Melaka River Cruise, aktiviti wajib jika ke Melaka

 Melaka River Cruise ni ada dua jeti iaitu Jeti Taman Rempah dan Jeti Dataran Muara Sungai Melaka. Kalau nak elak jem, boleh pilih naik di Jeti Taman Rempah. Jeti Datran Muara Sungai Melaka agak mencabar untuk cari parking dah jem teruk jika datang waktu cuti sekolah atau cuti umum.

Melaka River Cruise
Melaka River Cruise
Bagi nak elak jem dan susah nak cari parking, aku pilih untuk naik dari Jeti Taman Rempah. Parking pun senang dan jalan tak jem. Ada kemudahan toilet di Jeti Taman Rempah ni yang selesa la jugak. So, dah settle parking, kita terus beli tiket. Harga tiket untuk dewasa RM25, kanak-kanak RM15 manakala untuk pelancong dewasa RM30 dan kanak-kanak RM25.
kaunter beli tiket
kaunter beli tiket

pintu masuk ke Melaka River Cruise lepas beli tiket
pintu masuk ke Melaka River Cruise lepas beli tiket
Dah beli tiket, jom terus kita ke bot. Korang boleh pilih untuk naik sama ada waktu malam atau pun siang. Waktu operasi Melaka River Cruise ni adalah dari jam 9 pagi hingga 11.30 malam. Jika naik waktu malam boleh lihat lampu-lampu yang cantik. Kerajaan Melaka dah belanjakan lebih kurang jutaan ringgit untuk lampu-lampu tersebut.
bot Melaka River Cruise
bot Melaka River Cruise

bot Melaka River Cruise
bot Melaka River Cruise
Sepanjang menyusuri Sungai Melaka ni, korang akan di sajikan dengan permandangan Bangunan Merah, Stadthuys, Jonker Street, Mural, kincir air, gereja st francis xavier, Kampung Morten, Bastion Middleburg, Bangunan Pra-Perang, The Shore Shopping Gallery, Masjid Kampung Hulu, Eye on Melaka, Air Pancut Berirama dan laluan pokok bakau.
permandangan cahaya lampu yang cantik diwaktu malam
permandangan cahaya lampu yang cantik diwaktu malam

permandangan cahaya lampu yang cantik diwaktu malam
permandangan cahaya lampu yang cantik diwaktu malam

Semasa menaiki Melaka River Cruise, korang akan melalui beberapa jambatan. Antaranya Jambatan Datuk Mohd Zin, Jambatan Hang Tuah, Jambatan Kampung Morten, Jambatan pasar, Jambatan Kampung jawa, Jambatan Chan Koon cheng dan Jambatan Tan Kim Seng. Apa yang menariknya tentang jambatan ini adalah senibinanya yang unik dan ia memberikan mesej tertentu.
salah satu jambatan yang dilalui bot
salah satu jambatan yang dilalui bot
Begitu kisah keseronokan aku nak Melaka River Cruise ni... Korang kalau nak naik juga boleh datang ke Jeti samaada Jeti Taman Rempah atau Jeti Dataran Muara Sungai Melaka. 
GPS koordinat dan google map di bawah ni adalah untuk ke Jeti Taman Rempah.

GPS koordinat : 2°12'25.9"N 102°15'06.4"E atau 2.207187, 102.251789

No comments:

Post a Comment