

Dah dapat giliran masuk, apa lagi, serbu la tempat makanan, tinjau-tinjau dulu nak makan apa. Korang boleh grill, korang boleh gak buat steamboat.

nak makan seafood, ketam udang kepah dah lain-lain boleh ambil di sini
nak makan seafood, ketam udang kepah dah lain-lain boleh ambil di sini

nak makan salad boleh ambil sini (yang depan tu siput buluh)
nak makan salad boleh ambil sini (yang depan tu siput buluh)

nak makan daging grill, boleh ambil sini (pelbagai jenis perapan)
nak makan daging grill, boleh ambil sini (pelbagai jenis perapan)

nak makan sayur-sayur, boleh ambil sini
nak makan sayur-sayur, boleh ambil sini

pelbagai jenis sos
pelbagai jenis sos
Selain gambar-gambar kat atas tu, ada banyak lagi la makanan yang ada. Tak sempat nak snap semuanya. Kalau korang datang, boleh explore sendiri. 

Jadi, apa lagi??? jom la ber 'steamboat and grill'๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹

ni masa awal-awal nak ber 'steamboat and grill, tempat masak pun berkilat lagi
ni masa awal-awal nak ber 'steamboat and grill, tempat masak pun berkilat lagi๐Ÿ˜…

dah nak masak ni
dah nak masak ni๐Ÿ˜‹

penuh meja dengan makanan
penuh meja dengan makanan๐Ÿ˜…
Memang berbaloi la makan di sini. Korang pun boleh try la sendiri. Restoran ni beralamat di JALAN PADANG TEMUSU, MUKIM SUNGAI PASIR, 08000 Sungai Petani, Kedah. Aku sertakan juga di sini gps koordinat dan google map sebagai rujukan korang kalau nak datang sini.

GPS koordinat:  5°36'48.8"N 100°28'22.6"E atau 5.613545, 100.472952

Makan-makan di food court Singgah Sat, Seberang Jaya (Belakang PETRON)

Singgah Sat Food Court

Singgah Sat dari depan
Singgah Sat food court ni memang nama dia 'Singgah Sat'... bukan saja-saja nak cakap, bahasa utara tu... Singgah Sat ni terletak di Seberang Jaya. Kalau naik highway tu, Singgah Sat ni sebelah highway Sungai Dua ke Juru. Sampai ke Seberang Jaya, kalau nak singgah di Singgah Sat ni, korang kena exit susur keluar dulu ke Seberang Jaya, then sebelum roundabot Seberang Jaya tu, korang akan nampak stesen minyak PETRON. Sebelah PETRON tu ada signboard tunjuk arah masuk ke Singgah Sat. Singgah Sat ni belakang PETRON ni jer... Kawasan parking pun agak luas juga la dan selesa. Kiranya Singgah Sat food court ni macam RnR la untuk kawasan Seberang Jaya ni. Lepas Singgah di Singgah Sat ni, boleh masuk highway balik sambung perjalanan.  
Besar juga la food court Singgah Sat ni...ada macam-macam gerai yang best dan sedap-sedap. Di bahagian belakang tu, ada steamboat & grill atau nama lainnya cabai kering. 
antara gerai-gerai makan yang ada di Singgah Sat

ada juga roti canai, roti bakar dan sebagainya

untuk steamboat & grill a.k.a cabai kering di bahagian belakang
Banyak makanan sampai tak tahu nak pilih yang mana satu. pusing punya pusing dok tengok apa nak makan last-last aku beli mee goreng, nasi ayam, mee wantan, roti bakar dan kerabu megi. Semua tu macam dalam gambar kat bawah ni.... bukan tu je yer ada kat Singgah Sat ni,.... macam-macam adaaaaaa....
mee goreng

nasi ayam

megi kerabu

mee wantan

roti bakar
Lokasi Singgah Sat ni secara spesifik, korang boleh guna gps koordinat yang aku dah sediakan nih.. google map pun aku bagi sekali untuk rujukan korang. 
gps koordinat Singgah Sat : 5°24'09.5"N 100°24'27.1"E atau 5.402626, 100.407528

Makan sampai kenyang di D'Fiesha Licious Steamboat & Grill, Bertam Kepala Batas

D'Fiesha Licious Steamboat & Grill
D'Fiesha Licious Steamboat & Grill ni terletak di Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang. Malam-malam bila aku lalu depan kedai ni, ramai betul orang datang makan. Korang pun tahu kan, mana-mana kedai makan berkonsepkan Steamboat & Grill, kena masak sendiri alah macam Soeul Garden tu...
Harga per head aku tak ingat berapa, tapi korang boleh makan sampai kenyang la kat sini.
Ada dua perasa untuk steamboat sama ada tomyam(pedas) ataupun sup(tak pedas). Korang boleh refill sendiri kalau dah habis. Kuah ni adalah untuk korang celur/masak makanan seperti mee, megi, speggeti, sayur, sosej, sayur dan banyak lagi la ada.
Untuk yang grill pula, ada daging dan ayam yang diperab dengan pelbagai perisa perab yang sedap-sedap.
Selain tu pelbagai jenis seefood pun ada seperti udang, kepah, siput buluh dan banyak lagi lah....
antara makanan yang ada di D'Fiesha Licious Steamboat & Grill
Dah ambil semua tu, pi masak sendiri kat atas meja korang. Di atas setiap meja ada disediakan dapur untuk steamboat & grill. Dapur tu menggunakan gas yang dalam tin, alah macam tin spray cat tu. Korang guna je, kalau gas habis, minta diorang refill kan balik.
steamboat & grill in action
Kalau korang nak try makan di D'Fiesha Licious Steamboat & Grill, boleh cari di Bertam Walk, Bertam Kepala Batas. Selain tu korang boleh je guna terus gps koordinat dan google map seperti di bawah ni:
gps koordinat D'Fiesha Licious Steamboat & Grill : 5°30'54.7"N 100°26'54.4"E