Showing posts with label ayam goreng berempah. Show all posts
Showing posts with label ayam goreng berempah. Show all posts

Resepi ayam Goreng Berempah

Ayam Goreng Berempah
Ayam Goreng Berempah

Bahan:
  • 1 ekor ayam (potong 16 - kalau nak kecil lagi kerat la kecil-kecil)
  • 3 inci Halia
  • 3 labu bawang putih
  • 8 batang serai
  • 3 sb jintan manis
  • 3 sb ketumbar
  • 2 sb tepung jagung
  • Telur sebiji
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk cili ikut pedas mana nak + sedikit serbuk kari ayam
  • Daun kari secukupnya
  • Gula melaka 1 keping atau boleh juga letak gula pasir
Cara-cara:
  • Blend semua bahan kecuali ayam dan daun kari hingga hancur.
  • Gaulkan bahan dengan ayam dan perap 3 jam. Kalau nak sedap perap semalaman.
  • Goreng hingga garing. Api jangan kuat sangat. Kalau tutup kuali masa memggoreng lebih elok supaya ayam cepat masak. Dah hampir garing tu masukkan daun kari.
  • Ok dah siap angkat dam toskan. Baki bahan perapnya saya goreng ranggup dan tabur bersama-sama ayam yang dihidangkan. Makan dengan nasi panas pun sedap

Resepi Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah dan Kuah

Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah dan Kuah
Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah dan Kuah

A) Nasi Kukus

Bahan-Bahan
4 cawan beras
3 cawan air
2 helai daun pandan - simpul

Cara Memasak Nasi Kukus
  1. cuci bersih beras kemudian rendam sekejap dan toskan. selepas tu didihkan air dalam dalam pengukus dan masukan daun pandan simpul agar rasanya lebih sedap.
  2. kukus beras selama kurang lebih 25 menit atau sampai beras dah separuh masak. selepas itu keluarkan beras dari dalam pengukus dan rendam beras dengan air sehingga air rendaman menjadi sejuk (agar lebih cepat sejuk tukar selalu air rendaman )
  3. kukus kembali beras tadi selama 10 - 15 minit sahaja. selanjutnya, keluarkan beras dan gaul dengan air 3 cawan dan biar sampai air tersebut menyerap masuk ke dalam beras.
  4. kukus kembali hingga nasi masak selama 15 minit. dan nasi kukus dah siap

B) Ayam Goreng Berempah

Bahan Perap
  • 6 ketul ayam - perasakan dengan garam dan kunyit
  • 1 sudu besar serbuk kari daging
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil paprika
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
  • sedikit oregano (xboh pun xpe)
  • minyak untuk menggoreng
Bahan Kisar
  • 6 cm halia muda - kisar
  • 4 ulas bawang merah - kisar
  • 3 batang serai - kisar
  • 3 ulas bawang putih - kisar
Cara Memasak Ayam Goreng Berempah
  1. gaul ayam dengan semua bahan perap tadi kecuali minyak sahaja. selepas itu masukkan bahan kisar dan gaul sebati
  2. perap ayam tadi selama 1 jam tapi lebih lama lagi sedap. kemudian goreng ayam perap dengan api sederhana.

C) Kuah Kari

Bahan-Bahan
  • 2 biji bawang besar
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 2 tangkai daun kari
  • 5 biji tomato
  • 1 cm kunyit hidup
  • 1 peket rempah kari
  • 1 keping asam keping
  • potongan kecil ayam 1 mangkuk (boleh guna tulang ayam)
  • 1 kuntum bunga lawang
  • stok daging ayam lebih kurang 2 liter
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis
  • 1 batang kulit kayu manis
Cara Membuat Kuah Kari
  1. kisar kunyit hidup, tomato, dan bawang besar menggunakan pengisar makanan dan campurkan sebahagian hasil kisaran dengan kuah kari.
  2. panaskan minyak dalam periuk dan tumis bunga lawang, daun kari, dan kayu manis dan masukkan campuran rempah kari dan masak hingga garing. selepas itu masukkan cili kisar.
  3. masukkan lebihan kisaran tomato dan bawang tadi dan masak hingga garing. kemudian masukkan stok daging dan masak sehingga mendidih. masukkan garam, gula, asam keping, dan ayam. masak sehingga mendidih dan sedikit pekat. terakhir perasakan secukupnya
D) Sambal Belacan
sambal belacan ini cukup istimewa sebab masukan juga ikan bilis 

Bahan-Bahan
  • 4 biji bawang merah
  • 3 biji cili merah
  • 1 inci belacan
  • 3 ulas bawang putih
  • garam dan gula secubit
  • perhan jus limau kasturi
  • setengah genggam ikan bilis
  • 2 sudu minyak
  • 10 biji cili padi
Cara Membuat Sambal Belacan
  1. belah cili padi menjadi 2 bahagian agar saat digoreng tidak meletup dan potong bawang
  2. panaskan minyak dalam kuali dan masukan ikan bilis, cili padi, dan bawang dan goreng selama 5 minit atau hingga layu je.
  3. angkat dan masukkan dalam lesung. tambahkan dengan limau kasturi yang telah dipotong-potong, sedikit gula dan garam. selepas tu tumbuk semua bahan tadi di dalam lesung.
  4. Terakhir sekali, hidangkan sebagai pencicah ngan ulam-ulaman atau dengan ikan masin dan sayur bening.
kredit tuan punya resepi