Asam Pedas Padu Di Medan Selera Pasar Borong, Batu Berendam, Melaka

Medan Selera Pasar Borong
Medan Selera Pasar Borong

majoriti gerai di medan selera ni jual asam pedas
majoriti gerai di medan selera ni jual asam pedas
Di medan Selera Pasar Borong yang terletak di Batu Berendam ni la salah satu port terbaik untuk menikmati asam pedas yang padu!😎...Medan Selera ni beroperasi lewat petang hingga lewat malam. Kiranya kalau korang nak datang makan asam pedas, kena tunggu makan malam la...tengahari setakat hari ni diorang tak buka lagi...
ramai betul orang yang datang ke medan selera pasar borong ni
ramai betul orang yang datang ke medan selera pasar borong ni
Memang ramai orang datang ke sini...nak cari parking pun agak mencabar walaupun tempat parking yang luas, sentiasa penuh dengan kenderaan..Dah dapat parking, satu hal plak nak cari meja kosongπŸ˜…..ikut nasib la, kalau rezeki baik, boleh terus dapat parking dan meja... Tambahan pulak yang aku datang ni ramai-ramai, nak kena cari 3-4 meja untuk sambung jadi panjang😁😁....

Dah settle tempat dan parking, apa lagi, mengoder le kite....rakyat-rakyat rombongan aku masing-masing la mengoder asam pedas...tapi aku tak dapat nak snap semua..sekadar yang termampu jer..takut bising pulak rakyat-rakyat aku sebab kena lalu kat aku dulu untuk proses quality check (snap gambar)πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚....

asam pedas telur ikan
asam pedas telur ikan

ni set nasi putih untuk makan dengan asam pedas
ni set nasi putih untuk makan dengan asam pedas

asam pedas ikan pari
asam pedas ikan pari
Selain asam pedas, kalau anak-anak tak makan asam pedas kan, boleh je order menu lain. Ada satay, ada nasi lemak, ada nasi ayam, ada roti canai......
nasi ayam
nasi ayam

roti canai
roti canai

kita order jug  terus...air sirap dengan teh o ais limau
kita order jug  terus...air sirap dengan teh o ais limau
Memang malamku kekeyangan la makan kat sini...korang pun kena try gak la makan asam pedas di Medan Selera Pasar Borong, Batu Berendam ni. Kepada yang nak datang ke sini, aku sertakan untuk korang GPS koordinat dan google map sebagai rujukan korang.

GPS koordinat: 2°15'09.8"N 102°14'22.2"E atau 2.252714, 102.239495

No comments:

Post a Comment