1

2

3

4

RESEPI BEPANG PULUT GULA MELAKA

BEPANG PULUT GULA MELAKA
BEPANG PULUT GULA MELAKA

Bahan-bahan:
  • 1 kg beras pulut (di jemur dan di kukus)
  • 1 kg gula Melaka
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng 
Cara membuatnya:
  • Masak gula Melaka bersama sedikit air sehingga menjadi pekat, ketepikan.
  • Goreng beras pulut dalam minyak yang banyak sehingga keperangan.
  • Apabila siap di goreng keperangan bentukkan menjadi seperti bola pingpong.
  • Kemudian celupkan kedalam air manisan gula Melaka. 
  • Setelah sejuk  sedia untuk di nikmati....

RESEPI KETAM CILI ALA SINGAPORE

 

KETAM CILI ALA SINGAPORE
KETAM CILI ALA SINGAPORE

Bahan-Bahan:
2 ekor ketam saiz besar
2 camca besar sos cili
1 camca besar cuka makan
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan air
1 biji telur, dipukul sedikit

Bahan Kisar:
6 biji bawang merah
4 biji cili merah
1/2 inci belacan
2 biji buah keras
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia

Bahan Hiasan:
Hirisan daun bawang
Hirisan cili merah
Bawang goreng

Cara Memasak:
1. Ketam dibersihkan. Potong kaki-kaki kecik, buang kulit kerasnya, jangkir ketam diketuk sedikit, dan ketam itu dikerat dua (Kalau tak kerat pun boleh).
2. Lap ketam bagi kering dan lumur dengan sedikit garam. kemudian, goreng dalam minyak panas hingga ketam berubah warna kemerahan. Angkat dan toskan.
3. Keluarkan minyak dan tinggalkan untuk menumis. Masukkan bahan kisar halus dan sos cili tadi, tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana dan kacau selalu.
4. Masukkan cuka, air dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Masukkan ketam, gaul rata dan masak sekejap.
5. Kemudian, tuang telur tadi disekeliling ketam. Biar sekejap dan gaul rata hingga menyaluti ketam tadi.
6. Masak hingga pekat, matikan api. Alih dalam pinggan yang sesuai dan tabur dengan bahan-bahan hiasan. Hidangkan.

Makan tengahari di Restoran Minah, Taman Tun Sardon, Pulau Pinang

 

Restoran Minah, Taman Tun Sardon
Restoran Minah, Taman Tun Sardon
Kalau datang ke Pulau Pinang, semestinya kebanyakan orang akan terjah restoran nasi kandar. Rugi la kan kalau tak cari nasi kandar. Penang ni adalah tempat original nasi kandar. Tak sama rasanya kalau makan nasi kandar di luar dari Penang ni😎😎😎....

Tapi kalau korang nak kelainan sikit, takmau makan nasi kandar, aku boleh cadangkan Restoran Minah yang terletak di Taman Tun Sardon. Restoran bukan restoran nasi kandar. Restoran Minah ni nasi campur biasa dengan pelbagai lauk dan ulam-ulaman. 

beratur panjang jugak la kalau datang waktu peak hour
beratur panjang jugak la kalau datang waktu peak hour

restoran pun luas gak dan selesa
restoran pun luas gak dan selesa
Peak hour, agak ramai la jugak yang datang. Mungkin parking akan full. Tempat parking pun tak banyak depan restoran ni. Kalau tak cukup parking di depan restoran, ada yang parking je kat tepi jalan. Bab parking ni korang pandai-pandai la sendiri nak adjustπŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…...

pelbagai pilihan lauk
pelbagai pilihan lauk

ulam-ulaman pun ada
ulam-ulaman pun ada

Kalau datang ramai-ramai or datang satu family, korang boleh pilih lauk style hidang. Kalau datang sorang-sorang, better korang letak je lauk dalam pingan nasi korang...orang penang cakap kuah taruh ataih!πŸ˜‚πŸ˜‚...

Disebabkan aku datang satu family, jadi aku pilih la lauk asing-asing.... jimat la sikit😎
hidangan makanan tengahari aku
hidangan makanan tengahari aku
Sedap la jugak makan di Restoran Minah ni. Aku rekomen la untuk korang cuba. Boleh cari Restoran Minah ni Di Taman Tun Sardon. Korang boleh juga cari guna google map dan gps koordinat seperti yang aku share di bawah ni....

GPS koordinat : 5.3699991383841335, 100.30986112094534

Resepi Oreo Milkshake

 

Oreo Milkshake
Oreo Milkshake

Bahan-bahan:
  • 10 keping biskut oreo
  • 250 ml susu segar
  • 8 skop aiskrim vanila
  • Sedikit coklat chip
  • Whipped cream
Cara membuat:
1.Masukkan biskut oreo , susu segar dan aiskrim vanila ke dalam pengisar dan kisar hingga halus.
2.Tuangkan kedalam gelas dan hias bersama whipped cream dan coklat chip

P/s:Boleh dikurangkan kuantiti susu segar atau oreo untuk kurangkan manis dan tambahkan coklat gelap untuk rasa pahit coklat yang menarik.

Kredit : Fathima Zehra