1

2

3

4

Bukan Steak biasa-biasa di KBB Burger & Steak, Kota Bahru Kelantan

KBB Burger & Steak< Kota Bahru, Kelantan

chef tengah masak di dapur yang open

meja makan kat luar pun ada

Alang-alang dan ada kat Kota Bahru ni, mesti kena cari KBB Burger & Steak ni. Dah banyak tempat dah aku try makan makanan barat a.k.a western food ni, tapi kat sini KBB Burger & Steak ni, lain dari yang lain. Cara penyediaannya pun bukan biasa-biasa. Jenis-jenis daging yang ada di sini pun bukan biasa-biasa. Pendek cakap diorang ni memang expert la pasal daging-daging nih.
Kalau korang nak makan steak di sini, rule number 1, korang kena pastikan poket korang tebal. Tebal dengan duit ek, bukan dengan daun-daun. Busuk-busuk pun, korang ada kredit card la as backup. Steak kat sini harga atas RM100 dan yang paling mahal boleh mencecah RM2000... haaaaaa ada berani????
Antara jenis-jenis daging yang ada di KBB Burger & Steak ni adalah seperti berikut:

-Australia Wagyu Ribeye / sirloin
-Australia wagyu Tomahawk
-Japanese Wagyu A5
-Japanese Wagyu Tomahawk
-Japanese Tomahawk
-Angus
-Grainfed
-Grassfed

meh pilih daging...dah siap-siap harga
Kalau nak pilih daging, ada kat dalam peti ais. Setiap pek dagign tu dah tertulis harga supaya korang tak main bedal je order suruh masak...hahahahaha... takde la terkejut sangat kalau dah tahu harga awal-awal kan.
Disebabkan bajet aku tak berapa nak cukup, so kat sini aku makan burger je la...hahahahaha... Burger je murah sikit, dalam belas-belas ringgit.
menu burger

burger

burger

air pun sedoppp
KBB Burger & Steak ni, kalau korang perasan, ada iklan diorang ni dalam facebook. Iklan tu aku tempek kat sini. Tengok video di bawah ni.

Kalau nak tahu apa kelebihan dan keenakan setiap jenis-jenis daging yang ada di KBB Burger & Steak ni, korang boleh tengok video yang kat bawah ni pulak.


Ok dah tengok semua tu, kalau rasa-rasa nak makan steak or burger, boleh la datang ke KBB Burger & Steak Kota Bahru Kelantan. Aku sertakan untuk korang gps koordinat dan google map sebagai panduan dan rujukan korang untuk sampai ke sini.
gps koordinat : 6°06'38.5"N 102°14'29.4"E atau 6.110690, 102.241506

Hidangan celup tepung di Restoran Ombak Pantai, Pantai Penarik, Terengganu

Restoran Ombak Pantai, Pantai Penarik, Terengganu

Restoran Ombak Pantai, Pantai Penarik, Terengganu

Restoran Ombak Pantai, Pantai Penarik, Terengganu
Kalau ke terengganu, wajib korang kena cuba makan hidangan celup tepung. Maksud celup tepung ni, semua jenis makanan laut seperti ikan, sotong, udang, ketam dan lain-lain lagi yang adadi sini.
Kat Terengganu ni aku aims nak pergi terjah Warung Pak Nong yang juga jual makanan celup tepung ni. Warung Pak Nong ni kira tempat famous jugak la.... Tapi tak kesampaian sebab Warung Pak Nong ni buka dalam pukul 3 -3.30 petang...Tak sempat aku nak tunggu sebab kalut nak gerak ke Kelantan dah. So maybe lain trip aku singgah.... trip ni salah percaturan sikit..hihihihi
Ombak Pantai ni dekat Terengganu jugak. Juga macam Warung Pak Nong, bertentangan dengan pantai. Pantai pun cantik je tengok permandangan. Pantai ni namanya pantai Penarik.
Sebab aku datang dari jauh kannn, takan datang minum air jer, so, kena la try segala jenis celup tepung di Restoran Ombak Pantai nih.
Sotong goreng tepung, wajib la aku ambil....then aku ambil ikan celup tepung...then udang celup tepung..last but not least, keropok lekor goreng celup tepung.
sotong celup tepung yang dah dipotong-potong

