Singgah makan tengahari di Warung Kita, Kampung Melayu Sungai Buloh, Sungai Buloh Selangor

Warung Kita, Kampung Melayu Sungai Buloh
Warung Kita, Kampung Melayu Sungai Buloh

menu Warung Kita
menu Warung Kita
Perjalanan aku dari utara nak ke selatan, time tengahari nak kena cari makan tengahari la..Biasa aku akan singgah jer rnr Restoran Jejantas Sungai Buloh...tapi kali ni rasa bosan pulak nak makan dekat rnr tu...Jadi aku buat keputusan exit tol Sungai Buloh untuk cari makan tengahari.. Ni yang tol Sungai Buloh yang dekat dengan hospital Sungai Buloh yer...jangan salah exit plak๐Ÿ˜๐Ÿ˜..

Warung Kita ni dekat je dari exit tol Sungai Buloh tu...jadi takde la buang masa sangat nak ke dalam yang jauh dari tol...sebab nanti nak masuk balik tol sambung perjalanan๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…..

Restoran Warung Kita ni, menu sempoi je...ada ye menu tu..tapi masa aku datang ni, yang aku perasan ada satu je menu iaitu nasi kukus ayam goreng....simple jer... ayam goreng yang dipotong kecil-kecil dan di goreng panas-panas...mantappp๐Ÿ˜‹...

simple je lauknya...ayam goreng, kuah kari dan sambal
simple je lauknya...ayam goreng, kuah kari dan sambal

ayam yang dipotong dadu dan kemudianya digoreng panas-panas
ayam yang dipotong dadu dan kemudianya digoreng panas-panas

kena beratur panjang la sikit kalau datang waktu tengahari
kena beratur panjang la sikit kalau datang waktu tengahari
Air yang special dekat Warung Kita ni adalah coconut shake dan air kelapa baldi...Air kelapa baldi ni memang rare la...Jadi aku pun nak try la 2 menu minuman ni..order je dua-dua air tu๐Ÿ˜…...
air coconut shake
air coconut shake

air kelapa baldi...comel je baldi dia tu
air kelapa baldi...comel je baldi dia tu๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

air coconut shake..ada ais krim
air coconut shake..ada ais krim

dah buat banyak-banyak siap-siap, korang just ambil jer
dah buat banyak-banyak siap-siap, korang just ambil jer
Selepas dah beratur panjang...dah dapat nasi kukus ayam goreng, coconut shake dan kelapa baldi, korang kena bayar terus dekat kaunter..Diorang style bayar dulu baru makan๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚...
nasi kukus ayam berempah
nasi kukus ayam berempah

nasi kukus ayam berempah
nasi kukus ayam berempah

ni yang aku order untu makan tengahari aku
ni yang aku order untu makan tengahari aku

tak payah nak basuh pinggan, nak makan di kedai pun diorang bungkus je pakai kertas
tak payah nak basuh pinggan, nak makan di kedai pun diorang bungkus je pakai kertas๐Ÿ˜๐Ÿ˜
Tempat makan yang agak luas dan selesa..tempat parking pun luas..tapi kalau datang waktu peak hour, memang akan ramai orang la yang datang nak makan tengahari di sini.
kawasan parking yang luas depan restoran Warung Kita
kawasan parking yang luas depan restoran Warung Kita

kawasan parking yang luas depan restoran Warung Kita
kawasan parking yang luas depan restoran Warung Kita
Kepada yang nak datang ke Warung Kita ni, boleh cari di Kampung Melayu Sungai Buloh, Sungai Buloh. Alamat Warung Kita adalah no 95, Jalan Kusta, Kampung Melayu Batu 13, 47000 Sungai Buloh, Selangor.

GPS koordinat dan google map lokasi Warung Kita ni adalah seperti di bawah.

GPS koordinat: 3.2247925723075284, 101.56911932913815

No comments:

Post a Comment