Nasi Kandar Deen Maju, Pulau Pinang...memang lejen wei!

 

Restoran Nasi Kandar Deen Maju, Penang
Restoran Nasi Kandar Deen Maju, Penang

Restoran Nasi Kandar Deen Maju, Penang
Restoran Nasi Kandar Deen Maju, Penang
Ni la nak habaq kat hampa semua, Nasi Kandar Deen Maju ni antara yang paling famous la di Penang ni...Rata-rata orang luar dari Penang, pasti akan meniti dihujung bibir diorang nasi kandar Deen Maju ni, dah macam takda dah restoran nasi kandar lain di Penang yang permai ni....Kira macam Deen Maju ni Identiti Penang laa nak habaq kat hampa😆😆😆
pelanggan tengah pilih lauk
pelanggan tengah pilih lauk
Sejak aku berblog dari tahun 2017, ni la kali pertama aku sampai dan dapat up posting berkenaan Deen Maju ni dalam blog aku yang tercinta ni...ni sekarang masa aku post pasai Deen Maju ni, Nov 2023...Nampak tak kelamaannya...Bukan taknak datang....tapi sudah acap kali percubaan untuk datang nak cari parking free, namum hampa dan kecewa...tapi kali ni aku nekad, kena singgah jugak walau apa cara sekali pun...dan terpaksa juga parking yang berbayar di atas bukit di seberang jalan restoran Deen Maju ni...Mahal gak parking tu😅
lauk-lauk nasi kandar deen maju
lauk-lauk nasi kandar deen maju

lauk-lauk nasi kandar deen maju
lauk-lauk nasi kandar deen maju
Lauk pauk Deen maju memang sedap....joki pun pandai cedukkan kuah...surrrr ooooo... Mata boleh kuyu oooo lepas makan nasi kandar Deen Maju ni....

Untuk pengetahuan korang, Deen Maju beroperasi setiap hari kecuali Jumaat bermula jam 12 tengahari sehingga jam 10 malam...

nasi kandar untuk aku dah famili
nasi kandar untuk aku dah famili

nasi kandar bendi rebus, ayam goreng....surrrr
nasi kandar bendi rebus, ayam goreng....surrrr
Nasi kandar yang sangat recommended untuk korang try...tapi bertabah la untuk cari parking. Boleh cari di 170, Jalan Gurdwara, 10300 George Town, Pulau Pinang. GPS koordinat dan google map seperti di bawah.

GPS koordinat: 5°24'35.0"N 100°19'41.3"E atau 5.409728990827501, 100.32812429684041

https://maps.app.goo.gl/K8D11Q2Y9pfFcUJ96

No comments:

Post a Comment