1

2

3

4

8 perkara penting wajib tahu jika alami serangan jantung ketika memandu

Serangan jantung sememangnya sesuatu yang menakutkan lebih-lebih lagi jika ia berlaku semasa kita sedang memandu.
Saban tahun, jumlah kes mereka yang mengalami masalah kardiovaskular di seluruh dunia meningkat.
Namun, apakah kebarangkalian anda untuk mendapat serangan jantung semasa sedang memandu?
Simptom serangan jantung mungkin berbeza mengikut individu
Serangan jantung berlaku apabila aliran darah ke jantung terhalang.
Keadaan ini boleh terjadi akibat pengumpulan lemak, kolesterol dan bahan-bahan lain yang membentuk plak pada dinding arteri jantung.
Jika plak tersebut pecah dan membentuk darah beku, ia boleh tersekat pada saluran arteri kecil menyebabkan otot jantung kekurangan darah dan mati dalam proses tersebut.
Pelbagai simptom boleh dialami oleh mereka yang menghidap sakit jantung.
Antara yang lazim adalah:
Sakit dada kiri
Sakit lengan kiri yang menjalar ke leher, dagu atau belakang badan
Loya
Pedih ulu hati atau sakit abdomen
Sesak nafas
Berpeluh sejuk
Kelesuan
Pening kepala

Walau bagaimanapun, apa yang anda perlu tahu, bukan semua yang mendapat serangan jantung akan mengalami simptom yang sama.
Sebagai contoh, tahap keterukan sakit dada boleh mengelirukan pesakit. Ada yang mengalami sakit teruk dan ada yang mengalami sakit yang ringan.
Dalam situasi tersebut, mereka yang mengalami sakit ringan kebiasaannya beranggapan ia merupakan simptom masalah lain.
Padahal apa yang dialami oleh mereka adalah serangan jantung dan perkara ini boleh menjadi teruk sekiranya mereka tidak mendapatkan rawatan dengan kadar segera.
Bagi pesakit diabetes tidak terkawal pula, simptom sakit dada kiri mungkin tiada. Namun, mereka boleh mengalami simptom lain seperti yang tersenarai.
Sakit jantung ketika memandu, apakah langkah seterusnya?

Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil oleh pemandu atau penumpang jika berlaku serangan jantung:
Jika anda sedang memandu dan mengalami simptom serangan jantung, lepaskan pedal minyak secara perlahan-lahan dan cari kawasan yang selamat di bahu jalan atau kawasan rehat untuk memarkir kereta secepat mungkin.
Kalau ada penumpang bersama anda, minta bantuan mereka untuk membelok kereta ke arah yang selamat.
Bawa bertenang. Tidak kiralah sama ada penumpang atau pemandu yang mendapat serangan jantung, panik hanya mencetuskan huru-hara.
Pastikan anda membawa mangsa ke hospital secepat mungkin. Elakkan daripada membawa mereka ke klinik kecil, memandangkan ia tidak mempunyai kelengkapan untuk merawat serangan jantung.
Jika jarak di antara hospital dan anda terlalu jauh, hubungi perkhidmatan kecemasan dan maklumkan kedudukan anda.
Kalau pesakit mempunyai ubat kemam (nitroglycerin) atau asprin, bantu pesakit untuk mengambil ubat tersebut.
Jika degupan jantung pesakit terhenti, lakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR) untuk mengekalkan fungsi otak, mengembalikan aliran darah dan pernafasan.
Jika anda berhampiran dengan pusat membeli-belah, cari mesin defribilator automatik. Mesin ini boleh membaca ritma jantung dan menghantar kejutan elektrik mengikut keperluan semasa.

Adakah saya masih boleh memandu kereta jika alami masalah jantung?
Secara amnya, jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan yang boleh menyebabkan anda hilang kawalan stereng kereta, anda tidak disarankan memandu.

Terdapat beberapa perkara yang kebiasaannya menjadi faktor bagi menentukan keupayaan seseorang itu untuk memandu:
· Jika keadaan kesihatan anda boleh menyebabkan anda pengsan semasa memandu seperti epilepsi, aritmia dan hilang kesedaran.
· Jika keadaan kesihatan boleh mempengaruhi keupayaan anda untuk memandu dengan selamat seperti kecacatan tubuh, rabun warna, cacat penglihatan, masalah mental dan kebergantungan terhadap dadah dan alkohol.
-Jika anda mengalami masalah kesihatan yang berkaitan, anda akan diperiksa oleh doktor bagi mengenal pasti keupayaan anda untuk memandu.

Dalam kes tertentu, anda mungkin ditegah daripada memandu memandangkan keadaan kesihatan anda serius.

Namun, sepantas mana anda boleh kembali memandu bergantung kepada:
Jika anda masih mengalami sebarang simptom
Jenis rawatan yang pernah anda terima
Berapa cepat anda sembuh
Jika anda baru lepas menjalani sebarang pembedahan atau prosedur kesihatan, rujuk kepada doktor jika anda boleh memandu.