ikan celup tepung

udang celup tepung

keropok lekor celup tepung
Aku nak ingatkan kat korang, jangan main ambil je semua yang korang tengok. Lagi banyak korang ambil, lagi mahal korang nak kena bayar nanti... Harga di kira setiap sekor yang korang ambil dan harga tak sama setiap sekor berdasarkan saiz. Korang tengok sendiri bil aku kat bawah ni.
bil makan
So, hati-hati la ek....masa nak ambil tu syok berebut dengan orang ramai, tapi masa nak bayar, terketar-ketar tangan nak hulur duit.
Kat Pantai Penarik ni, banyak restoran yang jual makan celup tepung ni. Tapi kalau korang nak datang sini, korang google je pantai Penarik Terengganu kat mana or korang boleh rujuk gps koordiant dan google map seperti kat bawah ni.
gps koordinat : 5°35'54.0"N 102°49'25.4"E atau 5.598327, 102.823718

Kelembutan Roti Paung Hiliran Kuala Terengganu

roti paung

roti paung cheese
Selain makanan yang selalu menjadi buruan orang ramai di Terengganu ni, terdapat satu lagi yang jarang orang sebut tapi ianya juga menjadi tarikan kepada sesiapa saya yang singgah di Kuala Terengganu ni iaitu Roti Paung Hiliran Kuala Terengganu. Roti yang super duper lembut dan sedap. Sekali makan rasa nak lagi!!
gerai jual roti paung hiliran Kuala Terengganu
Gerai ni betul-betul tepi jalan. Nampak cam biasa je tapi sebenarnya luar biasa jadi tumpuan. Aku nak cerita lokasi spesifik ni pun tak reti, jadi aku share je la lokasi roti paung ni, boleh guna gps koordinat atas pun google map seperti di bawah ni:

gps koordinat : 5°18'31.9"N 103°07'42.2"E atau 5.308851, 103.128385

Nasi Kukus sedap di Restoran E-Nasi Kukus, Kuala Terengganu

Restoran E-Nasi Kukus pandangan depan

Restoran E-Nasi Kukus pandangan tepi
Restoran E-Nasi Kukus ni terletak di Jalan Kamaruddin, Kampung Batu Buruk, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu. Betul-betul dekat simpang traffic light.
E-Nasi Kukus ni juga antara tempat tumpuan orang ramai untuk nak merasai nasi kukus Kuala Terengganu. Banyak juga review dari blog-blog, vlog, etc. Aku dapat info pasal E-Nasi Kukus ni pun dari situ la jugak. Waktu tengahari ramai orang datang. siap beratur panjang.
Banyak juga lauk pauk yang ada di E-Nasi Kukus ni. Tak tahu nak pilih yang mana satu yang nak makan. Tapi biasanya kalau nasi kukus standard, ayam goreng berempah la, dengan sikit sambal dan jelatah timum nenas.
Lagi satu yang aku suka kat Kuala Terengganu ni, diorang suka buat teh ais (teh beng) yang buih meleleh kaw-kaw punya. Ni yang rare sikit... Kalau kat negeri lain jarang nak jumpa teh ais buih meleleh ni. Setakat yang aku makan di Kuala Terengganu ni, kebanyakkan teh ais buih meleleh la......
nasi kukus

teh ais buih meleleh (teh beng)
Rasa? sedap gak la....tak nak lauk standard nasi kukus tu, boleh pilih lauk lain.
antara lauk (menu) lain yang ada
Kepada yang nak datang ke Restoran E-Nasi Kukus ni, aku sediakan gps koordinat dan google map sebagai panduan dan rujukan untuk korang mencari. Selamat mencari dah selamat menjamu selera.
gps koordinat : 5°18'56.8"N 103°08'59.9"E atau 5.315789, 103.149974