Jom terjah Roti Selimut Pak Ali, Ayer Keroh Melaka

 Roti Selimut Pak Ali.... lain macam je bunyinya.. jangan salah faham bukan selimut Pak Ali dibuat roti, tapi inovasi Pak Ali terhadap roti canai..hahahaha.. So jadilah makanan rare iaitu ROTI SELIMUT PAK ALI.
Roti Selimut Pak Ali, Ayer Keroh Melaka
Roti Selimut Pak Ali, Ayer Keroh Melaka

Roti Selimut Pak Ali dalam bangunan ni
Roti Selimut Pak Ali dalam bangunan ni
Roti Selimut Pak Ali ni agak tersorok sikit dari jalan utama, walaupun begitu tetap ramai orang yang datang. Mungkin orang google jer... macam aku gak, google jer jumpa Roti Selimut Pak Ali ni..hihihi.. Landmark nak ke Roti Selimut Pak Ali ni, lokasi dekat dengan pintu gerbang selamat jalan Ayer Keroh yang nak menghala masuk ke Tol Ayer Keroh. Sebelum gerbang tu, ada jalan masuk ke kiri. Korang kona lipat jer masuk situ. Kedai Roti Selimut Pak Ali ada dalam tu ler.
Roti Selimut Pak Ali
Roti Selimut Pak Ali

Roti Selimut Pak Ali dengan kuah dal
Roti Selimut Pak Ali dengan kuah dal

Roti Selimut Pak Ali tengah dimasak atas dapur
Roti Selimut Pak Ali tengah dimasak atas dapur

Roti Selimut Pak Ali ni inovasinya roti canai yang dibalut dengan telur dan diletak mayonis dan sos di dalamnya yang menjadikan agak creamy. Selain Roti Selimut Pak Ali, roti canai biasa pun ada jugak disamping menu lain seperti lontong sambal.
lontong sambal
lontong sambal

roti canai biasa
roti canai biasa
Jika korang berhajat nak merasai Roti Selimut Pak Ali ni, korang boleh guna gps koordinat dan google map seperti dibawah sebagai rujukan korang.
GPS koordinat : 2°17'14.8"N 102°18'12.1"E atau 2.287432, 102.303361

No comments:

Post a Comment