Kebanyakan prosedur, terutamanya yang membenarkan pesakit balik pada hari yang sama tidak menyarankan anda memandu.
Jika berlaku sedemikian, pastikan anda membawa teman untuk memandu selepas semuanya selesai.
Kesimpulannya, serangan jantung ketika memandu boleh mendatangkan kesan buruk bukan sahaja kepada pemandu, malah penumpang dan pengguna jalan raya yang lain.
Sekiranya anda mempunyai masalah jantung atau kesihatan kronik lain sehingga menjejaskan keupayaan anda untuk memandu dengan selamat, rujuk kepada doktor yang bertauliah.

Artikel ini telah disiarkan di Hello Doctor. Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan

KHASIAT LIMAU KASTURI

limau kasturi
1. Merawat batuk
Campurkan limau, kicap ngan garam. Minum setiap pagi ngan malam. In shaa Allah batuk akan beransur pulih.

2. Merawat demam
Ambik 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus ngan 2 hingga 4 gelas air. Guna air rebusan ni untuk menuam. Caranya, rendam kain dalam air rebusan, perah pastu letak kan kat dahi.

3. Sebagai ubat ketiak
Campurkan limau nipis ngan kapur sirih. Sapu pada ketiak lepas mandi. Biarkan beberapa minit, pastu bilas. Lakukan 2 kali sehari.

4. Merawat pening kepala
Ambik sebiji limau kasturi. Potong sikit  bahagian atas dia. Pastu picit kulit limau kasturi tadi hingga keluar air. Masa picit tu kena halakan air tu ke hidung.

5. Merawat lelah
Ambik 1 sudu madu asli. Pastu campurkan ngan 5 titik jus limau kasturi. Minum. Boleh minum bila bila masa walaupun takde lelah. Amalkan seminggu sekali.

6. Kuruskan badan
Minum perahan limau nipis campur teh tanpa gula. Sebaik baiknya minum suam suam. Kesan dia lebih cepat.

7. Merawat kelemumur
Ambik beberapa helai daun rambutan. Ramas dengan setengah cawan air hingga keluar lendir. Pastu bancuh lendir tu ngan 2 cawan santan dan sebiji air limau nipis. Lumur kat seluruh kepala. Balut guna tuala lembap. Biar sekejap sebelum bilas. Amalkan seminggu sekali.

8. Hilangkan kesan minyak pada baju
Perahkan sebiji limau kasturi ke dalam piring. Campurkan garam sikit. Kemudian gosok kat bahagian baju yang terkena minyak. Biarkan selama 5-10 minit. Kesan minyak tu akan hilang nanti. Pastu basuhlah baju tadi macam biasa.

9. Wangikan rambut
Ambik beberapa biji limau nipis dan hiris. Pastu gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit. Kemudian baru cuci hingga bersih. Selain wangikan rambut, limau nipis jugak boleh hilangkan rasa pening dan sejukkan kepala.

10. Mengilatkan cermin mata
Cermin mata selalu kabur dek terkena peluh kat sekitar mata atau hidung. Cuci dan gosokkan limau pada kacanya. Bilas bersih bersih pastu lap ngan kain bersih atau tisu.

Ditindih semasa tidur? Kenapa? - penjelasan dari sudut sains

 Hanya yang pernah alami sahaja yang dapat menceritakan betapa paniknya apabila sedang alami situasi tubuh dihimpit sehingga menyesakkan. Hendak menjerit mulut terkunci dan tangan dan kaki tidak dapat digerakkan.
Ianya biasa berlaku dalam masa singkat, tetapi yang alaminya terasa cukup lama! 
Fenomena ini sebenarnya boleh dijelaskan dari sudut sains.  sleep paralysis ialah kelumpuhan yang berlaku ketika permulaan tidur ataupun sejurus selepas tersedar dari tidur.
Walaupun OTAK sudah terjaga, namun OTOT badan masih lagi dalam keadaan tidur. Seseorang itu tidak akan mampu bergerak dan tidak mampu bersuara walaupun mencuba untuk berteriak sekuat hati. 
Pada waktu inilah perasaan cemas dan panik menyelubungi diri lebih-lebih lagi sekiranya ia pengalaman pertama kali.

Faktor Penyebab:
1. Tidak cukup tidur
2.  Corak tidur yang tidak teratur
3. Stress
4. Tidur terlentang
5. Gangguan mental 
6. Penyalahgunaan dadah dan alkohol

Untuk mencegah kejadian di himpit:
1. Mendapatkan tidur yang cukup – 6 hingga 8 jam sehari
2. Mengurangkan stress
3. Posisi tidur yang betul
4. Mendapatkan khidmat nasihat doktor bertauliah sekiranya kekerapan kejadian semakin bertambah

KFC AEON Mall Alma, Bukit Mertajam

 Peminat-peminat KFC, saja nak bagitau kat hampa semua, kat area Bukit Mertajam ni, antara tempat yang korang boleh jumpa restoran KFC adalah di dalam AEON Mall Alma. Makan dekat dalam AEON Mall nanti kalau dah settle makan bolej lajak pi shopping plak.

set hidangan KFC
set hidangan KFC

KFC AEON Mall Alma, Bukit Mertajam
KFC AEON Mall Alma, Bukit Mertajam
Kepada yang taktau kat mana AEON Mall Alma ni, boleh rujuk gps koordinat dan google map seperti di bawah.

GPS koordinat : 5°19'11.7"N 100°28'40.3"E atau 5.319928, 100.477868