1

2

3

4

Santai-santai minum teh di Highland Tea, Cameron Highland

Highland Tea, Cameron Highland

ladang teh sebelah cafe jer
Ladang teh ni korang kan jumpa kalau korang panjat cameron highland ni dari arah Simpang Pulai. Tapi kalau korang naik dari Tapah, korang akan jumpa ladang teh di Tanah Rata dulu. Tapi yang best kat Higland Tea ni, korang boleh explore ladang, boleh naik trak atau pun korang boleh sewa ATV, motor yang 4 roda tu... Aku datang sini pun dah lewa petang, so tak sempat la nak try semua tu...jadi nya aku just minum-minum je la.....
cafe

Beli makanan di sini

makan kek santai-santai

minum-minum teh yang fresh
Kalau korang nak datang sini, kena alert sikit la, sebab Highland Tea ni atas bukit sikit. Kebarangkalian tak perasan jalan masuk korang tak perasan.
gps koordinat : 4°32'43.1"N 101°25'15.5"E atau 4.545311, 101.420959

Jom makan nasi lemak serunding strawberi di Restoran Taman Apple Cameron, Tanah Rata Cameron Highland

Restoran Taman Apple Cameron

Restoran Taman Apple Cameron
 Jalan-jalan di Cameron Highland diteruskan lagi dengan pencarian tempat makan yang menarik dan sedap. Kali ni aku dapat tempat makan yang selalu gak di review oleh blogger-blogger. Makanan yang famous di sini adalah nasi lemak serunding strawberi.
Nasi lemak diorang lain macam sikit, color pun dah lain. Kalau di Abang Strawberi tu nasi lemak color pink.
Sebenarnya ada banyak lagi menu selain nasi lemak ni, korang boleh tengok dalam menu-menu yang aku snap kat bawah. Ada bihun soto, mee rebus, laksa Johor, nasi kambing, nasi ayam bakar dan banyak lagi...
Di sini juga selain sarapan dan makan tengahari, diorang juga ada grill & steamboat. Tapi grill & steamboat ni start pukul 5 petang hingga 12 malam.
Disebabkan makanan famous di sini nasi lemak serunding strawberi, jadi aku pun order la... nak rasa...sedap ke idok?  
Restoran Taman Apple Cameron
Korang nak tahu sedap ke idok? korang kena rasa sendiri la..hihihi..tapi aku makan sampai habis..hingga menjilat jari...yummm......
nasi lemak serunding strawberi ayam goreng

nasi lemak serunding strawberi telur mata
Menu-menu lain, boleh tengok di bawah ni.
buku menu TAC (Taman Apple Cameron)

pilihan menu makanan

pilihan menu makanan
Kepada yang nak datang sini, lokasi Restoran Taman Apple Cameron ni terletak di Tanah Rata, Cameron Highland. Agak ke dalam sikit, bukan tepi-tepi jalan. Nak menudahkna lagi, aku sertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan untuk korang cari.
            gps koordinat : 4°28'11.5"N 101°22'40.1"E atau 4.469866, 101.377810

Cuci-cuci mata di Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands

Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highland

Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highland
Satu-satu taman yang agak luas dan selesa di Cameron Highland, korang boleh singgah di Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highland, yang terletak di Tanah Rata.
Tak macam tempat lain la, walaupun ramai orang datang, takde la sampai nak bersesak-sesak. So, boleh enjoy dengan tenang segala flora dan fauna yang terdapat di sini.
Dan bunga-bunga yang beraneka warna di sini ditanam di dalam kawasan berbumbung. Jadi kalau pun hujan, korang boleh berteduh.
Taman Mardi di Cameron Highland ini juga cukup mesra pengunjung. Kalau korang sudah letih melayan bunga dan anggur, korang juga boleh menjamu selera di kafenya, membeli cenderahati atau solat di surau Mardi. Untuk anak-anak, ada taman permainan kecil untuk mereka berseronok.
Pendek kata, kalau ke Cameron, tapi hanya singgah ke kebun persendirian, tapi tak ke sini, memanglah korang silap jalan la.
kebun-kebun bunga, herba dan sebagainya

terdapat juga ladang teh di sini
Korang boleh panjat ladang teh tu sampai ke puncak...dari puncak tu dapat tengok permandangan Taman Agroteknologi dari atas. Jangan takut nak panjat, memang ada laluan tangga untuk ke atas. Bagi anak-anak yang suka arnab, boleh bagi makan arnab. Makanan arnab kena beli ek, bukan makanan sendiri.

kebun sayur pun ada

ada kawasan padang yang luas dan juga ada taman permainan untuk kanak-kanak

lorong jalan kaki yang cantik

mini kicir air
Taman ini sebenarnya dibuka penjajah Inggeris pada 1925. Dan mereka gunakan sebagai pusat penyelidikan tanaman-tanaman seperti teh.
Kalau korang suka sejarah, ini sedikit fakta. Pokok teh terawal yang ditanam di Malaya masih boleh dilihat di sini. Kilang memproses teh tertua di Malaysia pun ada di dalam taman.
Cuma walaupun tempat ini masih boleh menghasilkan teh, kawasan kilang kecil ini tidak dipromosi seperti ladang Teh Boh atau Bharat.
Taman ni dibuka setiap hari kecuali hari Isnin. Tapi jika cuti umum, Isnin pun diorang buka.
gps koordinat : 4°28'04.7"N 101°23'05.0"E atau 4.467961, 101.384733

Sarapan pagi roti canai di Cameron Highland

Food court Tanah Rata
Pagi tu, rasa nak makan roti canai di Cameron Highland, round punya round di Tanah Rata terjumpa dua tempat makan roti canai. Yang first aku pergi tu, tunggu punya lama, tak ambil-ambil order...last-last pergi order sendiri....dah order tunggu lagi punya lama...tak buat gak...so aku decide gerak ke tempat satu lagi tu food court cam dalam gambar kat atas. Iya la kan...datang jauh-jauh nak berjalan di Cameron Highland, last-last kena mengadap berjam-jam kat gerai roti canai jer...hahhahaa...so baik chowww....
Dekat Food court yang kedua aku pergi ni, pagi macam tak meriah sangat..banyak kedai tutup...maybe untuk makan malam je kot... kat sini ada la gerai roti canai, makan bersila...order je tersu dapat....
roti canai

teh tarik

makan bersila
Lokasi roti canai ni di Tanah Rata, Cameron Highland. Aku sertakan gps koordinat dan google map lokasi gerai ni untuk korang.
gps koordinat : 4°28'18.3"N 101°22'26.3"E atau 4.471740, 101.373976