Restoran Beriani Ipoh, Ampang Jaya, Ampang - nasi beriani ala nasi kandar

 Restoran Beriani Ipoh yang beralamat di no 1, Jalan Kolam Air Lama, Ampang Jaya, 68000 Ampang, Selangor, merupakan restoran nasi beriani yang lain macam sikit. Yang macam yang macam mana? haaaa, restoran nasi beriani, tapi macam nasi kandar pun ada. Tapi memang nasi dan lauk adalah nasi beriani, cuma cara nak ambil nasi dan lauknya cara nasi kandar.....kuah campurrrrr..

Restoran Beriani Ipoh, Ampang Jaya, Ampang
Restoran Beriani Ipoh, Ampang Jaya, Ampang

Restoran Beriani Ipoh, Ampang Jaya, Ampang
Restoran Beriani Ipoh, Ampang Jaya, Ampang
Restoran Beriani Ipoh ni dekat tingkat atas banguan. Orang tua yang sakit lutut cabaran la sikit nak panjat tangga yang agak curam tu. Tapi demi sepinggan nasi beriani ala nasi kandar yang rare ni, tangga yang curam sanggup atok panjat cuuuuu...

tengok lauk dan kari nasi beriani pun dah meleleh air liur
tengok lauk dan kari nasi beriani pun dah meleleh air liur
Nampak tak gambar kat atas tu, sebijik macam nasi kandar kan? Tu yang mantap tu bila makan. Kombinasi yang padu. Ada pelbagai jenis lauk yang sedap-sedap antaranya adalah beriani ayam merah, beriani ayam madras, beriani goreng, beriani ayam tanam, beriani kari ayam, beriani daging masala, beriani kari kambing, beriani kurma kambing, beriani kosong dan beriani telur.
beriani ayam madras, kuah campur
beriani ayam madras, kuah campur

beriani ayam madras, kuah campur
beriani ayam madras, kuah campur

menu utama restoran Beriani Ipoh
menu utama restoran Beriani Ipoh
Selain menu nasi beriani, ada juga menu lain terutamanya jenis-jenis roti canai. Kadang-kadang datang dengan anak kecil, diorang tak makan sangat kan nasi beriani, jadi boleh order roti canai untuk budak-budak.
roti canai
roti canai

senarai menu-menu yang ada di Beriani Ipoh
senarai menu-menu yang ada di Beriani Ipoh
Restoran Beriani Ipoh buka dari jam 11 pagi hingga 11 malam setiap hari Isnin hingga hari Sabtu. Ahad cuti. Parking pun ok kat depan restoran ni. Last sekali,sebagai pencuci mulut kita layan aiskrim roti pelangi..
aiskrim roti pelangi
aiskrim roti pelangi
Kepada yang beminat nak makan nasi beriani ala nasi kandar ni, boleh datang terjah di Ampang Jaya. Di sertakan juga kat bawah ni gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan untuk korang ke sini.
GPS koordinat : 3°09'40.1"N 101°45'37.9"E atau 3.161138, 101.760534

No comments:

Post a Comment