Sarapan pagi roti canai di Kedai Makan Hamid, Paya Keladi Kepala Batas

 Kedai Makan Hamid ni terletak di Kampung Paya Keladi, Kepala Batas Pulau Pinang. Warung ni memang namanya "Kedai Makan Hamid" yang terletak di kawasan kampung yang indah permai, hihihi...

Kedai Makan Hamid, Paya Keladi Kepala Batas
Kedai Makan Hamid, Paya Keladi Kepala Batas

sarapan roti canai banjir
sarapan roti canai banjir
Standard orang malaysia, kebanyakan nak sarapan mesti cari roti canai, jadi aku pun sama gak la... cari roti canai disamping makanan yang lain jugak. Nasi lemak bungkus pun ada kalau korang nak.
nasi lemak bungkus
nasi lemak bungkus
layan dengan teh tarik
layan dengan teh tarik
Selain roti canai dan nasi lemak bungkus, Kedai Makan Hamid juga ada makanan yang berat-berat sikit untuk sarapan pagi. Ada nasi dengan pelbagai lauk untuk pilihan korang.
menu Kedai Makan Hamid
menu Kedai Makan Hamid

pelbagai jenis lauk
pelbagai jenis lauk

So, kalau korang lalu di Paya Keladi, Kepala Batas dan nak sarapan roti canai, boleh la singgah ke Kedai Makan Hamid ni. Tepi Jalan je Kedai Makan Hamid ni. Lokasi kedai adalah seperti berikut:
GPS koordinat : 5°32'14.1"N 100°27'05.0"E atau 5.537260, 100.451394
                   

No comments:

Post a Comment