Showing posts with label pasar terapung. Show all posts
Showing posts with label pasar terapung. Show all posts

Santai-santai di Khlong Hae Floating Market, Hatyai Thailand

 

Khlong Hae Floating Market, Hatyai
Khlong Hae Floating Market, Hatyai

Khlong Hae Floating Market, Hatyai
Khlong Hae Floating Market, Hatyai

Pasar Terapung Khlong Hae di Hatyai memang terkenal. Ini satu-satunya pasar terapung di Selatan Thailand, Hatyai. Setiap hujung minggu dari Jumaat sampai Ahad, pasar ini memang meriah. Yang bestnya, barang-barang jualan tu semua melalui sampan je, jadi unik sikit. Pasar ni buka dari jam 2 petang sampai 9 malam, so pastikan korang datang pada hari dan waktu yang betul.
berniaga atas sampan jer
berniaga atas sampan jer

port orang bergambar
port orang bergambar

Korang kena try kerabu maggi dan tom yam kat Khlong Hae Floating Market. Memang sedap gila, confirm jatuh cinta dengan rasanya!

Lagi satu kalau pergi Thailand, memang wajib cuba ais krim kelapa. Kat pasar terapung ni pun ada ais krim kelapa yang paling sedap di Hat Yai.

Ada lagi tempat shopping makanan di darat
Ada lagi tempat shopping makanan di darat

Ada lagi tempat shopping makanan di darat
Ada lagi tempat shopping makanan di darat

Kalau korang nak pergi sana, sebaiknya datang selepas pukul 4 petang. Cuaca Thailand panas gila, jadi kalau datang awal, boleh jadi tak selesa sebab panas sangat.

Kalau boleh, elakkan pergi hari Sabtu sebab pasar ni penuh sesak dengan orang dari pelbagai negara (paling ramai orang Malaysia laπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚)....susah sikit la korang nak shopping dalam keadaan ramai macam tu.

Kat sini ada jual air kelapa dalam buluh dan pasu, memang unik. Kalau suka ambil gambar OOTD, air kelapa ni boleh jadi props korang...ramai dok bergambar dengan buluh air kelapa ni dalam media sosial yang aku tengokπŸ˜…

Sekadar nasihat untuk korang, berhati-hatilah kalau pergi sana. Dengan keadaan yang sesak, boleh jadi ada benda yang tak diingini berlaku. Jadi, sentiasa jaga diri di tempat orang.

Kalau korang nak ke sini, aku sertakan GPS koordinat dan google map sebagai rujukan korang.

GPS koordinat: 7°02'46.5"N 100°28'27.5"E atau 7.046279622717418, 100.47428966058966

https://maps.app.goo.gl/ZZvV2cmEXZm1ebeZA

Pasar Terapung JPS Perlis, Kangar Perlis

Pasar Terapung JPS Perlis
Pasar Terapung JPS Perlis

Peniaga menjual di atas sampan terapung
Peniaga menjual di atas sampan terapung
Salah satu tarikan di negeri Perlis adalah Pasar Terapung yang terletak dalam kawasan JPS Perlis di Kangar. Pasar Terapung seolah-olah macam Klonghae flooting market yang teletak di Hatyai, Thailand...Tapi di thailand lagi meriah la...

Walaupun di Perlis dengan di Klonghae adalah pasar terapung, diPerlis sampan adalah replika saja dan tak banyak pun ada di kawsan tasik perlis ni...manakala di Klonghae adalah sampan betul dan ramai peniaga yang berniaga di atas sampan....Nak pergi Hatyai jauh sangat kann....kita layan pasar terapung di Perlis ja laaaπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

sampan-sampan peniaga pasar terapung
sampan-sampan peniaga pasar terapung

orang ramai membeli di pasar terapung
orang ramai membeli di pasar terapung

lalaun sepanjang pasar terapung
lalaun sepanjang pasar terapung
Selain korang nak membeli dari sampan terapung, ada juga disediakan gerai-gerai di atas darat...jadi takda la semua kena beli di pasar terapung tu....Yang terapung tu just trendmark saja ataupun sebagai tarikan kepada pengunjung.....
ada 5-6 gerai makan di sini, boleh juga beli di sini
ada 5-6 gerai makan di sini, boleh juga beli di sini

ada khemah besar siap kerusi meja untuk makan
ada khemah besar siap kerusi meja untuk makan
Untuk memudahkan orang ramai makan, diorang sediakan satu khemah yang besar dilengkapi dengan kerusi meja untuk memberi keselesaan kepada para pengunjung untuk menikmati makanan yang di beli di kawasan ni...

Selain tu, di sini juga korang boleh bagi makan ikan, naik kayak, nak bot kayuh, naik traktor train....tapi semua tu kena beli tiket lagi bang...tak free ek...

Oklah, kepada yang nak datang jalan-jalan di sini, boleh la ke JPS Kangar...Dekat depan pintu masuk JPS tu ada jambatan gantung...yang ni korang boleh naik free ja..

Jambatan gantung JPS Kangar
Jambatan gantung JPS Kangar
GPS koordinat Pasar Terapung JPS Kangar: 6°26'07.5"N 100°10'54.4"E atau 6.43541471431209, 100.1817596712145

https://maps.app.goo.gl/QYVW81YER8YkK12NA